mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label bas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bas. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Nahas Bas Di Genting Highlands


Nahas Bas Di Genting Highlands : 37 Maut Termasuk Pemandu

Petang tadi kita dikejutkan dengan satu berita yang amat mendukacitakan. Sekali lagi, satu nahas ngeri telah mencalar sejarah Malaysia. Di jalan Genting Highland yang memang terkenal curam. Takziah pada keluarga mangsa nahas.

Update terkini dari Bernama : 37 disahkan maut dalam nahas bas di Genting Highlands sehingga 9 malam, bas dinaiki 53 penumpang - Bomba

Berikut merupakan update rasmi dari Bernama setakat jam 8.00 malam tadi
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 30 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands hari ini.

Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita.

Bagaimanapun kewarganegaraan mangsa yang maut masih belum dapat dipastikan, katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui.

"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya.

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu.

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal.

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa.

Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian.

"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.

Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL.

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand.

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:

1. Wong Teraphong, 63 - Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia
-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Selasa, 24 Januari 2012

Lama tak jumpa benda ni



Ni tempat lepak biasa aku setiap kali turun kluang. Dari zaman kerja ngan microsoft, menanda spm, ni ler tempat aku selalu lepak. Enjoy. Sampai ke la aku masih suka lepak stesen bas. Setiap jemaat aku lepak larkin. Suka tengok gelagat orang. Cuma yang best hari ni, aku dapat nengok tiket tebuk tebuk ni. Perghhhh. Setakat jb jangan harap nak jumpa lagi la...



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway
mknace xperia