Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel medication

Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop Julai

Imej
Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop Julai. Lepak sini jap. Memang pas ni jadi rutin aku kot untuk urut kaki setiap bulan. Bila? Time Iqa balik semula ke asrama. Kekeke. Sementara dia beli makanan dan keperluan. Aku lepak sini. Tapi ni aku lepak lambat sikit. Kebetulan masa sampai Izwan gi turun makan. So. Aku turun dulu ke Johan. Setelkan pembelian kamera si Iqa tu. Naik. Izwan masih ada sedikit urusan. Lepak jap sambil nunggu. Dia sampai ja terus sesi urut bermula. Pedih gak kaki kiri aku kena urut. Bengkak sikit katanya. Kes naik tangga itu hari la. Tapi pastu dah sedap dah. Memang lepas ni idak ler lagi aku nak panjat tangga tanpa ada pertimbangan lengkap. Hahaha.

My last second batch medicine

Imej
My last second batch medicine. Sekali lagi tiba ke ubat terakhir. Kalau ikut plan asal dr. Lim, sepatutnya aku nyer MC sampai hari ni. Tapi... aku dah dua kali tawaf blok A kat opis aku tu. Semalam siap melilau, meeting sana sini. Tu ler masalah beso aku ni bila dapat kaki semula. Ish ish ish. Apapun. Harap lepas ni keadaan kaki aku akan dapat maintain. InsyaAllah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Gelang Tagging akhirnya diurai

Imej
Gelang Tagging akhirnya diurai. Dah lama dok pakai sampai terlupa nak bukak. At last dah nak kerja baru reti nak bukak. Kang glamer pulak ada pesakit wad terlepas kat opis. Kekekeke.

Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop

Imej
Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop. Lepak jap ngurut kaki. Sambil sambil nunggu mama dan iqa gi shopping raya. Boleh tahan jugak la. Lepak ngan Izwan, tukang urut kat sini. Dia caj RM30 untuk sesi urut around 40 minit. Tanya gak harga untuk perkhidmatan lain. Bekam dia amik RM15 per cup. Kalau aku nak 4 cup la. Betis dan bawah lutut. Takpe. Tu len kali. Ngeri lagi aku bab main darah ni. Kita urut dulu. Tu pun sebab dah lama tak urut, penat jugak la aku menahan. Tetambah kaki kanan aku yang memang ada kesan lebam kat buku lali tu. Nice jugak la perkhidmatan dia. Ada port baru lepas ni kalau bawak iqa outing. Leh layan urut kaki sambil nunggu.

Kemajuan luka adik Inaz

Imej
Kemajuan luka adik Inaz. Sian adik inaz. Seminggu cuti. Nak gerak sakit. Nak bersila pun susah. Last last segeng ngan aku. Makan semua duduk. Pagi aku taruk ubat luka. Malam sapu gamat. Memang setiap hari ganti baru.

Sokano Pedal Exercise Bike

Imej
Sokano Pedal Exercise Bike. Steven pun cadang benda sama cam dr. Noraini. Aku kena banyak senaman rotation. Dia kata dia leh dapatkan untuk rm100. Aku kata aku nak cari sendiri dulu. Balik terus bukak lazada. Rm170. Rm140. Alhamdulillah. Terjumpa satu yang ada discount. Rm53 je. Terus aku ambik. Baru nak tunggu sampai. Dah kena tahan wad pulak. Setel je wad. Balik. Cari. Terus pasang. Sibuk pulak si fiqri. Dari pasang sampai aku kayuh. Tak diam dia. Nak join. Overall. Ok la. Baru dapat duduk goyang kaki pasni. Memula sakit jugak nak pusing. Walau tak letak tension. Hahaha. Dah nama pun sakit kaki. Sekali ternaik syeh. Dari 20 pusing. Udah jadi 20 minit. Habih kena bebel satu hari. Tau la nak sembuh cepat. Tapi jangan sampai mudarat. Lek lek dulu. Hehehe

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 4. Ish ish ish. Malam ni takleh lelap mata la pulak. Jadi macam malam pertama aku kena antibiotik kat wad. Satu lagi sebab balik je dari follow up tadi, lepas zohor aku terus lelap. Sampai jam 6.30 petang baru terjaga. Memang sesuai la kot aku habiskan siri telenovela ni. Kisah last day aku kat wad. Pagi tu doktor kata perkembangan aku bagus. So. Dia akan bagi pil untuk aku teruskan treatment kat rumah. Apa pun check dulu darah sebelum aku di discaj. Selang beberapa minit datang nurse untuk amik darah. Cuak jugak. Takut takut tetiba bacaan tak best. Maka tunggu lah aku dengan pelbagai perasaan. Next masuk nurse lain pulak. Meh saya nak buang benda yang paling awak tak suka tu. Aku tak kasi. Tunggu sampai keputusan darah keluar dulu. Kang kena tahan lagi, tak sanggup aku nak dipasang semula. Masa nunggu tu lama jugak aku dok borak ngan haji shamsurma dan hajah warni ni. Memang salute beb. Banyak Allah nak tunjuk kebesaranNya menerusi

Kecederaan Lutut Adik Inaz

Imej
Kecederaan Lutut Adik Inaz. 19hb. Ahad. Adik Inaz jatuh kat sekolah dia. Cikgu dia cuci dan letak plaster. Sempat tengok masa melawat aku tadi. Agak besar kawasan tersiat. Balik. Suruh gi klinik. Mama bawak dia gi klinik. Pasal rozikin tutup, langsung pergi chu. Mama kata terjerit jerit adik inaz masa kena cuci. Pastu dibalut. Hai. Pakat sakit kat lutut pulak geng geng lahir jun ni. Nasib. Nasib. Mama snap picas untuk aku nengok. Sempat peace lagi tu. Adik. Adik.

