Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2


Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2. Hari kedua baru la mencabar. Hari 1 takde pape sebab banyak ujian dibuat. Pagi tu doktor sampai. Borak borak ngan aku jap. Sambung lepak jap. Sekali nurse masuk ngan wilcha. Doktor nak jumpa kat luar.

Laju dia nolak. Perghhh. Orang ortho semua laju laju eh. Ngeri weh. Sampai ke kaunter utama. Doktor dah tunggu. Tv terpasang dengan gambar mri lutut aku. Bengkak kat dalam kata doktor. Jadi dicadangkan untuk ubat dan antibiotik dahulu. Takde efek baru cerita pasal pembedahan.

So. Tolak balik ke wad. Sambung lepak sambil dok mikir bila la nak dapat ubat ni. Layan borak ngan pakcik dan makcik berdepan aku. Uncle sebelah pun join sekaki. Hari ni juga baru aku tau ada pegawai perhubungan khas untuk pesakit dari Singapura, China dan Indonesia.

Mama sampai pastu. Borak borak. Ucu pulak sampai. Ceria tul aku hari ni. Sambil dok harap ubat dapat selesaikan masalah aku la. Izwan pun mesej nak datang petang tu.

Pastu aku soh mama balik. Takde pape lah. Gi lawat iqa di stf. Aku ambik air sembahyang. Baru je nak solat, 3 nurse masuk. Sori ye cik. Kali ni memang kena pasang jugak ye. Alamak. Terus tergamam jap. Ni ker kaedah ubatnyer. Huhuhu.

Suruh pasang sebelah kiri dulu. Udah ditebuk katanya urat aku membengkak. Ubat tak jalan ni. Nak tak nak kena jugak pasang belah kanan. Dah tak suci lagi. Sakit menyucuk. Hilang rasa sakit kaki tu. Terkaku aku sepetang. Tokleh nak gerak langsung. Baby pun tak gini kata nurse tu. Hehehe.
Petang tu aku dah tensen. Tangan kanan aku rasa sangat tensen. Tengok tensen. Gerak tensen. Soh nurse balut sebab aku taknak tengok. Huhuhu. Uncle depan siap tegur. Haiya. Tangan pun sudah jem ka. Semalam kaki saja.

First time aku terpaksa makan tangan kiri. Dia masuk je ubat, kebas jap. Rasa sejuk habis ubat menerobos. Makan ubat lagi. Ish ish ish. Tensen tul petang tu.

Malamnya sakit abis. Kaki. Tangan. Masa ni dah hilang jap pertimbangan. Cam nak mintak je ubat tahan sakit. Tapi alhamdulillah. Dapat jugak tahan. Dan tidur. Malam tu paling pelik sebab aku terjaga setiap jam. Tak biasa la katakan.

sakit weh. tensen tul aku dah pasang aksesori cenggini

maka bermula la episod semua buat guna tangan kiri

ramai yang datang jumpa ngan hj shamsurma pagi tu. ngan aku aku pun join sekaki. hahaha

aktiviti rutin sepanjang hari

lepak ngan mama. masa ni gumbira lagi

ucu pun datang. balik ja semua orang ...

maka bermula la episod tensen aku

serius aku sangat tensen. boleh naik blood pressure nih. tak kira tok leh nak buat apa lagi tu

nurse balut sebab aku rasa sangat rimas

ni yang belah kirinya pulak

huhuhuhuhu

izwan pun pelik petang tu aku sangat berbeza ngan paginya. hahaha. lepas tengok tangan baru dia paham

nasi goreng ayam dia kasi petang tu. tensen weh. makan pakai tangan kiri

ubat makan lagi. ubat cucuk lagi. ish ish ish

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016