Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tahun Melawat Malaysia

Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara

Imej
Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 di semua pintu masuk seluruh negara. Meriah kita tahun depan gini. Sambutan TMM 2014 Di Pintu Masuk Seluruh Negara Bermula 1 Jan PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Sambutan meraikan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) akan diadakan di 37 pintu masuk seluruh negara bermula 1 Jan termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata sambutan di KLIA dijangka dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk meraikan kedatangan pelancong. "Sambutan di pintu masuk negara ini termasuk sama ada melalui darat atau udara. Sebagai contoh di KLIA ada penerbangan antarabangsa yang masuk, kami akan memberi 'goodies' dan sebagainya untuk memberitahu pengunjung bahawa 1 Jan bermulanya TMM 2014," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan bas KL Hop On Hop Off sempena jelajah TMM 2014 Putrajaya