mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label kerajaan johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan johor. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Julai 2014

Johor Talent ; Membentuk Pemimpin Masa Hadapan


Johor Talent ; Membentuk Pemimpin Masa Hadapan

Anda anak Johor ? Jom sertai Johor Talent! Satu inisiatif khas merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membina bakat kepimpinan generasi muda. Anda berpeluang untuk berkhidmat bersama barisan kepimpinan dan GLC negeri Johor.

Penyertaan terbuka kepada mahasiswa universiti tahun akhir. Juga terbuka kepada graduan ijazah sarjana muda. Elaun dan latihan asas kerjaya turut disediakan. Maklumat lanjut di FB Johor Talent atau hubungi IKLAS di talian 07-224 5488.Tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos 2014

“Johor Talent ; Membentuk Pemimpin Masa Hadapan”

Info Johor Talent

Johor Talent merupakan satu inisiatif merakyatkan Kerajaan Negeri Johor untuk membangun dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi yang mempunyai personaliti dan berketrampilan unggul. Inisiatif ini selaras dengan pembangunan negeri Johor yang bakal menjadi sebuah bandaraya metropolitan dan pusat ekonomi yang berkembang maju. Justeru, adalah menjadi satu hasrat barisan kepimpinan negeri Johor untuk membangun dan melahirkan kepimpinan generasi baharu yang berdaya saing,berintegriti, dinamik dan berakauntabiliti. Selain itu, sifat kepimpinan terpuji berteraskan prinsip yadu al-ulya iaitu individu penyumbang turut menjadi teras dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Program ini berperanan menjadi landasan bagi Kerajaan Negeri Johor mengenal pasti pelapis-pelapis kepimpinan, bakat dan peneraju Negeri Johor Darul Takzim berteraskan kepada prinsip berikut:

  1. Penglibatan orang muda dalam proses pentadbiran;
  2. Pendidikan orang muda dalam bidang pentadbiran; dan
  3. Memberi peluang orang muda mencurahkan idea dan pendapat supaya cara dan gerak kerja Kerajaan Negeri kekal relevan di kalangan orang muda.

Johor Talent juga merupakan satu platform dan wadah rasmi kepimpinan tertinggi kerajaan dan GLC untuk memberi bimbingan dan latihan secara berfokus dan intensif kepada calon terpilih.Calon yang terpilih juga akan diberi latihan yang berteraskan enam teras utama iaitu Integriti, Kemahiran Komunikasi, Personaliti, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kerja Berkumpulan. Enam komponen ini perlu diterapkan dalam diri setiap calon yang akhirnya akan membentuk keperibadian kepimpinan yang unggul.

Johor Talent mensasarkan penglibatan seramai 20 orang mahasiswa universiti tahun akhir. dan graduan jurusan ijazah sarjana muda yang akan dipilih melalui sesi temuduga. Calon – calon yang terpilih akan ditempatkan dibawah seliaan organisasi utama kepimpinan kerajaan dan GLC negeri Johor. Tempoh latihan Johor Talent ini adalah sehingga 6 bulan yang akan bermula pada bulan September 2014 ini. Tarikh tutup permohonan selewat – lewatnya pada 10 Ogos 2014. Sebarang pertanyaan, hubungi IKLAS di talian, 07 – 224 5488 atau 07 – 221 3148 atau email kami di johortalent@gmail.com. Layari Facebook Johor Talent untuk mengikuti perkembangan dan info semasa mengenai Johor Talent.

https://m.facebook.com/profile.php?v=timeline&filter=1&id=756453584407360

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 24 April 2010

Jelajah Misti & Komuniti Broadband Johor 2010 : Destination Kampung Pok

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPagi ni awal lagi aku dah kena kuar. Target : Kampung Pok. Kena jadi wakil PPD ke sini. Ada program jelajah Misti.. Pakebender misti tu? Misti tu singkatan kepada minggu sains, teknologi dan ict negeri johor.. last buat kat persada tahun 2007. Memang menarik. Tahun ni dia akan buat sekali lagi kat persada pada 22-27 Jun ni. Jangan lupa pergi sana nanti.

Antara lain tujuan jelajah ni dibuat kat kawasan rural ni, adalah untuk menarik minat penduduk2 kat kawasan yang agak jauh dari dunia luar nih; dan jugak nak test liputan broadband di sini. Apa yang pasti aku nyer digi memang takde line tenet.. dua kali aku check ngan tok penghulu tadi.

Apa pun aku agak janggal dan terasa hilang kebebasan sikit hari ni. Ye lah.. Aku memang dah terbiasa ngan field work. Setakat amik gambo tu dah jadi asam garam. Tetiba hari ni kena duduk ngan vip.. aduhhh.. serba tak kena rasanya. Apa pun memang enjoy program hari ni. Cuma urusetia kena murnikan sikit video presentation diaorang tu.. Tak berapa sesuai dengan sasaran, disamping.. terlalu panjang.. Yang lain semua ok..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

::Klik untuk cerita penuh::



Apa-apa pun.. hari ni memang aku tak dapat mengambil gambar dengan baik.. Mana nak kontrol hensem, mana nak amik gambo.. Apa yang ada tu harap berpuas hati jer lah ye.. sowwii.. Tunggu gambo dari blog cha untuk lebih gembira.. jeles lak nengok dia selamba badak dok sana.. loncat sini amik gambo.. hahahaha...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku snap ni bukan tanpa sebab.. Mana lah tahu aku lupa nama program ni nanti kan.. hahaha

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haa... tempat dia sebelah sekolah ni.. sekolah yang ada sikit dosa ngan aku.. kes nkra

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Semua dah kumpul kat luar nunggu kehadiran DO dan YBM Tunku Zahrah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Siap ada persembahan silat tu.. marbeles..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Bacaan doa oleh imam kampung pok.. tak ingat nama dia

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucapan aluan YBM Tunku Zahrah.. camna la diaorang leh tak perasan laptop tu tak tutup.. adoohaii..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Ucapan perasmian tuan DO.. sib baik dah perasan pasal laptop tu kat sini..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Wakil SKMM..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Haaa.. sibuk dok membetul sana dan sini.. untuk penerangan dan penyampaian hadiah dari unit ict

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Kandid YBM Tunku Zahrah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Penyampaian hadiah pada pemenang

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Aku amik gambo bebudak ni jer

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Nak nengok yang lelain tunggu si cha hapdet blog dia

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Balik singgah jap ker gerai mee udang.. nak tapau kasi orang kat rumah

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Semua kat sini content utama dia udang..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Penuh orang kat sini..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Henpon aku yang sekali lagi kat silent mode.. hahaha.. sowwi sesapa yang call tadi..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Perghhh.. bebudak ni siap kenduri besar kat sini ngan famili dia..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

Dah.. jom balik.. Aku tapau 2 mee goreng udang, 1 mihun sup udang, 1 mee bandung udang.. kos.. RM14.. satu RM3.50.. udang banyak gilesss..

::Nak tau lebih pasal misti::

Enjoice...Sharing is power!!!