Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel homework

Layan Ziqri berkreativiti

Imej
Layan Ziqri berkreativiti. Sekali balik si Ziqri mintak tolong. Abah tolong wat ni boleh tak. Ehhmmm.. sonang bonar tu. Ajar dia guna gam. Sapu ja penuh cantik. Amik kacang hijau terus tabur ja. Padatkan. Yang tak kena gam kita kasi buang. Yeah... Dah siap... Sekali layan tab yang juga dah dikreativitikan oleh kakaknya. Aiyooo

Ziqri in homework mode

Imej
Ziqri in homework mode. Layan ziqri jap masa dia buat homework. Lomo.

Lepak-lepak malam Hari Malaysia

Imej
Tarikh : 15 September 2010 Masa : 8.40 malam Tempat : Rumah den Mood : Lepak lepak Malam ni kami lepak-lepak jer kat ruang tamu sesambil nengok tv. Sementara tu adik ngan iqa dok kat ruang tengah sambil buat kije rumah.. ye lah.. hari jemaat ngan sabtu ni kan dah naik sekolah. Tetiba ada keter benti depan rumah.. ooo.. Abang izat datang beraya. Bebudak ni semua pakat ke ruang tengah. Aku nengokkan adik yang masih dok wat kije rumah. Iqa lak dah sibuk nak bermain jer.. Last-last diaorang main dam. Saja aku tak ambik gambo, pasal sibuk ngaja iqa ngan puteri.. Klik untuk cerita penuh Sementara nunggu inaz siap wat kije rumah, meh kita selongkar dulu kotak mainan; cari apa yang boleh kita main sesama Inaz masih buat kije lagi Abah.. main badminton ni boleh tak.. tak boleh.. Enjoice...Sharing is power!!!

Iqa & Inaz : Edisi buat homework

Imej
Sempena tahun baru cina ni semua sekolah daerah Johor Bahru khususnya bercuti selama 7 hari. Rasanya cikgu-cikgu pun dah bekalkan dengan kerja rumah yang secukupnya kepada anak-anak murid memasing. Iqa setakat ni ada satu kerja yang cikgu Fadzilah kasi. Kerja English. Tu pun aku tertinggal kat bilik pendidikan khas masa sibuk-sibuk berkemas lepas camping bebaru ni. Nak ambik kamera, homework lak tertinggal, ntah apa apa la. Memang dah makin tua dah kot. Sedangkan masa memula kerja pun pelupa... So, Iqa dok pulun buat kerja-kerja dari buku-buku kerja lain yang aku beli. Ni pun cam nak tambah beli lagi buku-buku untuk dia, pasal satu buku pun boleh dihabiskan sehari. Si Inaz lak kena kasi mood dulu kat dia, baru dia leh buat kerja. Kalau tak, siap leh tido la, nak susu la, memacam alasan dia.. Tapi petang ni dah ok sikit dah.. Kalau tak... Tu pun dah mama dia sibuk marah terjerit jerit la dan aku memang dah pegang rotan dah.. hahahaha :: Klik untuk cerita penuh :: Dah puas kena marah bar

Iqa new workbook - Mathematics Year 1

Imej
Mama beli 2 set buku tahap satu untuk Iqa semalam semasa aku sibuk dok menunggu kasut aku dijahit tu. Matematik darjah 1 sampai 3 dan Sains darjah 1 sampai 3. Hari ni memandangkan aku baru jer settle buat kertas soalan math darjah 3, aku nak gak try tengok Iqa boleh tak buat soalan tahun 1 ni. Haaa.. siap dah pun soalan aku. Esok nak submit kat ketua panitia.. Masa simpan kertas ni kat dalam keter aku terperasan set buku iqa ni. Aku terus bagi buku math tahun 1 suruh iqa buat. Boleh tahan gak la. Tapi money dia lemah sikit.. Kena banyak tunjuk ajar lagi ni. Aku tunjukkan sikit cara tolak pakai conteng-conteng, sikit-sikit pasal solving problem. Pastu dia dah penat. Baru siap page 13. Takpe la. Esok sambung lagi.