mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Hatrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hatrik. Papar semua catatan

Isnin, 18 Jun 2012

Hatrik ke Poliklinik Gelang Patah

mknace unlimited™ | Doktor Manisha Poliklinik Gelang Patah
Iqa sedang diperiksa oleh doktor
Tengahari tadi, masa aku sedang dalam perbincangan kecil dengan KU Sekolah Rendah dan PP Maklumat tetiba henpon aku berdering. Pelik nombor nih. Tak kisah.

Hello, boleh saya cakap dengan bapa Balqis?
  Balqis yang mana ya?
Ni bukan bapa Balqis ya?
  Bukan, anak saya Balqis ada dua, yang mana satu?
Oooo.. Balqis Kelas 3A.
  Ha'ah. Kenapa yeerr..
Dia sakit perut dalam kelas tadi, muntah-muntah lagi. Sekarang ni ada dekat bilik guru. Encik nak datang ambil dia tak?

Alamak. Terus blank jap. Kairul tengok jer muka aku yang aku tak tau camner lagi dah. Maybe jarang air muka aku cenggitu kot. So, apalagi. Terus tangguh bincang, minta kebenaran KS. Terus gerak ke sekolah dia. Isi segala dokumen. Terus gerak ke klinik.

Ni yang best pasal klinik. Kalau korang perasan. 2 Minggu ni ajer dah 3 kali aku kat sini kan. Kalau perasan la. Tak kisah la pasal tu. Yang penting check dulu. Apa pun, alhamdulillah. Tak serius sangat. Doktor kasi ubat angin, ubat sakit perut dan lagi satu tak ingat ubat apa. Makan bubur sama sup dulu. Tengok perkembangan dia. Harap-harap ok la kan.

ps : paling aku tensen semasa menunggu hari ni pasal nombor dia turun naik. Aku datang 58, pastu turun jadi 48, pastu naik 56, pastu turun balik jadi 31. Adooyaiii... Aku kat sini dari 12.30 pm sampai dekat jam 2.30 pm. Penat weehhhh!!!

pss : Memang banyak ujian yang Tuhan bagi untuk aku sepanjang bulan Rejab ni. Ada hikmahnya, pasti ada.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

mknace unlimited™ | Nombor giliran di poliklinik gelang patah
Nombor giliranku

mknace unlimited™ | Suasana di poliklinik gelang patah
Nombor semasa aku datang, keluar, masuk semula

mknace unlimited™ | pesakit di poliklinik gelang patah
Iqa yang tengah lepak layan pening

mknace unlimited™ | Suasana di poliklinik gelang patah
Haikkk... turun ka??

mknace unlimited™ | Suasana di poliklinik gelang patah
Masa ni aku dah tensen tahap gaban dah ni

mknace unlimited™ | Pintu utama ke bilik doktor di poliklinik gelang patah
Bila la aku nak dapat masuk jumpa doktor nih