Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bonus

ASB 2019 : Agihan pendapatan, bonus 5.5 sen

Imej
ASB 2019 : Agihan pendapatan, bonus 5.5 sen. Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016

Imej
Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. "Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion. "Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri. Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion. -- BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photobl

Bonus Kakitangan Awam disegerakan 15 Januari 2015

Imej
Bonus Kakitangan Awam disegerakan 15 Januari 2015. Alhamdulillah. Bonus Kakitangan Awam Diawalkan, Pembayaran Pada 15 Jan KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kerajaan bersetuju pembayaran bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan iaitu pada 15 Jan ini. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata keputusan itu berikutan kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali penjawat awam yang terlibat dalam bencana banjir. "Kerajaan berharap pemberian ini (pembayaran awal bonus) dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak pertengahan Disember lalu mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dengan angka semasa menunjukkan sejumlah 41,421 orang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. Dal

Bajet 2012 : Kaji bonus atau naik gaji

Imej
Bonus sebulan setengah atau naik gaji. Semuanya dengarnya sedang dikaji untuk diberi pada kakitangan kerajaan. Menarik jugak kan bila dengar cenggini. Bukannya apa, dah agak lama jugak kakitangan kerajaan tak dapat bonus. Paling banyak pun setengah bulan. Mana la nak sama ngan sesetengah orang lain yang sampai 2, 3 bulan bonus tu kan. Apa salahnya sekali sekala dapat tumpang sekaki kan. Tu pun, dah banyak suara sumbang dah berbunyi. Bendanya pun tak rasmi lagi pun. Kita tunggu aje la. Kalau dapat, alhamdulillah!!! Bila lagi nak merasa lebih sebulan kan. Published with Blogger-droid v1.7.4