Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sifat Santun dan Berhati-hati

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sifat Santun dan Berhati-hati

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Sifat Santun dan Berhati-hati عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِأَشَجِّ عَبْدِ الْقَيْسِ إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ Daripada Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW bersabda kepada Asyaj bin Abdil Qais: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua sifat yang dicintai oleh Allah, iaitu, lemah lembut dan sifat berhati-hati (sabar)." (Sunan Tirmizi No: 1934) Status: Hadis hasan Sahih  Pengajaran: 1. Allah mencintai orang yang memiliki sifat: a.Lemah lembut (santun) b.Berhati-hati (sabar) 2.Menurut Said bin Ali Al-Qattani: Al-Hilm (lemah lembut) adalah sebagai penahan diri dari gejolak marah, iaitu suatu keadaan pertengahan antara 2 sifat negatif (marah dan hina).  3.Al-Hilm (lemah lembut) itu ialah menahan diri dari sifat amarah. Seorang yang memiliki sifat hilm adalah orang yang boleh menguasai dirinya dan mengendalikan emosinya serta menjaga ketenangan jiwanya