mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label buang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buang. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Disember 2013

Guru wanita, lelaki Pakistan didakwa rakam filem lucah

Guru wanita, lelaki Pakistan didakwa rakam filem lucah

What to say... I'm speechless. Mohon keampunan dari Allah untuk diri dan keluarga. Moga dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini.

MELAKA 20 Dis. - Seorang wanita yang merupakan guru penolong kanan di sebuah sekolah di daerah ini bersama seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat rakaman filem lucah.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang bekerja sebagai peniaga membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.

Mereka berdua didakwa membuat filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini pada pukul 8.30 pagi, 16 November lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM3,000 kepada Lizah namun tiada jaminan dicadangkan oleh pendakwaan terhadap warga asing itu.

Lizah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan hanya dia yang bekerja untuk menanggung enam orang anak.

Muhamad Usman pula merayu supaya dibenarkan ikat jamin kerana perlu menanggung isteri serta keluarganya di Pakistan.

Mohd. Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 manakala Muhamad Usman RM10,000 berserta dua penjamin warga tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Mohd. Firdaus menetapkan 23 Januari depan bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam. - UTUSAN ONLINE

Khamis, 12 September 2013

RTM Pandang Serius Siar Kesilapan Logo PDRM


RTM Pandang Serius Siar Kesilapan Logo PDRM

Bila baca cerita ni, teringat kes aku sendiri tahun lepas. Kes logo kemerdekaan yang salah pada banner, gara-gara kebanjiran logo yang melampau. So, this budak praktikal dah salah pilih logo daa... Adakah kes ni kes salah pilih or memang dia sengaja buat. Yang pasti, yang terlibat dah kena tindakan...

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui RTM Selasa.
Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan.
Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.
Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya.
-- BERNAMA
Just try google, kengkonon nak tengok tengok la kemungkinan kan. Entah la... Ni ler jadinya bila internet semata jadi rujukan. Sesikit pakcik google, sesikit makcik wikipedia...




Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Khamis, 22 November 2012

Sampah yang menyampah

Ada majlis, ada la sampah. Tak kira la, majlis kecik ka, majlis beso ka, majlis tupperware pun ada. So, sampah sampah ni mesti la dibersihkan. Dan yang paling best, biasanya aku jadi tukang clearing sampah la. Pastinya sampah ni perlu dibuang di tong besar majlis punya la. Kat baling pun ya, kat gelang patah pun ya.

Cuma yang aku tak gemo bila tiba ke tong beso nih... perrggghhhh... punya la banyak yang bertaburan di luar kotak tu. Salah sapa ni. Bagi aku, diri sendiri dulu. Pastikan sampah tu dimasukkan lam tong tu. Penat orang cipta tong, tabur sesuki ja kat luar. Bukan jauh nor pun dalam tong sampah tu. Yang kedua, maybe majlis patut fikirkan tong yang lebih sesuai kot. Tong ni bagi aku sangat tinggi. Aku baling sampah aku pun macam aku baling tukul besi lam olimpik tau. Sebab apa. Aku kena buat apa yang sepatutnya. Aku tak suka komen, pastu aku sendiri pun buat yang sama. Kan bangang namanya tu. Kira hari ni sampai hampir 12 kali aku ulang alik ke sini. Buat training baling tukul besi. Perrgghhh... Kalau masuk olimpik aku rasa cam leh menang ja. Cam dah cukup dah training tu. Yang last tu baru aku bawak ziqri, pasal sampah yang last tu paing ringan. Kekeke...

Apa pun. Tepuk dada tanya selera. Kalau anda nak benda tu jadi, anda yang harus mulakan dulu. Jangan jadi bangang mengomen tapi anda sendiri tak buat. Tak nak cenggini, tapi anda sendiri pun buang cenggitu jer..

menarik tak...

snap masa nak balik untuk training seterusnya

suka la ziqri dapat ngikut akhirnya

syok ler tu

jom jengjalan lagi bah

amik sekali lagi tanda tak puas hati


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free