mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label taman permainan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taman permainan. Papar semua catatan

Selasa, 31 Januari 2017

Lepak Santai : Taman Permainan Masjid Jamek Pekan Nenas


Lepak Santai : Taman Permainan Masjid Jamek Pekan Nenas. So. Kita pecah dua team. Mama gerak masuk ke medan niaga. Aku gerak ngan team kebudaks ke taman permainan. Kekeke. Selalu jugak aku buat cenggini. Sementara matahari tak naik lagi. Kita belasah abis abisan main semua permainan tersedia kat sini. Sayang. Ada beberapa alat senaman yang dah rosak. Buai tinggal satu je boleh main. Takpe lah. Kita main aje yang mana boleh main. Overall. Memang terjaga dengan baik kawasan ni. Yang part rosak tu. Saling beringat la. Kadang kadang nampak jugak yang dah lebih limit pun sibuk nak merasa. Ingat ingat la pada yang berhak kan. Saling ingat mengingati.

Sabtu, 28 Disember 2013

Lompat lompat di taman permainan

Lompat lompat di taman permainan jap lepas sesi pendaftaran. si ziqri nak sangat main tadi. beria ria

Ahad, 22 Januari 2012

Ayap pagi ahad



Jom kita gi taman kekanak. Yihuuu



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway
mknace xperia

Khamis, 8 Disember 2011

Tasek Takong discovery



Pepagi lagi kuar. Tapi matahari kuar awal pagi ni. Seawal 7.30 dah terpacak. Cuma angin tetap dingin.

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Selasa, 6 Disember 2011

Seharian di rumah



Hari ni memang tak ke mana. Enjoy layan movie jer kat rumah. Mama kuar sama mak ngah, atuk dan nenek gi sempadan. Sesaja gi bebas cukai. Hasil dia pinggan mangkuk, cekelat sama dua balang beso jeruk, anggur sama bidara.

Sebelah petang gi kroh lagi, nak main kat playground. Sekali sampai gunung inas, hujan mencurah. Tawaf satu taman dalam keter jer la.

Balik rumah, hujan dah berenti. Langsung kebudak ninolong atuk nenek dia berkebun. Sekali ziqri turun, terus berlari masuk bendang. Habissshhh...

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Isnin, 5 Disember 2011

Taman Permainan Pengkalan Hulu



Belasah tahap gaban. Serannggg!!!!

Ni ler slide yang aku dengan adik adik dari kecik... Yihaaa....

^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

Ahad, 18 April 2010

Taman Permainan Taman Nusantara

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarPagi Sabtu ni bawak la bebudak ni kuar main ke taman permainan. Aku bawak gi taman kat taman nusantara jer. Tapi banyak lak demand bebudak ni.. nak gi hutan bandar.. aku cakap.. bebudak lain nak kuar main yang dekat-dekat ni pun susah. Cuba bersyukur sikit. Tapi dedua cam tak puas hati. Tapi main jugak. Tak sampai lima minit dedua nak buang air kecik.. Haaa.. tu la.. Tuhan marah kalau orang tu tak tau bersyukur. Pas tu terus kami balik rumah jer. Tapi dedua memang dapat pengajaran betul hari ni. Dapat main 5 minit jer. Aku pun tak suka jugak sebab sekeping jer gambo yang bebetul aku ambik.. yang dedua tu, paham-paham jer la sendiri

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar








Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 17 Mac 2010

Lelepak di tepian pantai pontian

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarDah setel semua urusan kat JPN tadi, aku pun bawak la bebudak ni jengjalan kejap. Mana lagi kalau bukan tepian pantai pontian nih. Pasal kat sini dah ada semua untuk bebudak nih. Memula kasi diaorang main puas-puas dulu. Main la dulu sampai ingat perut dah lapar.

Last-last kuar jugak ayat lapar diaorang nih. Cam biasa pergi ke gerai untuk makan. Dah tahu dah.. Diaorang mesti order mihun soto punya.. Tarak benda lain agaknya nak makan kot. Dah setel semua, baru ajak lepak kat pantai. Tengok ikan tembakul, tengok laut.. Enjoy beb.. Lepas tuh baru balik ke Gelang Patah.. Esok.. nak gi uruskan kes mama di sekolahnya..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Jom tengok ikan tembakul dulu.. syiok tuuu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Adik dah puas main.. tinggal kakak dia jer belum...

