Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PPPM 2013-2025 Telah Capai Lima Inisiatif Utama - TPM Muhyiddin

PPPM 2013-2025 Telah Capai Lima Inisiatif Utama - TPM Muhyiddin

Imej
PPPM 2013-2025 Telah Capai Lima Inisiatif Utama - TPM Muhyiddin KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Peningkatan kualiti dalam pendidikan antara lima inisiatif utama dicapai dalam tempoh dua tahun pertama pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam transformasi pendidikan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata empat aspek lain adalah peningkatan akses kepada pendidikan berkualiti; ekuiti dalam pendidikan; memupuk perpaduan dalam pendidikan; dan mempertingkat kecekapan penyampaian pendidikan. "Saya merasa bangga kerana dapat merealisasikan Anjakan 11 PPPM dengan menyampaikan laporan tahunan yang kedua bagi pelaksanaan PPPM. "Saya bangga dengan komitmen yang ditunjukkan bukan sahaja warga pendidikan, tetapi juga ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam merealisasikan PPPM," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan semasa membentangkan Laporan Tahunan 2014 PPPM 2013-2025 di Dewan Kompleks S