mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label br1m. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label br1m. Papar semua catatan

Selasa, 6 Disember 2016

Jadual Pembayaran BR1M 2017


Jadual Pembayaran BR1M 2017. Berikut merupakan nilai BRIM yang bakal diterima mengikut pendapatan isi rumah dan tarikh pembayaran. Sila buat pengemaskinian atau permohonan baharu melalui pautan berikut :


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Selasa, 13 Januari 2015

Bayaran BR1M Mulai Khamis Ini - Ahmad Maslan

Bayaran BR1M Mulai Khamis Ini - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 hanya akan dibuat mulai Khamis ini dan bukan Ahad lepas seperti yang disebarkan melalui laman sosial dan aplikasi telefon pintar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata mesej BR1M yang tersebar mendakwa orang ramai boleh mengeluarkan BR1M mulai 11 Jan di CIMB Bank dan Bank Rakyat, Bank Muamalat dan Bank Islam (12 Jan) manakala bank-bank lain pada 13 dan 14 Jan.


"Ini jahat. Ada pihak yang membuat rakyat marah kerana mereka terpaksa pergi ke bank beratur untuk keluarkan BR1M.

"Esok baru selesai dihantar kesemua 18 bank terpilih dan pada Khamis ini barulah penerima boleh mengeluarkan bantuan BR1M," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ahmad berkata bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pengagihan baucar BR1M akan dibuat mulai 17 Jan dan dijangka berakhir pada 31 Mac.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan memutuskan pembayaran BR1M yang dijadual pada akhir Jan dipercepatkan mulai 15 Jan dan ia akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada penerima dari negeri-negeri yang dilanda banjir.

Ahmad berkata 7.1 juta penerima layak menerima BR1M membabitkan bayaran RM5.3 bilion pada tahun ini berbanding 7 juta penerima dengan bayaran RM3.64 bilion pada tahun lepas.

Pada tahun ini, 4.4 juta penerima daripada kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima RM950 yang dibayar tiga kali setahun iaitu RM300 pada Januari dan Mei manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September ini, katanya.

Selain itu, 400,000 penerima daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 yang layak menerima RM750 akan menerima RM200 pada Januari dan Mei manakala bakinya RM350 akan dibayar pada September.

Bagi 2.3 juta penerima individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, beliau berkata bayaran sekali gus sebanyak RM350 akan dibuat pada bulan ini.

"Kita akan membayar BR1M dalam dua peringkat. Bagi 4.9 juta penerima yang telah mengemas kini maklumat pada 31 Dis, mereka akan menerima BR1M pada Khamis ini.

"Namun, bagi mereka yang belum mengemas kini maklumat peribadi atau mahu membuat permohonan baharu, pembayaran akan dibuat pada 12 Feb nanti," katanya.

Beliau menambah proses pendaftaran dan mengemas kini maklumat peribadi yang sepatutnya berakhir pada 31 Dis dilanjutkan kepada 31 Jan ini berikutan bencana banjir.

Sementara itu, Ahmad berkata pada tahun lepas, sebanyak 87,228 penerima yang layak mendapat BR1M tidak membuat tuntutan membabitkan peruntukan RM40 juta.

"Ini melibatkan semua kategori penerima BR1M dan kita tidak pasti sebabnya. Tuntutan ini dikira hangus dan ia akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Disatukan," katanya, sambil menambah bahawa mereka masih boleh membuat tuntutan BR1M tahun ini.

Sementara itu, Ahmad berkata BR1M yang merupakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan diteruskan dalam tempoh lima tahun dari 2013.

"BR1M bukan hanya membantu kos sara hidup penerima tetapi ia juga mengembangkan ekonomi setempat dan juga memberi kesan berganda kepada ekonomi," katanya.

-- BERNAMA

Sabtu, 3 Januari 2015

Awasi sindiket penipuan berkenaan BR1M

Awasi sindiket penipuan berkenaan BR1M


LHDNM telah mengesahkan bahawa pihak mereka TIDAK mengeluarkan apa-apa e-mel atau pesanan ringkas melalui pegawai LHDNM (secara individu) kepada pemohon atau penerima BR1M.

JANGAN JADI MANGSA!
Awas terhadap sebarang penipuan berkenaan BR1M melalui panggilan telefon, sms, e-mel dan surat.
Berhati-hati!

JANGAN DEDAHKAN maklumat sulit anda kepada mereka yang diragui.
Sekiranya anda menerima sebarang panggilan telefon, sms, e-mel atau surat yang meragukan, jangan berikan maklumbalas.

Sila dapatkan pengesahan daripada LHDNM melalui talian 1800-88-2716 terlebih dahulu.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Sabtu, 28 Disember 2013

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima. Ni yang dinanti nantikan. Ni baru namanya data driven. Tak payah penat penat lagi beratur panjang. Pastikan maklumat akaun bank dikemaskini dalam portal rasmi, dan... automatik masuk akaun ja lepas ni.

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima
KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.
BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan
Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.
Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my.
Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima BR1M sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.
Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.

Isnin, 23 Disember 2013

Makluman Pendaftaran BR1M 2014

Makluman Pendaftaran BR1M 2014

Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.
Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
Manual pengisian boleh didapati di 
Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.

Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.

Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

 •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar 
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

Pastikan anda tidak mengisi maklumat anda di mana-mana web atau portal selain daripada yang disediakan oleh LHDN!

Rabu, 18 Disember 2013

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Dari 23 Dis Hingga 31 Jan 2014

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Dari 23 Dis Hingga 31 Jan 2014

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa. Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

-- BERNAMA

Pada yang layak tu boleh la mula memohon bermula Isnin depan yea...


Sent from Samsung Mobile

Khamis, 19 Januari 2012

Bantuan Rakyat 1Malaysia



Petang tadi memang kena turun jugak ke sikijang. Rumit betul masalah sekolah ni. Ajak sekali pkg gelang patah. Yang tak bestnya. Ada majlis br1m la pulak kat dewanraya. Dah jem tahap dewa. Poning poning



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway
mknace xperia