Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kluang

The Colours of Life - One Nice Day @ Kluang

Imej
The Colours of Life - One Nice Day @ Kluang. Semua peserta NPQEL Johor 2022 dikumpulkan di Kluang untuk sesi Bicara Profesional bersama Pengarah. Sempat ambil sarapan dulu di Kluang Railway. Terus ke PPD Kluang untuk program. Mantap. Sempat lunch ngan team SMBE2. Jangan maraa aaa... https://youtu.be/4F85nSUQ6HA ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Cucur Pak Mail, Kluang. Singgah jap kat dua tempat sebelum check-in ke hotel. Satunya kedai Idaman. Boleh tahan juga pilihan baju yang ada kat sini dengan harga yang berpatutan. Survey survey dulu. Yang kedua tu baru target kitaorang. Gerai Cucur Pak Mail. Pelbagai cekodok ada kat sini. Ada pisang, sayur, ikan, buah naga, jagung, tembikai susu. Dia jual murah aje. Seposen sebijik. Nampak lebih pada sedekah. Siap bagi air. Sementara nunggu tu makan aje la apa yang ada depan mata. Memang terbaeekkk!!!!lah Pak Mail. Ramah bercakap pulak tu sepanjang masa kami menunggu tu. Orang beratur toksah cerita la. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya.

Bengkel Perancangan @Kluang

Imej
Bengkel Perancangan @Kluang. 2 hari kami di sini, PPD Kluang. 2 bengkel. Satunya berkenaan Pelan Strategik dan duanya berkenaan data. Ini baharu permulaan, banyak lagi usaha dan inisiatif yang perlu dilaksanakan. All the best to all. Hari kedua memang tak amik gambo sebab aku beri penumpuan penuh bersama team baharu.

Tadika KEMAS Wawasan : Lawatan Sambil Belajar @ UK Agro Farm

Imej
Tadika KEMAS Wawasan : Lawatan Sambil Belajar @ UK Agro Farm. Sakan ici hari ni. Dari awal subuh dah petah bercerita benda yang bakal dibuat. Yang lainnya sentiasa diupdate cikgu tadika dia setiap masa. Suka dia masa amik balik tadi. Cerita pasal kambing. Cerita pasal rusa. Best!

SMK Seri Machap : Mesyuarat pengoperasian dan lawatan tapak

Imej
SMK Seri Machap : Mesyuarat pengoperasian dan lawatan tapak. Hari ni kami berkampung kat sekolah ni. Bermula dengan mesyuarat dan diikuti dengan lawatan tapak. Boleh tahan sekolahnya. Bentuk dia unik. Tinggi. Masak jugak la nak naik antara aras.

Kunjung Bantu Pelaporan Profil Murid @ SK Batu 3, Kluang

Imej
Kunjung Bantu Pelaporan Profil Murid @ SK Batu 3, Kluang. Selesai aje di Batu Pahat, aku terus gerak ke Kluang. SK Batu 3. Sekolah seliaan aku untuk PPM ini. Ini format baharu Kementian di mana ada 6 buah sekolah terpilih untuk Johor yang akan melaksanakan rintis pelaporan bersepadu untuk PPSR ini. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Terima kasih pada semua yang terlibat, en Radzif dan krewnya dari PKG, cikgu Kahar dengan teamnya, terutama cigu Ain yang komited dalam memastikan kelancaran majlis penyerahan pada keesokan harinya. Dah selesai semua baru dapat bertenang. Duduk minum jap di kedai makan dan baru la semak henpon. Rupanya dah ada arahan baharu dan aku diminta pulang ke pejabat. Dah jadi sesi perpisahan pulak lewat petang tu. Ish ish ish. Takpe. Semua perancangan terbaik datang daripadaNya. Aku keluar tu baru terasa sakit kat kaki. Dan esoknya seperti yang korang semua tau, pepagi aku dah kat klinik. Apa pun. Tahniah pada semua yang terlibat dalam memastikan PPSR semalam

Seharian di Kluang

Imej
Seharian di Kluang. 30 Julai. Ahad lepas. Singgah JPN untuk ambil laptop dan bahan diperlukan. Terus shoot ke Kluang. Kalau ikut tentatif. Jam 9 pagi dah bermula. Sekali dianjak ke jam 2 petang. Gunakan masa sebaiknya. Semak dokumen pengurusan data jap. Teringat isu yang ditemui minggu lepas. Terus gerak ke Chong Hwa 3 bersama dengan Firdaus. Banyak perkara dapat dibuat verifikasi di sana. Dapat makan nasi ayam yang best. TQ pada pengurusan sekolah. Petang. Sambung dengan Bengkel DTP. Lewat petang jugak baru sampai ke Gelang Patah. Alhamdulillah. Banyak perkara dapat diselesaikan dalam masa yang terluang di sana.

Sarap @Coffee Break, Kluang

Imej
Sarap @Coffee Break, Kluang. A short meal and chit chat sebelum meeting bermula pagi ni. TQ Haji Hassan for all this. Makan kat Coffee Break, sebelah tokong. Area sebelah Kompleks Pekan Rabu kat Kluang tu ha. Berpusing jugak aku mencari tokong tu.

