Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BAS MUAFAKAT JOHOR PERCUMA UNTUK BANGSA JOHOR

BAS MUAFAKAT JOHOR PERCUMA UNTUK BANGSA JOHOR

Imej
BAS MUAFAKAT JOHOR PERCUMA UNTUK BANGSA JOHOR Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ). Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi memberikan kemudahan dan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah di kenalpasti. Perkhidmatan Bas Muafakat Johor diberikan secara percuma kepada seluruh warganegara. Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai. Sebanyak 30 buah bas akan beroperasi bermula Mac 2016 dan bas-bas ini akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang, Kemudahan Internet Percuma (WIFI) Bagi mendapatkan perkhidmatan Bas Muafakat ini, pengguna perlu mendaftar dan mendapatkan kad Muafakat Johor. Daftar Kad anda di sini .