Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENJAGAAN MURID SEMASA FENOMENA JEREBU

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENJAGAAN MURID SEMASA FENOMENA JEREBU

Imej
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENJAGAAN MURID SEMASA FENOMENA JEREBU Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius akan perkembangan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dan sentiasa memantau status terkini bacaan IPU kawasan-kawasan yang bacaannya melebihi 100. Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa  murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan. Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 sekolah-sekolah perlu ditutup. Pihak Guru Besar dan Pengetua perlu memaklumkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup. Semua Guru Besar dan Pengetua diingatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masin