mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label stadium hassan yunus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label stadium hassan yunus. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Jun 2010

Persembahan pancaragam Majlis Penutup MSSM 2010 completed



Akhirnya siap jugak dihaplod ke youtube.. Dah settle pasal mssm bebaru nih..



Enjoice...Sharing is power!!!

Sabtu, 15 Mei 2010

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 3 Full Dress Rehearsal



Sebelah malamnya bermulala full dress rehearsal ni. Nice. Aku, tajul n fido ke hulu ke hilir cari port yang best. Aku pun banyak amik hand held jer. Certain-certain part jer yang aku mula kuarkan tripod aku nih. Tapi bila kuar announce nak buat kali kedua.. hmmm.. aku dah tak larat nak nunggu lagi. Penat wehhh..

Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Johor 2010 - Rehearsal Persembahan Day 3 Full Formation



Petang ni kira last practice sebelum full dress rehearsal pada sebelah malamnya. Aku lepak ngan si Fido jer la petang ni. Semayang pa semua kira tapau abis kat umah dia. Memula gi cari port baik punya untuk nampak semua formation persembahan ni. Bebetul atas tempat vip. So kitaorang lepak jer la kat atas tu dari mula sampai abis. Tapi tak best sangat la pasal aku lebih suka amik ekspresi bebudak dari amik formation cenggini. So, ni aku kasi kat sorang budak ft la nanti.

Abis jer gi lepak luar. Jumpa geng-geng lama. Siap membantu menyelesaikan kes gendang ilang la. Aduiihh.. Boleh lak timbul masalah cenggini sebelum start full dress malam ni.. memang ngeri beb. Sib baik setel. Pas makan beger ngan layan kekalahan chong wei kat umah fido.. baru mula berangkat balik ke stadium untuk tengok full dress rehearsal.. jeng jeng jeng..

Enjoice...Sharing is power!!!

Isnin, 8 Februari 2010

Preparation for tomorrow...

©2010mknaceunlimitedEsok ada kejohanan olahraga zon skudai. Tahun ni diaorang buat kat Stadium Larkin sana tu. Tadi pun cikgu Usop dah cakap esok aku pun terlibat gak kat stadium. Sekolah kitaorang incharge quartermaster sebenarnya..

So, tadi aku dah borak-borak la pasal esok. Iqa akan gi sekolah agama ngan ustazah noriah. Pastu balik ucu dia amikkan. Settle kot pasal iqa. InsyaAllah. Tu pun tadi taknak gi ngan orang lain. Nak aku jugak. Camner la kalau aku asik kuar jer nanti ni.

Balik jer terus charge bateri kamera. Esok aku akan bawak dua kamera dengan 1 flash. Semestinya D70s akan aku pakai ngan tele 70-300mm, D60 aku letak 18-70mm. Flash pun aku akan pakai dengan D60 ni. Bateri grip dedua aku tak bawak, aku bawak bateri spare jer. Bateri AA cam biasa bawak 2 set jugak. Muat-muat lam beg lowepro 4AW aku ni. Harap-harap semua berjalan ngan baik esok. InsyaAllah..

::Klik untuk cerita penuh::


©2010mknaceunlimited
Mulanya nak amk pakai SE7501 aku jer, sekali bengong la pulak. Nak tak nak terpaksa panjat kerusi guna aku nyer 70-300mm.. Tu pun out focus.. Tempat kosong tu memang D70 aku yang punya.

©2010mknaceunlimited
Settle semua.. harap-harap semua berjalan lancar esok..

©2010mknaceunlimited
Stadium Larkin.. here I come...

Isnin, 31 Ogos 2009

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-52 Johor



Sambutan tahun ni dibuat kat Stadium Larkin. Aku kuar tadi pun lebih kurang jam 6.15 pagi. Gelap lagi tu. Jalan memang lengang la. Sampai jer area Larkin mula nampak sibuk sikit. Terus cari tempat parking. Ngam ngam sebelah stadium. Kuar nengok geng-geng perbarisan yang ramai. Kuar jer. Masuk jer stadium tengok dah ramai gak la orang kat dalam.

Masuk jer mama terus cari tempat pendaftaran. Aku cam biasa la. Kuarkan kamera melilau. Petugas tanya dari mana, maybe sebab style aku kot. Ala dari sekolah jer. Terus aku tanya perjalanan majlis; kat mana aku nak duduk and what so ever la. Cheh. terspeaking london jap.



Pastu baru aku gi daftar nama. La, baru aku ngan mama jer yang daftar. Mama tanya nak dok mana. Aku cakap kita kena berbaris kiri kanan padang. Tak yah la. Jom cari tempat duduk. Nanti pun aku mesti meronda punyer. Dapat tempat duduk, aku cam biasa merayap lagi. Merayap sana, merayap sini. Borak-borak ngan photografer yang datang. Pastu ajak mama tukau tempat. Jom dok kat atas lak. Mesti lagi best. Bukan apa, kesian. Nanti mama tak nampak apa-apa (memang tak nampak apa-apa pun sebab semua program jalan depan pentas utama jer).



Pastu terus aku gi lepak kat pentas utama. Borak-borak lagi. Masa ni tengok semua photog lari gi tempat motor. Oooo.. motor semua dah kuar amik tempat dah. MB dah nak datang la ni. So, aku ready jer kat depan pentas utama. Tak lama pastu, paluan kompang pun berbunyi diikuti dengan gabungan tiga jenis gendang. Haaa.. dah sampa dah MB. Amik gambo. Punyala syok. Toleh belakang ramainya photog belakang aku. Hihihi.





Bila semua VIP dah berdiri tengah pentas, lagu Negaraku terus dimainkan. Huuu.. Best tul. Biasa la ada koir lagi gitu kan. Pas habis jer lagu kebangsaan, koir terus sambung lagu tema. OK jer la. Macam biasa sahaja. Pas habis sahaja lagu tu Mufti Besar Johor membacakan doa.















Satu deklamasi sajak disampaikan selepas tu. Aku tak ingat nama dia. Sajak ini disampaikan sambil diiringi oleh tiupan seruling oleh Jari.(Boleh lak ingat, pasal Jari kan, sapa tak kenai). Habis jer bacaan sajak, bebudak EC keluar untuk upacara bacaan ikrar.









Habis jer bacaan ikrar, MB memberikan ucapannya. Habis sahaja ucapan terus dia melaungkan Merdeka tiga kali diikuti oleh semua yang hadir. Best tul. Dah la tu. Aku siap terkejut lagi pasal ada tembakan meriam sekali. Terkejut weiii.. Tak jangka langsung. Pastu MB bunyikan gong dan keluarlah geng-geng bermotor tadi tu.. Huiii.. Ganaih tul. Yang tak tahan budak yang bawak pocket bike ni la. Kecik lagi ni. Terer tul.

















Pastu semua motor berbaris berdepan pentas, kibar bendera; aku terkejut lagi pasal ada sedas tembakan meriam lagi. Pastu sebijik kapai terbang kontrol terbang kat atas bawak bendera. Pastu aku terkejut lagi, pasal diaorang tembak apakebenda tu. Ala yang kertas haluih-haluih tu. Habih penuh satu padang. Hahaha.. Hari ni kerja nak terkejut saja.









Pastu ingatkan dah habih, rupanya ada majlis penyampaian hadiah lak. Hadiah Sepanduk terbaik dengan pakaian terbaik. Makaih, perbarisan tadak, apa tadak alih alih ada pulak pertandingan. Yang menang banner aku tak ingat, yang menang pakaian MBJBT. Dah habis semua.. Balik.. Sebelum tu layan la jem kejap depan tu.








Foto Montaj