Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PPA1M

PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) TAMAN PERDA INDAH, KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Imej
PENJUALAN KEDIAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) TAMAN PERDA INDAH, KEPALA BATAS, PULAU PINANG Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi pembelian unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Taman Perda Indah, Kepala Batas yang melibatkan  579 unit rumah teres setingkat telah dibuka mulai 29 Feb 2016 hingga 28 Mac 2016 kepada anggota perkhidmatan awam di semua perkhidmatan seperti berikut : Perkhidmatan Awam Persekutuan Perkhidmatan Awam Negeri Badan Berkanun Persekutuan Badan Berkanun Negeri Pihak Berkuasa Tempatan PPA1M Taman Perda Indah melibatkan pembinaan 72 unit rumah Teres Setingkat Jenis A untuk Fasa 1 dan 507 unit Rumah Teres Setingkat Jenis B. Rumah ini mempunyai keluasan 880 kps dan 1100 kps serta mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Harga bagi seunit Rumah Teres Setingkat Jenis A bermula RM  171,151.00 hingga RM 216,312.33 dan seunit Rumah Teres Setingkat Jenis B bermula RM209,429.00 hingga RM344,070.98 mengikut keluasan binaan r

HEBAHAN TAWARAN PERMOHONAN UNIT PERUMAHAH PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) DI BUKIT JALIL, MUKIM PETALING, DAERAH KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Imej
HEBAHAN TAWARAN PERMOHONAN UNIT PERUMAHAH PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) DI BUKIT JALIL, MUKIM PETALING, DAERAH KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Projek PPA1M Bukit Jalil kini telah dibuka untuk permohonan. Projek PPA1M ini adalah merupakan yang julung kalinya dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Unit RUMAWIP dan PPA1M, Bahagian Pembangunan Sosio Ekonomi, Kementerian Wilayah Persekutuan ingin membuka tawaran kepada seluruh anggota penjawat awam yang berminat untuk memohon unit PPA1M tersebut. Bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berkaitan projek PPA1M Bukit Jalil untuk rujukan dan tindakan selanjutnya. Permohonan dibuka sehingga 28 Februari 2015 . Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Nurul Syahirah binti Abu Bakar di talian 03-8889 7805 atau Zanariyah Muhammad Zain di talian 03-8889 7849 / ppa1m@kwp.gov.my