mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Peringkat Kebangsaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringkat Kebangsaan. Papar semua catatan

Selasa, 17 November 2015

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 3

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 3

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 3. Finale. Lepak dalam debar. Lebih debar pasal UPSR si Iqa. Tepat jam 10, terus SMS. Alhamdulillah. Dah tahu tenang sikit. Layan dulu majlis ni. Hari ni kami kerja lam eco green. Ramai pulops yang datang ngendeng ke meja kami nih. Ish ish ish. Kalau pow sorang RM2 dah kaya ni. Setel sampai montaj, terus gerak ke sekolah. Alhamdulillah dapat mesej dari Dila, semua lancar sampai ke akhir.

Isnin, 16 November 2015

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - The Contestants

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - The Contestants

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - The Contestants. Foto diambil dari dua team. Satunya team dokumentasi, dari SMK Taman Sutera dan satu lagi dari Team Montaj, dari BTPNJ. Semak satu persatu. Mana yang masih tak berapa nak comel kita gi follow up semula. Layan lah ye. Habit tetap habit lah.

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 2

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 2

Pertandingan Inovasi Sains & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 - Day 2. Hari kedua. More job to be settled. Banyak menunggu sambil merangka. Kerjasama ngan team BTPN dan team dokumentasi amat memberansangkan. Siap rehearsal dalam dua kali petang tu.

Ahad, 8 November 2015

Mesyuarat Pertandingan Inovasi & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 Bil.2

Mesyuarat Pertandingan Inovasi & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 Bil.2

Mesyuarat Pertandingan Inovasi & Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015 Bil.2. Bilik Kesidang pagi tadi. Agak lama juga. Around 1.30 ptg baru selesai. Ingatkan nak ke PKG Gelang Patah pada sebelah petangnya. Tapi dapat urgent meeting pada sebelah petangnya. Terpaksa KIV Gelang Patah.

Rabu, 4 November 2015

Lawatan Tapak Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015


Lawatan Tapak Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015. Sutera Mall petang tadi. Leh tahan kawasannya. Snap snap for survey dan perbincangan bersama.

Taklimat Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015


Taklimat Pertandingan Sains & Inovasi Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2015. Bilik Kesidang semalam. Dapat tugasan bab multimedia. Layan dulu. Lam masa sama minta BTPN dilibatkan. Jangan lupakan pada yang pakar. Hujan lebat masa nak balik.

Khamis, 3 September 2015

Mesyuarat Penyelarasan Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 @Savannah Hill Resort


Mesyuarat Penyelarasan Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 @Savannah Hill Resort. Hari ni turun ke tapak. First time sampai sini. Jenuh cari jugak guna waze. Alhamdulillah. Dimudahkan Tuhan. Dari perjalanan, hinggalah ke tugasan.

Selasa, 5 Mei 2015

Jadual Perayaan Hari Guru peringkat Kebangsaan ke-44/2015 Kedah


Jadual Perayaan Hari Guru peringkat Kebangsaan ke-44/2015 Kedah

14 Mei

  • Pelancaran Pameran Pendidikan dan Festival Hari Guru 2015
    3.00 petang
    Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar
  • Wacana Intelek - Keberhasilan Gelombang 1 PPPM 2013-2015
    3.00 petang
    Dewan Insaniah, Alor Setar
  • Majlis Solat Hajat, bacaan Yasin, tahlil dan forum agama
    6.00 petang
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar

15 Mei

  • Senamrobik Hari Guru7.00 pagi
    Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar
  • Program bersama KSU dan KPPM9.30 pagi
    Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
  • Khutbah dan Solat Jumaat1.15 petang
    Masjid Zahir, Alor Setar
  • Pelancaran Pameran Seni Visual3.00 petang
    Muzium Padi Kedah
  • Forum Hari Guru3.00 petang
    Dewan Insaniah, Alor Setar
  • Majlis Makan Malam8.00 malam
    Hotel Grand Alora, Alor Setar

16 Mei

  • Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-44/20158.00 pagi
    Dewan Wawasan, Jitra

Isnin, 9 Jun 2014

Pertandingan Blog & Kurasi Kandungan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2014

Pertandingan Blog & Kurasi Kandungan Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2014


Bermula dari tahun 2008, Pusat ICT UPSI telah menganjurkan  pertandingan educational blogging yang telah menjadi acara tahunan bagi menggalakkan perkembangan blogging di Malaysia dalam konteks pendidikan. Pada tahun ini, Pusat ICT UPSI dengan sukacitanya ingin memaklumkan satu nafas baharu dalam pertandingan ini yang sekarang di jenamakan sebagai EDU2014.

EDU2014 adalah satu platform untuk menggalakkan perkongsian kandungan dan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan. EDU2014 pada tahun ini adalah anjuran bersama UPSI, Digital Malaysia dan Joota.  Secara khusus, ia adalah anjuran Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan Peringkat Kebangsaan. Sila layari http://ict.upsi.edu.my/index.php/edu2014 untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.

