mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label layang-layang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label layang-layang. Papar semua catatan

Khamis, 9 Disember 2010

Asyraf : Sesi tapau wau

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tarikh : 8 Disember 2010
Masa : 5.00 petang
Tempat : Kuala Pegang, Baling
Mood : Yuhuuu.. jom beli wau jom

Petang ni pak cik ajak beli wau la pulak. Dia dok geram kat wau helang tu dia kata. Lagipun cam tak puas hati nengok layang layang budak yang aku beli tak best tuh.. Mana tak best harga layang layang helang tu jer dah boleh dapat 20 layang layang yang aku beli tadi tu complete.. Belasah ajer la. Dan iqa pun sibuk nak layang layang baru la jugak.. Layannn.. Klik cerita penuh untuk detail>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Team nak gi beli wau

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Gerai dia bebetul depan kilang getah nih.. busuk aaa.. iqa kata.. ingat zaman dulu.. bila lalu sini mesti pekup idung tahan napas

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nampak wau bersusun tuh

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Iqa pun nak layang layang jugak

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Pilih jangan tak pilih

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Nak yang kartun

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Best tak

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Baru syiok

Enjoice...Sharing is power!!!

Jumaat, 25 Disember 2009

Main wau kat taman

 
Petang ni bawak jugak bebudak ni main layang-layang depa ni kat taman. Tak jauh sangat. Taman Nusantara jer. Angin kat situ boleh tahan gak la. Tapi tak sehebat kat Hutan Bandar Skudai lagi la.

Iqa kuar jer dari keter dah tak tahan nak main. Ajar sikit-sikit. Dah OK. Dua-dua dah pandai nak terbangkan layang-layang. Sekali iqa tak dapat nak kontrol layang-layang dia masa angin kuat sikit. Tersangkut layang-layang dia kat pokok. Nak tak nak kena la panjat ambikkan. Ngeri pun ada. Pokok dia cam rapuh jer. Last-last aku potong tali dia. Layang-layang jatuh, tali pun aku tarik jer. Pastu sambung balik.

Pastu bebudak ni sambung balik main layang-layang. Sampai habis tali diaorang main. Pastu tensen. Apasal tali pendek sangat ni. Wow.. Dah leh kuar ayat tu hari pertama main layang-layang. Kira hebat la tu kan. Pastu nampak hari dah gelap sikit. Suruh diaorang main buai ker, gelongsor ker jap. Pastu terus balik.

Lam perjalanan nak balik tu iqa ajak singgah beli slurpee. Layan jer la. Restoren sebelah seven-e pun dah tutup rerupanya. Dah ganti dengan kedai 2 hinggit. Ternampak lak pelampung. Beli ajer la. Nanti senang. Tak yah lagi beli kat kluang nanti.


Posted by Picasa

Ahad, 20 Disember 2009

Bergumbira di Baling

 
Bestnyer bebudak ni cuti kali ni. Nenek ajar banyak permainan baru. Memula nenek ajar main getah ni. Ala yang baling-baling getah tu. Sapa kena getah yang bertabur tu dia boleh ambik semua. Syok wooo.. Memula Iqa ngan Batun jer yang main. Pastu Inaz pun main, baru si Adam join sekali. Pastu reramai main kat tepi keter Pakcik. Syiokkk..

Malam tu nenek ajak main batu seremban la pulak. Kat sini kami main 7 biji batu. Iqa tak pandai main lagi. Nenek suruh main timbang batu jer.. Pastu Abah sama Mak Ngah pakat tayang skill la pulak. Hahahaha.. Takpa.. Tunggu la nanti Iqa ngan Batun terer nanti.. Pastu mama datang.. Tapi mama pelik pasal apa abah main 7 batu. Mama kata kat Johor main 5 batu jer. Mana-mana la.

Malam ni mak yang pulak balik. Esoknya kami main layang-layang. Best tau.. Iqa lari laju-laju. Layang-layang naik tinggi. Yang tak best angin takde sangat. So, kena lari-lari la. Paling laju lari, adik inaz. Laju betul dia lari. Kejap ke sana, kejap ke sini. Best la. Kaki iqa sakit malam ni. Sapa suruh asik lari-lari jer kan. Pastu ada geng bebudak laki lak datang join. Iqa ngan batun main hantu-hantu ngan diorang, sampaila abah suruh semua balik pasal dah petang sangat.

Malamnya mak yang ajak buat baju princess la pulak. Tapi abah cakap cam baju orang asli la pulak. Takpe la. Janji Iqa suka kan..


Posted by Picasauploaded via picassa