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 3. Aku dah boleh rasa dapat survive dah hidup ngan tangan berbalut ni. Tak macam semalam. Ngilu sana sini. Sahur tetap tangan kiri. Masih ada rasa kat tangan kanan. Mandi. Tukar baju tetiba rasa gatal yang amat kat paha dan betis. Naik merah jadinya. Lepak jap. Nurse datang suntik antibiotik. Sejuk weh menerobos tangan kanan tu. Lepak. Boring. Blank jap. Layan tv. Tido. Camtu la hidup aku kat sini. Hahaha. Sesekali nurse datang. Check temperature ngan darah. Tetiba hingar jap. Ada sambutan hari bapa daa... dapat la hadiah dari pihak hospital. Hehehe. Tq tq. Tak lama pastu mama pulak datang. Siap buat sandiwara pulak ngan kak long. Sian makcik warni depan aku. Usaha dia bangun nak sabarkan. Dia ingatkan aku berbini dua. Hebat tul sandiwara mama ngan kak long ni. Balik je mama, dah kena suntik lagi. Huhuhu. Sejuk jap. Macam biasa. Nurse tanya sakit ke. Tak. Sejuk je. Sejuk takpe. Takut kalau sakit je. Malamnya berbuka soto. Aku yang

Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim

Imej
Hospital Pakar Puteri : Follow-up Dr. Lim. Hari ni banyak persoalan akan terjawab. Cerita telenovela aku pun ada dua siri lagi. Tapi sebab ramai dah tanya dan aku pun dah selesai follow-up ni so terus kita cerita dulu lah. Part telenovela tu nanti aku sambung lagi bila tiap saat dan tika waktunya. Maka pagi ni terpacak ler aku kat depan spital ni lam jam 8. Atuk yang ngantor. Gi daftar. Pastu terus ke klinik dr lim. Dapat nombor 9 tu. Aiyoo. Pepagi pun dah nombor 9. Duduk menanti. Jumpa rakan rakan sewad. Borak selfie gitu. Pastu nama aku kena panggil. Hmmm. Doktor suruh buat test darah lagi. Perghh. Kena lagi. Terus ke lab. Punya la ramai. Tunggu turn. Setel. Gerak balik ke bilik doktor. Haiyo. Memang ramai. Orang sebelah aku baru datang nombor 34 tu. Ish ish ish. Aku dah nak terlelap dah tetiba misi datang panggil. Terus masuk ye. Doktor nak jumpa. Masuk. Doktor takde. Keluar jap. Kat monitor semua gambo lutut aku je. Sempat la layan jap. Doktor masuk. Hmmm. Na

The last piece

Imej
The last piece. Sampai jua aku ke ubat terakhir. Lepas ni ada sesi susulan bersama dr lim di pakar puteri. Semoga ada pengkhabaran gembira darinya. InsyaAllah.

Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2

Imej
Wad Orthopedic Pakar Puteri : Day 2. Hari kedua baru la mencabar. Hari 1 takde pape sebab banyak ujian dibuat. Pagi tu doktor sampai. Borak borak ngan aku jap. Sambung lepak jap. Sekali nurse masuk ngan wilcha. Doktor nak jumpa kat luar. Laju dia nolak. Perghhh. Orang ortho semua laju laju eh. Ngeri weh. Sampai ke kaunter utama. Doktor dah tunggu. Tv terpasang dengan gambar mri lutut aku. Bengkak kat dalam kata doktor. Jadi dicadangkan untuk ubat dan antibiotik dahulu. Takde efek baru cerita pasal pembedahan. So. Tolak balik ke wad. Sambung lepak sambil dok mikir bila la nak dapat ubat ni. Layan borak ngan pakcik dan makcik berdepan aku. Uncle sebelah pun join sekaki. Hari ni juga baru aku tau ada pegawai perhubungan khas untuk pesakit dari Singapura, China dan Indonesia. Mama sampai pastu. Borak borak. Ucu pulak sampai. Ceria tul aku hari ni. Sambil dok harap ubat dapat selesaikan masalah aku la. Izwan pun mesej nak datang petang tu. Pastu aku soh mama balik. Takd

Pengalaman MRI scanning di Hospital Pakar Puteri

Imej
Pengalaman MRI scanning di Hospital Pakar Puteri. Sambung semula cerita lama ye. Berikutan dr. Lim tak puas hati dengan diagnostik awal, makanya pelbagai ujian aku kena buat petang Jumaat tu jugak. Adoila. Ni semua yang aku takut selama ni. Bermula dengan ujian darah, air kencing dan sambung dengan ujian MRI. Siap dua lokasi. Satu kat lutut kanan, satu kat tulang belakang. Paginya. Lepas sahur lagi ada dah browse internet. Mana tahu kena MRI. Sekali memang kena. Adoi. Semua yang aku baca mula bermain di kepala. Habis la aku petang ni. Darah setel, air kencing setel. Perit, perit. Sambung ngan MRI. Aku diminta tukar baju. Semua benda besi takleh ada. Baju, henpon semua disimpan di tempat khas. Pintu dibuka. Nampak pesakit sebelumnya. Cuak beb. Giliran aku. Aku dibaringkan atas katil khas tu. Kemudiannya dipakaikan hedfon. Dan terus dimasukkan. Eh. Takde pun minum air bagai. Cucuk pun idak. Ok ler tu kan. Masuk. Ingat tadi dia kata akan dengar pelbagai bunyi. Mem