mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label dalam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dalam. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2015

Beberapa Elemen Dalam Sistem Pendidikan Akan Dikemaskini

Beberapa Elemen Dalam Sistem Pendidikan Akan Dikemaskini


Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata beberapa elemen dalam sistem pendidikan negara perlu diperkemaskinikan.

Beliau bersependapat dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem agar Sarawak diberikan penurunan lebih kuasa banyak dalam hal-hal pendidikan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pendidikan di sini hari ini, Mahdzir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan ketua menteri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu, Mahdzir berkata terdapat 390 sekolah menengah dan rendah di negeri ini yang masih menggunakan janakuasa elektrik (generator set) termasuk 114 berhampiran grid tenaga yang akan disalurkan bekalan elektrik.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 9 Ogos 2015

2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015


2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015. Keputusan telah diumumkan. Seramai 33 orang pelajar tahun 6 telah menerima Sijil Kepujian dan 2 menerima Pingat Gangsa dalam Kangaroo Math Competition 2015 yang berlangsung baru-baru ini. Tahniah pada semua. Tahniah juga pada Syafiqah yang menerima sijil kepujian.

Semakan boleh dibuat di sini :


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 28 Julai 2015

Zahid diumum TPM baharu dalam rombakan Kabinet 29 Julai 2015

Zahid diumum TPM baharu dalam rombakan Kabinet 29 Julai 2015


Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu Najib.

PUTRAJAYA: Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu perdana menteri.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohd Salleh Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Menurut Najib selepas mengumumkan rombakan tersebut, langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.

Selain, Muhyiddin, empat menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri G. Palanivel, dan Datuk Dr Ewon Ebin.


Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                                      Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                                      Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                                      Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 11 November 2014

KENYATAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENEMUAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2013 SIRI 3 berkenaan Perkhidmatan 1BESTARINET

KENYATAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  MENGENAI PENEMUAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT  NEGARA TAHUN 2013 SIRI 3 berkenaan Perkhidmatan 1BESTARINET


Perkhidmatan 1BestariNet merupakan komponen utama dalam Anjakan 7, Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025. Program ini menyediakan Pelantar
Pembelajaran persekitaran maya untuk mengupayakan pembelajaran akses kendiri.
Kerajaan Malaysia melalui makmal New Key Economic Area - Content Connectivity and
Infrastructure (NKEA-CCI) yang melibatkan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan
dan agensi kerajaan yang berkepentingan telah mengenal pasti KPM sebagai
pemangkin bagi pelaksanaan SchoolNet 2.0 yang telah dijenamakan semula sebagai
1BestariNet.

Pelaksanaan 1BestariNet telah mengambil kira dapatan kajian impak yang
dilaksanakan oleh pakar perunding berkecuali yang diselaraskan oleh Unit Perancang
Ekonomi. Reka bentuk rangkaian, spesifikasi perkhidmatan serta skop kerja telah
dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Spesifikasi Teknikal Perkhidmatan 1BistariNet,
KPM.

Berasaskan perakuan Jawatankuasa ini, KPM telah melancarkan tender terbuka untuk
perolehan perkhidmatan 1BistariNet bagi tempoh lima belas tahun pada 15 Mei 2011 di
mana 16 syarikat telekomunikasi telah menyertai tender tersebut. Setelah penilaian
teknikal dan kewangan dilaksanakan oleh Lembaga Perolehan, KPM, Syarikat YTL
Communications Sdn. Bhd. telah ditawarkan kontrak berkenaan pada 29 November
2011 selama dua tahun enam bulan mulai 13 Disember 2011 hingga 12 Jun 2014
berdasarkan kedudukan penilaian spesifikasi teknikal yang terbaik dan harga yang
munasabah yang konsisten dengan keputusan Kementerian Kewangan untuk
membahagikan tempoh pelaksanaan mengikut fasa.

Penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa perkhidmatan ini
belum mencapai objektif sepenuhnya dalam merangkaikan perkhidmatan internet ke
sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. KPM ingin menjelaskan bahawa sehingga tamat
tempoh kontrak pada 12 Jun 2014, pihak syarikat telah berjaya merangkaikan sebanyak
8,886 daripada 9,889 buah sekolah di seluruh negara dengan perkhidmatan
1BestariNet. Manakala sebanyak 1,003 sekolah tidak dapat dirangkaikan dengan
1BestariNet kerana syarikat gagal untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa
tempatan bagi membina menara telekomunikasi di beberapa negeri, khususnya di
Negeri Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan. Walau bagaimanapun, bagi 1,003
sekolah yang belum dirangkaikan, KPM telah menyediakan perkhidmatan internet
melalui talian internet interim yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan internet
yang lain bagi membolehkan sekolah-sekolah tersebut terus melaksanakan aktiviti
pembelajaran murid secara dalam talian. Di atas kelewatan tersebut, pihak kerajaan
telah pun mengenakan denda kepada syarikat YTLC Communications Sdn Bhd
sebanyak RM2.4 juta pada 27 Oktober 2014.

