Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HACKATHON

Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019

Imej
Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019 merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi/produk menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Malaysia sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data lain. Penganjuran Hackathon ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Malaysia. Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Penyertaan adalah percuma dan terbuka dan kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dihadkan kepada dua (2) hingga lima (5) orang sahaja. Penyertaan adalah secara dalam talian terbuka kepada tiga (3) kategori iaitu: - Kategori 1 : Sektor Awam - Kategori 2 : Universiti dan Industri - Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah Penggunaan set Data Terbuka daripada Portal Data Terbuka

PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019

Imej
PERTANDINGAN HACKATHON APLIKASI MUDAH ALIH 2019 membawa tema “Meneroka Teknologi Memangkin Inovasi”. Terma dan syarat adalah seperti berikut : OBJEKTIF PERTANDINGAN a) Mewujudkan ruang berinovasi dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi terkini dan berasaskan integrasi digital. b) Memperbanyakkan aplikasi mudah alih kerajaan yang memberi impak tinggi kepada rakyat. TEMPOH PERTANDINGAN a) Tarikh daftar penyertaan i. Pasukan yang ingin menyertai pertandingan hendaklah mengisi borang penyertaan secara dalam talian bermula pada 2 Ogos 2019 (Jumaat) hingga tarikh tutup pada 19 Ogos 2019 (Isnin) sebelum/pada pukul 12:00 tengahari. ii. Pendaftaran penyertaan juga perlu dikepilkan bersama dengan borang pengesahan penyertaan yang ditandatangani dan disahkan oleh Pengurus ICT atau Ketua Bahagian di Jabatan/Agensi seperti di LAMPIRAN A . iii. Penyertaan juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Jabatan/Agensi masing-masing. b) Tarikh mula pembangunan aplik

PELANJUTAN PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI SEMPENA HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM

Imej
PELANJUTAN PERTANDINGAN PEMBANGUNAN APLIKASI SEMPENA HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM PENYERTAAN PERTANDINGAN Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan dilanjutkan pada 25 Ogos 2015. Pasukan yang bertanding perlu menghantar borang penyertaan secara dalam talian sebelum atau pada jam 12.00 tengah malam Selasa 25 Ogos 2015 ( www.data.gov.my/hackathon ) Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 2015

Imej
HACKATHON DATA TERBUKA SEKTOR AWAM 2015 MATLAMAT PERTANDINGAN Matlamat Pertandingan ini adalah: Menyediakan ruang perkongsian ilmu ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan digital. Mempromosikan produk/inisiatif digital perkhidmatan awam. Menggalakkan pelibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Sektor Awam. MASA PERTANDINGAN Aktiviti pertandingan adalah bermula jam 9.00 pagi hari Rabu 9 September 2015 dan berakhir jam 10.30 malam pada hari Khamis 10 September 2015 . Masa pertandingan 33 jam pembangunan aplikasi akan bermula jam 11.00 pagi pada hari Rabu 9 September 2015 dan berakhir pada jam 8.00 malam pada hari Khamis 10 September 2015. Sesi taklimat pertandingan dan majlis pembukaan akan diadakan sebelum pertandingan dimulakan. Selepas pertandingan selesai, sesi penilaian oleh juri dan diikuti oleh majlis penutup. LOKASI PERTANDINGAN TM Innovation Centre, Lingkaran Teknokrat Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia