mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negara. Papar semua catatan

Selasa, 18 Ogos 2015

Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Rasa Megah Dan Cinta Pada Negara - Khaled Nordin

Kibarkan Jalur Gemilang Dengan Rasa Megah Dan Cinta Pada Negara - Khaled Nordin


Jalur Gemilang, bendera rasmi Malaysia, bukanlah sekadar dikibar dengan perasaan kosong, tetapi ia harus dikibarkan dengan rasa bangga dan cinta pada negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin.

Malahan, beliau berkata, nilai patriotisme yang dicapai ketika mengibarnya, juga sebagai tanda simbolik mengenang ribuan perwira negara yang terkorban dalam usaha memastikan Malaysia merdeka daripada penjajah, serta kekal dihormati dengan kedaulatan yang dimiliki.

"Kerana Jalur Gemilang itu bukan hanya satu kain yang dikibar-kibar kosong. Ia adalah simbol paling penting negara kita. Ia adalah 'jiwa nurani' Malaysia. Tanpanya, apalah makna kehidupan bernegara.

"Tiada simbol lain yang sepenting, seutama dan sehebat Jalur Gemilang ... (kerana) disebut sahaja nama negara Malaysia, yang pasti terlintas di fikiran semua ialah bendera negara kita Jalur Gemilang," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Johor 2015 di Stadium Mersing, Johor baru-baru ini.

Justeru, kata Khaled, mengibar bendera keramat itu, bukanlah sekadar ketika meraikan pesta kemerdekaan, tetapi juga sebagai tanda rakyat Malaysia sentiasa mengenang tanah air tempat kelahiran mereka.

Berucap lanjut, Khaled berkata, Jalur Gemilang mempunyai peranan tersendiri dalam hal-hal pentadbiran dan urusan rasmi negara.

"Bila negara meraikan kejayaan besar, menawan puncak tertinggi dunia, meneroka ruang angkasa, mencipta sejarah dalam bidang pendidikan atau sains dan teknologi, maka Jalur Gemilanglah yang kita usung dan kibarkan dengan megah.

"Bila pemimpin kita melawat sebuah negara lain, Jalur Gemilanglah yang akan dikibarkan di seluruh bandar raya yang dilawati. Sebagai gambaran rasa hormat negara tersebut menyambut pemimpin kita.

"Bila negara ditimpa musibah bencana dan kedukaan, Jalur Gemilanglah yang kita kibarkan separuh tiang, sebagai tanda bangsa dan negara berdukacita," katanya.

Malahan, kata Khaled lagi, di kala gugur dan kembalinya pahlawan, satria, negarawan, dan 'bapa' bangsa, Jalur Gemilanglah yang membaluti kerandanya, seterusnya dihadiahkan kepada keluarga sebagai tanda penghargaan kepada jasa bakti yang dicurahkan.

Khaled berkata, jika ada yang masih bertanya mengapa kerajaan selalu menekankan kepentingan bendera rasmi, beliau berkata jawapannya mudah, iaitu Jalur Gemilang itulah lambang patriotisme kepada bangsa, agama dan negara.

"Kerana patriotisme ini lah negara Malaysia merdeka. Kerana patriotisme inilah ratusan ribu perajurit kita setia dan bersedia mengorban nyawa.

"Demi semata-mata memagar negara ini. Baik di sempadan, baik di lautan, baik di ruang udara .. hanya ingin memastikan negara ini tidak diceroboh serta tidak diancam musuh," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata tugas mengibar Jalur Gemilang adalah satu amanah dan tanggungjawab bagi rakyat yang tidak perlu bersabung nyawa di perbatasan, bagi sama-sama memastikan patriotisme itu disemarakkan.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 28 Disember 2013

Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara

Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara. Meriah kita tahun depan gini.

Sambutan TMM 2014 Di Pintu Masuk Seluruh Negara Bermula 1 Jan
PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Sambutan meraikan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) akan diadakan di 37 pintu masuk seluruh negara bermula 1 Jan termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata sambutan di KLIA dijangka dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk meraikan kedatangan pelancong.
"Sambutan di pintu masuk negara ini termasuk sama ada melalui darat atau udara. Sebagai contoh di KLIA ada penerbangan antarabangsa yang masuk, kami akan memberi 'goodies' dan sebagainya untuk memberitahu pengunjung bahawa 1 Jan bermulanya TMM 2014," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan bas KL Hop On Hop Off sempena jelajah TMM 2014 Putrajaya ke Pulau Pinang 'Follow Countdown Journey Visit Malaysia Year (VMY) 2014' yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Pemasaran) Tourism Malaysia Chong Yoke Har di sini Jumaat.
Menurutnya rombongan itu disertai 50 penari 'flash mob' dan wakil media yang akan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat Tapah, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Ipoh dan Padang Kota Lama di George Town, Penang hari ini untuk mempromosi dan mengedarkan risalah serta cendera mata TMM 2014.
Selain itu karnival kiraan detik TMM 2014 akan diadakan selama dua hari bermula esok di Queensbay Mall, Pulau Pinang, kata Musa.
"Kami akan adakan banyak acara misalnya persembahan artis dan persembahan kebudayaan, kuiz, pertandingan mewarna dan sebagainya. Selain itu terdapat 13 kaunter agensi pelancongan dan pengusaha produk pelancongan untuk dikunjungi," katanya.
Beliau berkata sambutan TMM 2014 bukan sahaja melibatkan Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, tetapi juga jalinan kerjasama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi kerajaan antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.
Malaysia menyasarkan kehadiran 28 juta pengunjung dan perbelanjaan pelancong sebanyak RM76 bilion sempena TMM 2014, katanya.

