Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bajet 2012

Ucapan penuh Bajet 2012

Imej
Pembentangan Bajet 2012 Dasar Transformasi Nasional: Bajet Bela Rakyat, Sejahtera Negara Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua. MUQADDIMAH Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.   Setelah 53 bajet, 10 Rancangan Malaysia, tiga Rangka Rancangan Jangka Panjang yang masing-masing berpayung di bawah Dasar Ekonomi Baru antara 1971 hingga 1990, Dasar Pembangunan Nasional melewati tempoh-tempoh 1991 sampai tahun 2000 dan Dasar Wawasan Nasional yang merentasi 2001 hingga 2010, hari ini, kita sederap untuk menyambung langkah menuju negara maju berpendapatan tinggi.   Seperti mana semua mengetahui, saya telah memulakan pentadbiran ini dengan menggariskan falsafah pemandu 1Ma

Bajet 2012

Imej
Bajet 2012 dah pun dibentangkan semalam. Memang banyak membantu bagi aku. Cuma, sekiranya ada pihak ambik kesempatan naikkan harga barang, semua akan jadi cam sediakala balik. Harap apa yang dirancang dapat terlaksana ngan baik. Published with Blogger-droid v1.7.4

Bajet 2012 : Kaji bonus atau naik gaji

Imej
Bonus sebulan setengah atau naik gaji. Semuanya dengarnya sedang dikaji untuk diberi pada kakitangan kerajaan. Menarik jugak kan bila dengar cenggini. Bukannya apa, dah agak lama jugak kakitangan kerajaan tak dapat bonus. Paling banyak pun setengah bulan. Mana la nak sama ngan sesetengah orang lain yang sampai 2, 3 bulan bonus tu kan. Apa salahnya sekali sekala dapat tumpang sekaki kan. Tu pun, dah banyak suara sumbang dah berbunyi. Bendanya pun tak rasmi lagi pun. Kita tunggu aje la. Kalau dapat, alhamdulillah!!! Bila lagi nak merasa lebih sebulan kan. Published with Blogger-droid v1.7.4