mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label persiapan raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persiapan raya. Papar semua catatan

Sabtu, 19 September 2009

Suasana raya di Angsana

Pic taken by mknace using Sony Ericson K750 and Din's newly bought D60



Ni semua sebab si Din ler ni. (Alasan ler tu). Kebetulan mama pun nak beli blaus kaler ungu. So, nak tak nak gi ler ke Angsana. Punya la jem jalan nak ke JB. Apakeheinyer ni. Esok baru cuti khas. Yang nak sibuk-sibuk jem petang ni apakeheinyer.. Sampai, terus parking. Cantik jer kat depan tapak gerai ramadhan. Aku sampai jer dah bukak. Baru kul 2 beb. Aiikkss. Apasal awal bebenonyer bukak. Lantak ler. Yang penting pergi berbelanja la dulu.







So, masuk jer Angsana; aku berpecah ngan mama. Aku ke kedai kamera (again?!?!) dan mama pergi ke gerai-gerai juai baju lam angsana tu. Sibuk memilih baju blaus. Sekali rupanya si win pun ada ka angsana. Hampes tul. Beli je ler sendiri. Tapi takpe, aku belasah jer kamera dia dulu. Ingatkan nak beli D3000, sib baik stok baru habis; malam baru sampai. Kalau tak memang aku yang beraya dulu la dengan D3000. Jumpa Rahim STF. Borak2 jap depa UO, sesambil dok ambik gambo guna kamera belasah. Akak deejay pun siap tegur aku. Kikikiki.. Dah ambik la gambo akak tu.









Pas setel sumer aku gi cari mama. Belasah lagi amik gambo. Snap sana snap sini. Mama ajak naik tingkat atas lak. Tak jumpa yang berkenan kat bawah. So naik atas. Aku berpecah lagi. Aku lepak kat badan. Aku ambik jer ler buku 25 rasul yang dah lama iqa idam-idamkan ni. Sian lak kat dia. Okey gak la siap dapat diskaun. Dari RM100 aku bayo RM91 jer.





Pastu turun bawah mama ajak nengok-nengok kuih raya. Mama sibuk dok cari "Mama Carrie" ker apa nama dia. Aku pun tak tau eja betul ke salah. Bantai jer ler. Aku lak ke gerai makan kat depan tu. Order tomyam ngan sup campur. Mama dah lama mengidam nak makan tomyam.







Dah settle semua baru aku ke bazar ramadan depan angsana tu. Macam tak menarik @ tak banyak sangat ah gerai. Maybe sebab semua dah sibuk nak beraya kan. Jeng jeng jeng. Aku ternampak kuih dangai. 5 ketui RM2. Beli aje la kan. Nenek johor pun ada gak cakap ituharu. Teringin nak makan dangai. Kes gi lepak Baling itu hari la. Sib bak berbaloi aku beli ni. Lemak berkrim. Kalau gi lagi mesti aku beli.



Malam tu nenek johor gi ambik baju raya. Penuh ruang tamu tu dengan baju raya. Iqa sama mama sam inaz sibuk bergumbira melanyak baju-baju raya tu. Iqa siap melaram lagi tu. Hehehehe


Rabu, 16 September 2009

Operasi Raya 09



Sebenarnya dah dua minggu operasi ni bermula, cuma 10 hari kebelakangan ni makin dipertingkatkan la. Yang paling best, lambat tul nak hapdet. Tak tau pasai pa. Yang pasti memang aku agak sibuk. Sibuk ngan presentation pengarah, sibuk ngan sekolah, sibuk ngan hal peribadi; mana ada manusia tak sibuk kan.



Iqa pun dah leh tolong wat kuih. Banyak jugak la yang dia tolong. Sapu telur, letak hiasan kat kuih. Boleh la kan. Tahun depan pun dah darjah satu; sekolah agama pun aku tak sempat daftar lagi ni. Aduiihhh..





Pastu sebelah petangnya, operasi pasang pelita pun bermula. Sebelumnya lagi aku dah kuar ngan ucu pergi cari pelita. Carik jer yang dah siap berkaki tu. Satu RM2, sepuluh baru RM20 kan. Bolehla.. Setahun sekali. Balik, ucu siap cat dulu n siap potong kaki. Bukan apa, tak nak tragedi taun lepas berulang lagi. Tahun lepas satu demi satu kena curik. Tahun ni aku nyer lain sikit, so senang nak carik nanti.



Malamnya pasang n ucu mula sibuk nak amik gambo. Yang tak best, malam ni sangat berangin. Dengan cuaca yang berangin, menyebabkan api pelita tak tetap; menyebabkan badan pun bertambah berangin. Tapi boleh la. Nanti malam lain kita cuba lagi.



Ni mama asik dok bising jer. Kang bakar kang. Ye lah. Pagi ni kuar gi beli tali rapia. Habis suku komik-komik aku ikat. Nanti hantar ke rumah baru. Nak bagi orang.. Sayang wooo...