mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label tahun. Papar semua catatan

Selasa, 13 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437 : Doa Akhir dan Awal Tahun

~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~
(Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dari kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

~ ~ ~ Doa Awal Tahun ~ ~ ~
(Dibaca 3x Selepas Maghrib)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan. Dan kami memohon kepadaMU untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu, Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Semoga Allah menerima doa kita semua.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Khamis, 20 Ogos 2015

Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tahun 1436H/2015M

Majlis Tahlil, Doa Selamat dan Kesyukuran Meraikan Bakal-Bakal Haji Warga Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tahun 1436H/2015M. Selesai majlis pagi ni di Surau Al-Ghazali. Tahniah pada bakal haji; KS SPS, En Abd Aziz Redzwan, En Amizan, En Amiruddin dan Hj Mohamad Aman. Tahniah dan semoga memperoleh haji yang mabrur.

Rabu, 5 Ogos 2015

HARI GANTI PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI TAHUN 2015 DITETAPKAN

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 10 TAHUN 2015 - CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI TAHUN 2015

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyelaras dan menetapkan hari ganti pada 10 Oktober 2015 (Sabtu) bersempena dengan Hari Sukan Negara.

Keterangan lanjut dan muat turun dokumen layari http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001266.pdf

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Sabtu, 4 Julai 2015

Mesyuarat Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Negeri Johor Tahun 2015

Mesyuarat Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Negeri Johor Tahun 2015. Perancangan, penubuhan unit publisiti. SMK Seri Lalang, 17 Jun yang lepas.

Selasa, 30 Jun 2015

Majlis Iftar bersama TKPPM Profesionalisme Keguruan sempena Program Ihya' Ramadan KPM Tahun 1436H/2015M

Majlis Iftar bersama TKPPM Profesionalisme Keguruan sempena Program Ihya' Ramadan KPM Tahun 1436H/2015M. Semalam ke Tampok, Benut. SMA Bugisiah to be exact. Ada program bersama Yang berbahagia Dato' Dr Amin bin Senin di SABK ini. A bit late jugak aku tiba. Around 6.30 pm. Memang jalan luar jangka. Tak jam, follow kereta slow. Tak follow kereta slow, jam. Dugaan tu.

Alhamdulillah. Tiba dengan selamat ke sini. Yang dirai pun belum tiba. Sampai waktu berbuka baru tiba. Betullah kata en. Kamarudin hari tu. Macam macam boleh berlaku. Samada kita bersedia dengan langkah kontigensi lain atau tak. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Pengisian dijalankan dengan baik.

Dato' Dr bersama dengan pelajar sehingga selesai majlis. Siap ada majlis bergambar bersama keseluruhan pelajar. Tahniah pada pengurusan sekolah. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, dan sekolah berjaya mengambil peluang yang terbuka. Selesai semua, terus bergerak pulang. Around 12.30 am jugak baru tiba. Perghhh.. Boleh tahan ni. Esok ke Pengerang pula.

Isnin, 5 Januari 2015

KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS MULAI TAHUN 2015 BERDASARKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH RENDAH

Berikut adalah kriteria bagi kemasukan murid ke aliran sains.

  1. Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik
  2. Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik
  3. Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.

Sila muaturun SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 22 TAHUN 2014 di url berikut :

http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001199.pdf

**foto dikongsi dari http://abihulwa.blogspot.com/

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

SENARAI JUDUL BUKU TEKS TERBITAN BAHARU SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEGUNAAN TAHUN 2015

Sila rujuk lampiran di url berikut : http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003738.pdf

**Foto dikongsi dari http://www.omaq.org/

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Jumaat, 28 November 2014

Mesyuarat Precouncil Semakan Semula Perancangan Program JPN Tahun 2014

Mesyuarat Precouncil Semakan Semula Perancangan Program JPN Tahun 2014. Foto sekitar mesyuarat semalam di SJQ.

Selasa, 25 November 2014

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM tahun 2015

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2014 berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan satu pada tahun 2015 di Semenanjung
Malaysia. MARA memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga miskin
bandar dan luar bandar.

Pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul dan
memenuhi syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

  •  Amanah, rajin, berdikari, bersyukur, patriotik dan self driven.
  •  Berbudi pekerti dan hormat-menghormati hak sesama pelajar dan orang lain.
  •  Bersedia menerima serta mematuhi arahan dan peraturan dengan penuh disiplin.
  •  Sihat tubuh badan.
  •  Bersedia menjalani program latihan kecergasan fi zikal.
  •  Kesanggupan mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  •  Bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian.
  •  Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Terdapat tiga program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:

1. MRSM - Program ’Sistem Pendidikan MRSM’ (SPMRSM)
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia serta menggabungjalinkan prinsip pendidikan pintar-cerdas dan pembudayaan nilai-nilai keusahawanan.
MRSM terlibat :
• Beseri • Kubang Pasu • Pendang • Merbok • PDRM Kulim • Balik Pulau • Transkrian • Gerik • Pasir Salak • Lenggong • Pengkalan Hulu • FELDA Trolak • Terendak • Muar • Pontian • Mersing • Muadzam Shah • Kuala Krai • Jeli • Tun Ghazali Shafie • Kuala Terengganu • Kuala Berang • Besut • Pasir Tumboh

2. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
MRSM terlibat :
• Gemencheh • Kepala Batas • Kota Putra

3. MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE
Program Cambridge International General Certi cate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
MRSM terlibat :
• Tun Abdul Razak • Batu Pahat • Baling • Alor Gajah • Langkawi • Tumpat • Serting • Kuantan • Johor Bahru • Parit • Kubang Pasu • Tun Mustapha Tawau • Kuala Klawang

SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :

  • Bumiputera tahun enam.
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.

4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014.
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 15 hingga 19 Disember 2014 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.

Dokumen penuh boleh diakses menerusi url berikut :
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=5815e51c-1f8a-4743-abc4-afb4310e605f&groupId=30564

A. CARA MEMOHON MELALUI ONLINE :

Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi.

Pemohon hendaklah membawa salinan MyKid dan salinan Keputusan UPSR 2014 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

Pemohon boleh membuat pengisian permohonan secara online di url berikut : https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
Pemohon mestilah membawa cetakan borang serta dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian yang dipilih.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Jumaat, 24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436 : Doa Akhir dan Awal Tahun

Salam Maal Hijrah 1436 : Doa Akhir dan Awal Tahun

~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~
(Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dari kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

~ ~ ~ Doa Awal Tahun ~ ~ ~
(Dibaca 3x Selepas Maghrib)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan. Dan kami memohon kepadaMU untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu, Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Semoga Allah menerima doa kita semua.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Jumaat, 27 Disember 2013

MISI KEMANUSIAAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DISEMBER 2013 BAGI PEMBUKAAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

MISI KEMANUSIAAN
BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DISEMBER 2013 BAGI PEMBUKAAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

Lokasi : Daerah Temerloh dan Kuantan, PAHANG

30/12/2013 - SRA AL-TAQWA, SK TELUK IRA, SK GUAI & SK CHARUK PUTTING 
31/12/2013 - SK PERMATANG BADAK & SK TANAH PUTIH

Pasukan yang terlibat memberi bantuan
1. GM1M : terdiri daripada Guru Muda 1Malaysia
2. Smart Support Team (SST-MOE) 
3. Badan Kebajikan Staf (BKS/BPSH-KPM)

Khamis, 26 Disember 2013

Kasut dah mula berkapur

Kasut dah mula berkapur. Sekolah pun dah nak bukak dah minggu depan kan. So.. mesti lah dah prepare untuk itu...

Rabu, 18 Disember 2013

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Ucap Utama Pengarah Pendidikan Johor

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Ucap Utama Pengarah Pendidikan Johor. Majlis utama bermula.

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 2

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 2 Rumusan Dapatan Penaziran Sekolah tahun 2013 oleh Dr. Hamid bin Idris, Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti negeri Johor.

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 1

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor Taklimat 1 Pengurusan Aduan oleh en. Rasali bin Md. Yasin. PP Pengurusan Aduan JPN Johor.

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor

Taklimat Persediaan Awal Tahun Sesi Persekolahan 2014 negeri Johor. Persediaan awal berlangsung dengan baik. Semoga semua berjalan lancar.

Selasa, 17 Disember 2013

Raptai Taklimat persediaan awal tahun 2014 setel

Raptai Taklimat persediaan awal tahun 2014 setel. Alhamdulillah. Ni backdrop dia

Preparation Taklimat Persediaan Awal Tahun 2014 Pengarah Pendidikan Johor

Preparation Taklimat Persediaan Awal Tahun 2014 Pengarah Pendidikan Johor. Tempat Dewan Raya Bandar Putra. Venuenya esok pagi.

Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435 : Doa Akhir dan Awal Tahun

~ ~ ~ Doa Akhir Tahun ~ ~ ~
(Dibaca 3x Selepas Asar Sebelum Maghrib)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada kami melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau mengilhamkan kami dengan taubat selepas keberanian kami melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya kami memohon keampunanMu, maka ampunilah kami. Dan tidaklah kami melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala atas sedemikian itu. Maka kami memohon KepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan Wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dari kami dan janganlah Engkau menghampakan harapan kami kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

~ ~ ~ Doa Awal Tahun ~ ~ ~
(Dibaca 3x Selepas Maghrib)

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad SAW. Wahai Tuhan, Engkaulah Yang Kekal Abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya. Dan kami memohon pertolongan dan perlindungan daripada nafsu kami yang banyak mendorong kepada kejahatan. Dan kami memohon kepadaMU untuk melakukan sebarang usaha yang boleh mendekatkan diri kami kepadaMu, Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. 

Semoga Allah menerima doa kita semua.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434 : Doa Akhir dan Awal Tahun