Pemantauan Pengurusan Emis Online Peringkat Sekolah Daerah Kluang

Imej
Pemantauan Pengurusan Emis Online Peringkat Sekolah Daerah Kluang. 26 September, dua sekolah lagi jadi tumpuan. SK Abdul Rahman Yassin, SK Seri Kampung Tengah, Kluang. Jom kita pakat pi sana. Read on...

Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 3

Imej
Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 3 26 Ogos 2013 (Isnin) 8.00 pagi DATARAN TASIK PUTIH, KLUANG 8.45 pagi PADANG KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG Lawatan pameran Demonstrasi kraftangan Orang Asli Sukan rakyat 10.45 pagi PUSAT PENYELIDIKAN EKOSISTEM MARIN (EKOMAR) TG RESANG, MERSING Taklimat EKOMAR 12.00 tengahari PANTAI AIR PAPAN, MERSING Majlis Pengisytiharan Taman Laut Sultan Iskandar Majlis Perasmian Pusat Penetasan Penyu Kampung Air Papan, Mersing Johor Sukaneka Pantai Pertandingan Permainan Tradisional Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor 3.00 petang FELCRA SUNGAI ARA, KOTA TINGGI Hidangan minuman cendol dan air kelapa 4.00 petang PANTAI TELUK MAHKOTA TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGI Demonstrasi menyiang belangkas Demonstrasi mengopek kelapa Pameran Wetland Program Ramah Mesra bersama kaum Kanaq Penyampaian sumbangan duit raya kepada kaum kanaq Pertandingan membina rep

Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 2

Imej
Kembara Mahkota Johor 2013 - Day 2 25 Ogos 2013 (Ahad) 8.00 pagi MAJLIS PELEPASAN DI TANGGA AGONG BANGUNAN SULTAN ABU BAKAR  8.45 pagi TAMAN TANGKAK JAYA, LEDANG Lawatan tapak pameran kesihatan Lawatan ke Medan Selera Taman Tangkak Jaya Majlis ramah mesra DYMM Sultan Johor bersama rakyat Demonstrasi masakan roti canai terbang, wi-cang dan tosei Penyampaian bantuan MAIJ dan JKM kepada penerima bantuan Cabutan bertuah 3 kaum disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor 11.00 pagi KOMPLEKS BELI BELAH 1SEGAMAT, SEGAMAT Perasmian Kompleks beli belah 1Segamat Restoran Sushi Octopus Aktiviti bermain bola keranjang Tayangan dokumentari khas Kembara Mahkota Johor Demo gubahan bunga Demo mewarna lukisan Persembahan oleh OKU dan PDK Persembahan kereta kawalan jauh. Pertandingan penalty shootout di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat Pertandingan paintball target shooting di antara pasukan KMJ dan pasukan Segamat Penyampaian bungkusan dan sumbangan kepada para penerima ba

Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kluang, Segamat, Batu Pahat, Muar, Johor Bahru, Kulai

Imej
Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kluang, Segamat, Batu Pahat, Muar, Johor Bahru, Kulai. Alhamdulillah. Setakat hari ni 6 daerah di negeri Johor dah selesai taklimat perluasan SPS. Bermula dengan Kluang, Segamat dan Batu Pahat pada 13 Mei, Muar pada 20 Mei dan Johor Bahru dan Kulai pada hari ini, 21 Mei. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Kami bahagikan kepada 3 slot, BTP bentang SPS secara kasar, Sekolah Bestari Perdana bentang penggunaan SPS di sekolah mereka dan aku, of course yang paling penting iaitu Struktur Tadbir Urus pengurusan SPS. Korang boleh amik dokumen tu di sini . Simple, bagi aku bagi la sistem terhebat dengan talian yang terbaik pun, kalau struktur tadbir urus tak berfungsi, jahanam jadinya. Bila SPS akan mula dijalankan. Pun simple... 2 prasyarat kena penuhi. 1. url untuk sekolah telah diberikan dan 2. Latihan kepada admin sistem telah diberikan. Pastu, baru boleh jalan. Ahahaha... kalau tak dapat dedua ni korang nak isi kat mana... buku tiga lima b

Mesyuarat Fokus EMiS Kutipan Jun 2012 negeri Johor

Imej
Sebahagian daripada Pegawai Maklumat yang hadir Lokasi mesyuarat fokus Jun 2012 Pagi tadi, bertempat di SMK Dato' Ibrahim Majid; mesyuarat fokus kutipan Jun 2012 telah dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah.. Banyak input yang baik diperolehi untuk memastikan tahap kesahan data EMiS untuk kutipan perdana nanti berada di tahap optimum. Isu-isu sistem lain seperti APDM dan SPPJ yang dipertanggungjawabkan pada Unit ICT turut dibincangkan.Semoga sesi verifikasi data Jun ini akan membuahkan hasil yang lebih baik dan mantopppss... InsyaAllah. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

SK Ladang Mutiara - dari kamera en. Zaidi

Imej
Sedikit picas around SK Ladang Mutiara. Masalah line internet di sini. Need to do something, right. Posted via Blogger Tab

SK Punan - something special

Imej
Rezeki tengahari. Semestinya bukan lembu, but something else. Kena ingat, kami kat tengah hutan nih. So makanlah apa yang ada kat sini. Posted via Blogger Tab

SK Punan - dari kamera En. Zaidi

Imej
Ni aku share picas dari kamera en. Zaidi. Enjoice... Posted via Blogger Tab