-- BERNAMA

Selasa, 5 Februari 2013

Videoclip Rasmi Lagu Transformasi Pendidikan Negara KPM

Lagu Transformasi Pendidikan Negara terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di Majlis Perutusan Tahun Baru 2013 baru-baru ini. Lagu tersebut digalakkan untuk dinyanyikan di majlis-majlis rasmi anjuran bahagian dan agensi KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. Videoclip ini telah dimainkan secara rasmi di Himpunan Guru Muda 1 Malaysia zon Sarawak baru-baru ini.

Berikut merupakan pautan untuk memuat turun lagu tersebut:
http://www.moe.gov.my/


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Ahad, 20 Januari 2013

Lagu Transformasi Pendidikan Negara KPM

Lagu Transformasi Pendidikan Negara terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diperkenalkan di Majlis Perutusan Tahun Baru 2013 baru-baru ini. Lagu tersebut digalakkan untuk dinyanyikan di majlis-majlis rasmi anjuran bahagian dan agensi KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

Berikut merupakan pautan untuk memuat turun lagu tersebut: http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002706.zip


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 15 Julai 2012

DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
Majlis penutup
Alhamdulillah. semua selesai dengan jayanya. Penat lelah sepanjang minggu lepas memang tak terkata. Kalau ikut hati, nak jer cuti senin ni. Tapi... carry forward lah ke jemaat. Sebab aku perlu ke keyell. Ada meeting.. Apa pun.. layanzzz gambo sepanjang dua hari di ksl resort.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
penutup

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
meja pelapor yang hangat mencatat

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
sesi dialog

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
majlis penutup

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
panel dan jemputan khas

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
sebahagian peserta

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
sesi dialog

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
ni mesti kes silap beli mentol nih

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
kawasan pendaftaran panel

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
pendaftaran panel

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
masih dari pandangan depan hotel

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
dari depan bangunan ksl

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
lepak jap kat lobi hilangkan penat

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
suasana petang jemaat... pendaftaran panel



Ahad, 8 Julai 2012

DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR | WHY

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR

Klik pautan untuk ke Web Rasmi | Facebook Rasmi | Twitter Rasmi 

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
Picas taken from abihulwa.blogspot.com

~ PENGENALAN ~

Penilaian terhadap sistem pendidikan negara yang telah dilaksanakan mulai Ogos 2011 merupakan satu langkah awal untuk menilai secara keseluruhan tahap pencapaian pendidikan di Malaysia. Kali terakhir kajian semula yang menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara dilaksanakan adalah pada tahun 1956 dan 1960 dengan terhasilnya Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. 


Laporan Penilaian Sistem Pendidikan Negara (LPSPN) yang terhasil pada akhir Mac 2012 akan menjadi input penting dalam penyediaan pelan pembangunan menyeluruh bagi sistem pendidikan negara dan pelan strategik KPM.Selain LPSPN sebagai sumber input– proses perundingan meluas akan diadakan mulai April 2012 bagi melibatkan dan mendapatkan input daripada komuniti dan pihak berkepentingan yang berminat melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN 2012).




mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
Picas taken from azimaris.blogspot.com

~ MATLAMAT ~

Matlamat akhir DNPN 2012 adalah untuk mendapatkan input daripada segenap lapisan masyarakat berkaitan pendidikan, khasnya beberapa aspek penting yang telah dikenal pasti mempunyai hubungan dan kesan terus kepada kemenjadian murid (student outcomes). 


 DNPD 2012 dapat memastikan bahawa tiada rakyat yang tercicir dalam memberikan idea dan pandangan. Pendidikan adalah hak rakyat, dan sewajarnya suara mereka diambil kira dalam perancangan dasar pendidikan. Input daripada DNPN akan diselaraskan dengan input daripada LPSPN dan makmal pendidikan bagi penyediaan blueprint dan pelan strategik KPM.



~ FORMAT ~

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
Picas taken from btpnpahang.moe.edu.my
DNPN 2012 merangkumi empat kaedah bagi mendapatkan idea dan pandangan daripada masyarakat. Empat kaedah tersebut adalah dengan melalui : 
  • Perhimpunan awam merentasi setiap negeri di Malaysia (townhalls).
  • Forum kumpulan berfokus (stakeholder forums). 
  • Kemukakan idea secara bertulis. 
  • Survei kebangsaan komprehensif.


PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN !!!!


mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
Picas taken from  www.marimari.com
Moh kita ke KSL Sabtu ini...


mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
Picas taken from jbcool.com






Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 7 Julai 2012

DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR

mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
mknace unlimited™ | DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012 JOHOR
Agak sibuk minggu ni, hmmm; sepatutnya bulan ni. Program berturut turut. Lepas satu satu. Ni, yang aku share ni adalah salah satu yang paling hampir. Sabtu minggu depan jer. Sekarang ni tengah giat mempromote, dari banner, bunting, flyer, media sosial. Semua kasi taruk. Ni la masanya untuk kita suarakan pandangan, cadangan, tak puas hati kita supaya pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia alert tentang perkara tersebut dan ambil tindakan sewajarnya. Jadi, jangan lupa Sabtu depan di KSL Resort. Akan diupdate lagi tentang perkara ni...



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 26 Jun 2012

mesyuarat majlis dialog nasional pendidikan negara

mknace unlimited | mesyuarat majlis dialog nasional pendidikan negara
Petangnya ada meeting bersama pengarah berkaitan majlis dialog nasional pendidikan negara yang akan diadakan pada 14 Julai 2012 bertempat di Dewan Pusat Islam Iskandar Johor Bahru, Johor. So, terpaksa skip verifai emis sesi petang.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free