Sekolah-sekolah yang dirangkaikan melalui perkhidmatan 1BestariNet dengan kelajuan
4Mbps telah dibekalkan dengan 3 Zoom bagi membolehkan guru dan murid mengakses
internet di makmal komputer, bilik guru dan pejabat sekolah di mana berlakunya
sebahagian besar aktiviti pembelajaran dan pengurusan sekolah. Dengan kewujudan
persekitaran wifi di sekolah, kemudahan ini juga memberikan ruang dan peluang
kepada lain-lain peranti mudah alih yang sedia ada menggunakan kemudahan capaian
internet melalui rangkaian 1BestariNet. Ini secara tidak langsung meningkatkan jumlah
pengguna serta mengakibatkan kesesakan kepada capaian internet berkapasiti 4Mbps
yang disediakan ketika ini. Justeru itu, pengurusan penggunaan capaian lebar jalur
4Mbps secara cekap amat penting dilaksanakan di peringkat sekolah oleh
pengetua/guru besar bagi memastikan manfaat terbaik dapat diperoleh daripada
kemudahan yang disediakan.

Sebagai langkah penambahbaikan, KPM telah mengarahkan supaya sekolah-sekolah
menyediakan jadual penggunaan talian bagi mengurangkan masalah berkenaan dan ini
ternyata berkesan di kawasan-kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang
dirangkaikan dengan teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT) tetapi masih
berupaya untuk melaksanakan program Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dengan
jayanya. Selain itu, pihak syarikat telah membekalkan dongles kepada setiap sekolah.
Dongles ini membolehkan guru-guru mencapai bahan-bahan pembelajaran murid
dalam kawasan-kawasan sekolah yang tidak berada dalam liputan wifi Zoom.

Untuk memastikan kualiti rangkaian yang dibekalkan menepati piawaian yang
ditetapkan oleh International Telecommunications Union (ITU), KPM telah
melaksanakan pengauditan ke atas rangkaian 1BestariNet secara rawak pada
Disember 2013. Dalam tempoh pengauditan tersebut, KPM mengukur kelajuan lebar
jalur (bandwidth), kependaman (latency), penurunan paket (packet drop) dan naik
opelet (jitter). Kesemua pengauditan yang telah dijalankan sepanjang tempoh kontrak
mendapati bahawa rangkaian 1BestariNet memenuhi Aras Jaminan Perkhidmatan
(SLG) yang ditetapkan. Bagi mengesahkan kualiti rangkaian yang dibekalkan pembekal
serta dapatan pengauditan KPM, pengauditan oleh agensi luar dan pihak berkecuali
juga dilaksanakan dari semasa ke semasa. Antara agensi luar yang pernah dilibatkan
dalam pengauditan rangkaian 1BestariNet ialah MAMPU dan Suruhanjaya Komunikasi
Dan Multimedia Malaysia. Setakat ini, berdasarkan pengauditan rangkaian yang
dilaksanakan secara berkala, pembekal didapati memenuhi aras jaminan perkhidmatan
(SLG) seperti dalam kontrak 1BestariNet.

Mengenai penemuan audit terhadap pencapaian kewangan bagi projek ini bahawa
bayaran ke atas perkhidmatan lebar jalur 10Mbps bagi Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri (BTPN) di seluruh Malaysia sejumlah RM0.32 juta tidak diperuntukkan dalam
Lampiran B - Jadual Harga Kontrak dan tiada sebarang kelulusan pelarasan nilai
kontrak, KPM ingin menjelaskan bahawa pembayaran tersebut tidak diperuntukkan
dalam Jadual Pembayaran Projek. Namun, skop kerja dan kadar pembayaran adalah
seperti yang tercatat dalam kontrak [Klausa 4.2(b)] di mana jadual harga kontrak dan
jumlah perbelanjaan projek 1BestariNet adalah di bawah siling kontrak.

Mengenai penemuan audit berkaitan Pelantar Pembelajaran Maya (VLE), VLE ia
merupakan komponen yang paling penting dalam projek perkhidmatan 1BestariNet.
Tahap penggunaan dalam tempoh 3 tahun pertama adalah berada dalam lingkungan
5% sebagaimana lazim dalam program transformasi pengintegrasian ICT.

