Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel science

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Imej
PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor. 2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014. 3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu

Imej
Akhirnya... Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Itupun ianya akan berkuatkuasa pada tahun 2012. Takpelah.. yang penting kembali ke bahasa ibunda. Alhamdulillah.. 08 Julai, 2009 15:06 PM Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan kembali dikendalikan dalam Bahasa Melayu, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Rabu. Beliau juga mengumumkan pengajaran dan pembelajaran bagi dua subjek itu di sekolah jenis kebangsaan akan diadakan dalam bahasa ibunda. Pelaksanaannya akan berkuatkuasa pada tahun 2012, katanya. --BERNAMA