mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label taman merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taman merdeka. Papar semua catatan

Rabu, 23 Februari 2011

JB Katering, Taman Merdeka tinggal kenangan

Klik untuk gambar yang lebih besar
Kalau nak makan kat JB Katering lagi kena la ke Stadium Larkin.. huhuhu
JB Katering dah abishh.. tinggal tiang ja. Dah kena roboh. Semuanya dah berpindah ke Stadium Larkin hujung Januari lepas. Sekarang ni tinggai rangka ja. Nak buat lagu mana kan. Tasik Merdeka dah jadi tempat rekreasi semata-mata. Tak tau la ada lagi tak pengantin yang amik gambo kat sini lagi hujung minggu, pasai aku pun memang tadak la jengjalan sampai sini, hujung minggu la kan.

So, aku amik jugak la kenangan terakhir nih, sebelum habish semuanya sekali secara total.. Yang besh.. siap photomerge gitu..>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Taman Merdeka

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Main enterance

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
JB catering from the main enterance

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Habish segala


Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 30 Ogos 2009

Ambang Kemerdekaan ke-52 Malaysia



Biasanya dari dulu, malam ambang kemerdekaan memang tak pernah sunyi. Ada konsert, ada bunga api, ada kumpul ramai-ramai. Tapi tahun ni memang takde apa-apa. Bagus jugak, semua dok kat rumah ajer la. Lagi pun sekarang kan bulan Ramadhan. Tak payah la kita nak sambut lebih-lebih kan. Malam ni kebetulan bersihkan rumah. Susun-susun barang. Banyak gak sampah yang dijumpai. Aku pun apa lagi wat unggun api la. Teringat lak masa shoot bunga api 2 tahun lepas. Sampai lambat sikit. Last-last shoot unggun api macam ni la jugak. Apa-apa pun..

Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Layan jer la Hati Malaya 1957 kat TV2. Enjoice...

Esok berjumpa kita kat Stadium Larkin...


Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-52



Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-52

Semoga keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi bersama ini kekal berterusan. InsyaAllah..


Isnin, 29 Jun 2009

Taman Merdeka Johor



Hari ni kaau ikut nak gi Tebrau City nengok wayang, tapi atuk dah kasi la pulak DVD Transformer 2, so tunggu minggu depan jer la for Ice Age 3. Pastu mama terus suggest pi makan kat JB Katering. So, apa tunggu lagi; off we go to Taman Merdeka...

PhotobucketDalam kereta, iqa senyap jer. Adik dia siap terlelap lagi. Sampai jer Taman Merdeka terus Iqa meluru keluar. Pening kepala rupanya. Nak muntah la tu.

Pastu kitaorang terus jer pergi JB Katering sebelah tu jer. Boleh tahan la. Harga yang diberi RM12 sorang. Iqa kena RM7 jer. Adik free. So, makan jer ler selagi mampu kan. Aku makan nasi beriani jer, pastu makan rojak, pastu makan mee rebus, pastu makan kuih, pastu makan ayam, pastu perabis ais krim iqa ngan adik yang tak abis.

Photobucket
Photobucket

Pas makan terus mama ajak masuk taman merdeka. Kitaorang asyik dok nengok dari luar jer. Hari ni memng nak masuk dalam. Nak nengok apa yang ada kan.

Photobucket
Photobucket Photobucket

Rupanya banyak jugak benda lam ni. Dan aku baru tahu sebab apa dinamakan Taman Merdeka. Dalam ni dibuat tempat-tempat khas untuk memperingati apa yang terjadi sebelum kita merdeka. Ada tempat Jepun, kominis, dan.. tak tahu lagi la. Aku gi dua tempat ni jer. Yang lain dah tak larat nak jalan dah.

Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Pas tu terus pergi Jusco Bukit Indah, belanja bulan depan. Lepas beli semua barang dapur, mama ajak naik atas; baju kanak-kanak. Aku ajak iqa ngan adik gi smart. Puas diaorang main sampai tak ingat dunia..

Photobucket
Photobucket

Pastu balik singgah ke tepi sungai beli makan malam ni. Mama nak belanja makan. So order cam biasa. Siakap 3 rasa, tomyam campur dan kailan ikan masin. Sementara menunggu kita minum dulu.. Kitaorang bungkus jer sebab atuk ngan ucu pun dah balik ke rumah.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Slideshow