Dengan penjenamaan baru EDU2014, pertandingan tahun ini akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu, Kategori Blog dan Kategori Joota Edu(Kurasi Kandungan).  Kami amat berbangga kerana ini adalah kali pertama di Malaysia satu pertandingan Kurasi Kandungan di adakan. Konsep Kurasi kandungan adalah satu konsep yang menjadi topik hangat di Amerika Syarikat dan kita mahu rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam gelombang ini, terutama sekali aplikasinya dalam pendidikan. Untuk maklumat lanjut mengenai Kurasi Kandungan sila ke http://www.joota.com/jootaedu


Tarikh Tutup Pertandingan

Skop Pertandingan

  • Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kategori pertandingan.
  • Blog/ deck yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah dan berasaskan pendidikan.


Syarat-syarat penyertaan
  1. Blog/laman Joota yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
  2. Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia.
  3. Kandungan dalam blog/laman Joota mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  4. Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog/laman Joota adalah tanggungjawab peserta.
  5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap   sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta   sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  8. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
  9. Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
  10. Pemenang atau wakil dimestikan hadir untuk mengambil hadiah pada hari penyampaian   hadiah, jika tidak secara automatik hadiah tersebut akan dibatalkan.


Kriteria Penilaian

Kandungan
  • Perkongsian ilmu / maklumat mengikut kategori berunsurkan pendidikan
  • Kesahihan maklumat

Rekabentuk
  • Kreatif
  • Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
  • Interaktif/dinamik
  • Mesra Pengguna
  • Rangkaian Sosial

Nilai Tambah
  • Fungsi/aplikasi tambahan yang berfaedah kepada pengguna.
  • Maklumat tambahan yang berfaedah kepada pengguna
  • Pautan ke laman web yang berkaitan
  • Kolaborasi dengan komuniti
  • Joota adalah platform pengurusan kandungan di dalam Awan Internet. Ia membolehkan pengguna untuk menyusun kandungan, berkongsi dan   membina kumpulan sosial berteraskan pelbagai jenis kandungan dan maklumat.

Hadiah Pertandingan 'Educational Blogging'


Hadiah 'Tablet' dan Sijil Penyertaan disediakan untuk tempat PERTAMA sehingga tempat KETIGA bagi setiap kategori.


Kategori Pertandingan

Kategori : Blog Pendidikan
  1. Sekolah  : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah rendah atau menengah
  2. Terbuka  : blog mestilah mempunyai nilai ilmiah yang mengandungi unsur pengajian sepanjang hayat (life-long-learning)
Kategori : Joota Edu
  1. Institusi Pengajian Tinggi : Deck mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat pengajian tinggi.
  2. Sekolah  : Deck mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah rendah atau menengah.

Pertanyaan

Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia Pertandingan Educational Blogging iaitu:-

- Siti Munirah | 015-4811 7556 (8 pagi - 5 petang) | siti.munirah@ict.upsi.edu.my
- Norashikin | 015-4811 7917 (8 pagi - 5 petang) | norashikin@ict.upsi.edu.my

* Sebarang pertanyaan berkaitan Joota, boleh menghubungi pegawai di talian 013 397 9651 atau email: hello@joota.com



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!
mknace unlimited™ | The Colours of Life

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 18 Mei 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 3



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 3. Sambutan perayaan dibuat di stadium tertutup nilai. Walaubagaimanapun perayaan yang sepatutnya diadakan pada sebelah pagi ditunda ke sebelah malam atas sebab majlis perlantikan menteri dan timbalan menteri yang dijalankan pada sebelah paginya.

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 2



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 2. Hari ni memang kena pandai susun. Banyak program di venue berlainan. Disebabkan lokasi penginapan yang agak jauh, ada beberapa event yang terpaksa diskip supaya event penting dapat dihadiri.

Jumaat, 17 Mei 2013

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 1



Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2013 Day 1 bermula di Stadium tertutup paroi negeri sembilan. Kontinjen dari Johor datang seramai 80 orang untuk memeriahkan majlis ini.

Selasa, 15 Mei 2012

Pertandingan Bahas Guru Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 KPM : Keputusan Rasmi

Kategori Bahasa Malaysia

Johan : Pulau Pinang
Naib Johan : Johor
Pembahas terbaik : Nurun Najah Ellias (PP)

Kategori Bahasa Inggeris

Champion : Pahang
1st Runner Up : Pulau Pinang
Best Speaker : Michelle Koh Moh Cheng

Ps : Nak buat camner. Takde rezeki ini tahun. Better luck next year...






Pertandingan Bahas Guru Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 KPM

Pagi ni kami ke Malay College untuk pertandingan bahas guru ala parlimen peringkat kebangsaan 2012. Johor layak ke akhir menentang Penang untuk bahasa melayu. Untuk english penang menentang pahang. Hope the best for johor...













Sabtu, 12 Mei 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-55 Tahun 1433H/2012M

Nampaknya satu lagi majlis besar peringkat kebangsaan akan dijalankan di Johor. Terbaeekkk!!!! Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-55 Tahun 1433H/2012M akan diadakan mulai 4 hingga 8 Jun 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.



Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 4 Jun 2012 jam 8.00 malam. Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Sultan Dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim pada 8 Jun 2012 jam 8.00 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.



Posted via Blogger PC edisen