Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 22 pelajar

Solat subuh selamatkan 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra

Imej
Solat subuh selamatkan 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra Seramai 22 pelajar Madrasah Tahfiz Az-Zahra tinggal sehelai sepinggang selepas asrama yang didiami mereka musnah dalam satu kebakaran di Jalan Pak Imam, Gelang Patah di sini hari ini. Bagaimanapun, tiada kemala­ngan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian pada pukul 6 pagi itu, semua pelajar asrama berkenaan yang berusia di antara tujuh hingga 14 tahun berada di sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh. Pengerusi Madrasah, Ayub Embong berkata, beliau hanya dimaklumkan berhubung kejadian yang memusnahkan hampir 90 peratus bangunan setingkat itu selepas dihubungi penduduk yang tinggal berdekatan asrama tersebut. “Saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barangan termasuk barangan pelajar dan beberapa alat­an elektrik serta perabot yang baharu diterima Rabu lalu sumbangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) untuk kegunaan penghuni asrama ini. “Buat masa ini, pihak terlibat sedang menyiasat punca dan jumlah keru