Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Selamat Bercuti Akhir Tahun

Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016

Imej
Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016 pada semua warga pendidikan. Patutnya aku tulis ni pun semalam. Tapi sebab penat sangat. Full swing betul semalam. Dari pagi sampai ke malam gerak sana sini. Malam. Kena la tibai ubat kesayangan ambe tu. Baru release sikit kaki. Memang kaki aku ni manja tul. Tokleh renyah sikit memang la mula nak sakit. Apapun. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Bagi yang bakal bergerak pulang ke kampung. Hati hati dalam perjalanan anda semua. Selamat bercuti. Cuti bagi sekolah KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula dari  25 November sehinggalah 31 Disember 2016 . Manakala bagi sekolah KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya bermula 26 November sehinggalah 1 Januari 2017 . ps : sori. gambo recycle ye... kekeke...