Kenyataan penuh boleh diperolehi di pautan url berikut :
http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2014/articlefile_file_003698.pdf

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ahad, 28 September 2014

Edisi Purba : Layan Kelantan Vs JDT dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 di San Restoren


Edisi Purba : Layan Kelantan Vs JDT dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 di San Restoren. Mesti ramai yang pelik kan bila aku ada entry layan bola cenggini kan. Dah la kat outdoor lak tu. Orang tak minat bola, layan bola outdoor gitu. Kekeke. Sebabnya. Mama beli ikan. Pastu anto restoren soh masakkan. Siap potong dua. Sebelah wat tiga rasa. Sebelah lagi wat kukus. Sesambil nunggu tu. Nak tak nak layan la kejap. Sambil ngunyah jeruk pak ali. Boleh gitu.

Jumaat, 31 Januari 2014

Tiada penyingkiran dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12


Tiada penyingkiran dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 12. Tema malam semi final ini adalah "Zaman Kolej" dan "Artis Jemputan". Siaran secara langsung dari Dewan MPJB, Johor Bahru, Johor. Walaubagaimanapun Sepahtu dan Bocey ditegur persembahan menurun. Ajak Shiro dapat title Man of the match! Dah agak dah... Minggu depan finale!!!

Tema Zaman Kolej!!!






Tema Artis Jemputan!!!






Jumaat, 24 Januari 2014

SYJ tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11.


SYJ tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11. Tema malam ni adalah "Silent Comedy" dan "Karoot Komedia". Siaran secara langsung dari Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Sepahtu, Bocey dan SYJ dapat 3 tercorot. Shuib Sepahtu dapat title Man of the match! Dah agak dah... Minggu depan siaran langsung dari Stadium Bandaraya, Johor Bahru, Johor.

Tema Silent Comedy!!!

Sepahtu ngan bolasepaknyer...

Bocey ngan team takraw

Si Nabil masuk memekak lam perpustakaan

SYJ ngan kisah serangga sakat kucen... oggy n the cockroach

Shiro ngan tarian si pemancing

Jambu start balik dah ngan skipping rope dia


Tema Karoot Komedia!!!

Sepahtu pasal Rahim lagi... kes wak lari keter yang diaorang menang ituhari

Bocey ngan kisah askar

Nabil ngan kisah raja lelong dok meroyan

SYJ ngan kisah famili... terer rempit sampai danok tuh...

Shiro ngan kisah pakcik jumpa doktor

Jambu ngan kisah golfer vip


Jumaat, 17 Januari 2014

Comey tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10


Comey tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 10. Tema malam ni adalah "Radio". Siap taruk konti sinar fm gitu... Comey, Nabil dan Jambu dapat 3 tercorot. Nabil dapat title Man of the match! Minggu depan siaran langsung dari Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.

SYJ quite OK. Siap buat pencuri masuk konti tu... DJ lak rabun.. 3 bintang setengah

Nabil jadi kebudak anto pizza tolong jadi DJ sebab DJ keluo... Boringggg... 3 bintang..

Shiro ngan DJ over lupa bawak cermin mata sama pokcik cleaner masuk konti. Tapi masih banyak perlu dibaiki untuk lebih menyengat... 3 bintang setengah

Sepahtu masih tak abih citer pasal minggu lepas, ngan man of the match ler... banyak dok citer pasal rahim jah.. hampes... 3 bintang setengah

Comey kisah pasal kebudak fifi dan pendengar fanatik yang terlepas masuk konti. makin lama makin boringgg.... 2 bintang setengah

Bocey kisah DJ bawak anak aktif gi konti. Frankly aku tak berapa suka sangat ngan lawak diaorang. 3 bintang. 

Jambu ngan kisah kontraktor baiki aircond masa on air... kureng ler.. 3 bintang 

Jumaat, 10 Januari 2014

Wala tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9


Wala tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 9. Tema malam ni adalah "Bebas". Maybe sebab tu yang menjadikan malam ni macam suram lagi boriiiinggg jer... Shiro, Comey dan Wala dapat 3 tercorot. Tahniah kepada peserta yang lain. Pemenang kereta Alza malam ni, Sepahtu!!! Rahim Sepahtu yang dapat title Man of the match!

Shiro .. so so ajer... kureng sikit... aku kasi 3 bintang

Wala.. meme ke laut.. sebintang pun dah kira okey ler

Jambu meme terbaekk.. 4 bintang

Nabil ngan tarian gangnam recycle dia.. a bit ok ler kalau tolak tarian tu.. kasi 2 bintang setengah

Comey... lawak hare pa cita!! keluar lagi... cam boring pun dah ada.. kasi 2 bintang cukup aaa..

Sepahtu leh tahan lawak doktor sakit jiwa nih.. cool... 4 bintang

SYJ biasa biasa ajer jugak nampaknya malam ni... 2 setengah bintang

Bocey... apasal aku rasa cam tak berapa nak best... asyik singa bunting la, beruang kutub ler.. 2 bintang udah ler...