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Kita lumba sapa sampai bawah dulu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi mengorder sarapan..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Beskal sapa la nih.. sib baik aku tak bawak kamera aku..


Slideshow penuh





Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 7 Februari 2010

Back to Hutan Bandar MBJBT

©2010mknaceunlimitedLepas jer balik dari latihan Taekwondo tadi, Iqa ngan Inaz dah siap terlompat-lompat nak pergi taman permainan besar; gelaran yang diaorang kasi kat Hutan Bandar MBJBT ni. Jangan tersilap, terutama apabila orang skudai cakap nak gi hutan bandar; kalau dulu memang satu jer hutan bandar. Nun jauh kat JB sana nun. Tapi sekarang ni; kalau cakap pasal hutan bandar, kena tanya betul-betul; hutan bandar jb ker hutan bandar mbjbt.

Hutan Bandar MBJBT ni terletak di sebelah trafik light terakhir sebelum tiba ke Lima Kedai. Jalan menghala ke Taman Orkid, Selesa Jaya semua tu. Tempat dia memang menarik. Kalau nak dikira, aku rasa ada lebih kurang 4 ke 5 pusat permainan kanak-kanak sahaja; yang dipasang berterabur dalam kawasan dia ni. Hari ni aku bawak bebudak ni main yang kat main enterence dan berhadapan dengan rumah limas. Kononnya nak main batman kat rumah terapung sana; tapi panas sangat, malas lak nak pergi menapak jejauh. Sekali boleh jumpa memember bawak anak jugak.. Hmmm.. Nampaknya ramai jugak cikgu-cikgi yang kuar jengjalan tengahari ahad ni yerk.. Kalau petang-petang ahad dijamin penuh ngan fotografer dan pengantin2 kat sini.

Selesai jer main sempat lagi iqa dan adik beli air dengan keropok lekor. Pastu cam biasa, singgah seven eleven gelang patah beli slurpee untuk mama. Takde benda lain dah yang dia nak. Tak tahu laa..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Mesti nak main benda alah ni. Aku ngeri pasal bender tu memang besi padu. Bila lepas dia berayun ke belakang..

©2010mknaceunlimited
Nak main semua yang hardcore nyer.. Aduuuhaiii.. Layan jer la...

©2010mknaceunlimited
Waaaaa... sudah tak gayat dah ka iqa.. huih.. dah makin tinggi dah..

©2010mknaceunlimited
Bagusss.. siap tolong adik gitu..

©2010mknaceunlimited
Pasni kita main batman, pastu alat jogging, pastu... pastu...

©2010mknaceunlimited
Sempat melambai dari atas tu.. Tak silap rumah mersing agaknya...

©2010mknaceunlimited
Brader ni sibuk mengoter wau bule die.. petang ni mesti suka nyer ler tu.. siap pasang teraju tu..

©2010mknaceunlimited
Siap panggil suruh ambik gambo tu.. Alahai anak-anakku..

©2010mknaceunlimited
Meniti batang pinang.. tak ingat dah apa nama rumah ni.. tapi berdepan dengan rumah limas dan bersebelahan dengan gelongsor yang diaorang main tadi..

©2010mknaceunlimited
Bersama barang rampasan perang (pow) yang pertama...

©2010mknaceunlimited
Bersedia untuk dipow untuk kali keduaaa!!!


Slideshow penuh


Ahad, 23 Ogos 2009

The Balqis Day Out



Haii... bulan puasa pun nak gi Taman Permainan. Dah nama pun budak kan. Bawak jer ler. Tapi sayang, separuh gambar lagi rosak masa aku transfer. Walaupun aku dah try recover tapi aku tersilap langkah. Patutnya aku check dulu fail yang aku dah recover dulu, ini aku terus jer wipe CF aku. Sekali check yang dah recover, hampeh. Tengok jer ler gambo yang tinggal ni.. Sob.. sob..

Paling sedih tengok vandalisme ni. Teruk betulkan.




Foto montaj