Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Teks Ucapan Penuh #Bajet2017 YAB Perdana Menteri

Teks Ucapan Penuh #Bajet2017 YAB Perdana Menteri

Imej
Teks Ucapan Penuh #Bajet2017 YAB Perdana Menteri “MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH” Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.   Tuan Yang Dipertua, BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Wabihi Nasta’in 1. Segala puji dan puja serta kalimah tasbih dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Ta’ala di atas limpah kurnianya yang menghimpunkan kita sekali lagi pada petang Jumaat, 21 haribulan Oktober 2016, bersamaan 20 haribulan Muharram 1438 Hijriah yang mulia ini, bagi maksud pembentangan sebuah lagi dokumen besar negara yakni Bajet 2017. 2. Demikianlah, tentunya kita memohon limpahan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dengan selawat sese