mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Zakat Fitrah negeri Johor 1437H / 2016M - Done!. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zakat Fitrah negeri Johor 1437H / 2016M - Done!. Papar semua catatan

Ahad, 3 Julai 2016

Zakat Fitrah negeri Johor 1437H / 2016M - Done!


Zakat Fitrah negeri Johor 1437H / 2016M - Done! 23 Jun tempohari mama ajak gi Mydin. Nak belanja bulan. Hari yang sama aku keluar gi perbaharui lesen. Tapi aku cakap aku memang tokleh drive. Aku leh dok sebelah. Neman. Tunjuk jalan ja. Jalan. Tahniah mama. Memang aku lenjan habih habih hari ni. Hehehe. Dah alang alang aku cari imam sekali. Nak bayar zakat. Biasanya sebelah petang memang dia bukak kaunter kat Mydin. Alhamdulillah. Selesai. Sambung borak jap. Dia tanya mana lama menghilang. Cerita la aku pun baru keluar wad. Kisahnya anak dia pun masuk wad jugak. Pasal dah ada yang beratur belakang aku, aku minta diri la. Lepas tu aku terus lepak kat kereta nunggu mama. Letih la. Terus baring je. Sambil bereksperimentasi. Hahaha.

Panduan Kadar Fitrah

Terdapat dua kadar fitrah iaitu :

Harga Fitrah RM 5.00 bagi Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Harga Fitrah RM 8.00 bagi Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).

Panduan Pembayar

Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah

Kaunter Kutipan Zakat
Dibuka 7 Hari Seminggu:
Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 4.00 petang
Khamis : 8.15 pagi – 2.30 petang
Jumaat & Sabtu: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.
Rebutlah Keberkatan Ramadhan Dengan Berpuasa dan Berzakat