Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tangga

Asyraf : Katil & tangga : Half done

Imej
Tarikh : 9 Disember 2010 Masa : 9.00 malam Tempat : Bilik pengantin Mood : Sukanya Makin hari makin dah setel segala persiapan. Malam ni katil pengantin ngan tangga la pulak disetel. Tapi dibawak ke esok untuk siapkan. Takpa.. Kita tunggu malam esok la pulak. Klik cerita penuh untuk detail>>> Oooo.. itu rupanya guna papan putih sampai tiga tu rupanya Pasang design kain kat depan Dua warna.. putih dan emas Bunga la pulak ditaruk kat header (ingat blog aje ada header) Kemaskan design Tambah lagi bunga Stapler jangan tak stapler Kemaskan lagi Tambah manik jurai jurai lagi.. sambung esok pulak ya Tangga la pulak.. lilit lilit cenggini Sementara tu kat bawah pun sibuk jugak ngan edisi lipat tisu Dah nak setel dah Mari posing reramai Jom posing jap kat tangga yang separa siap nih Dan lagi Esok mesti berubah lagi nih.. lebih elegen Apa apa pun tuan rumah kena la rasmi dulu ngan cucu di

Ada sesuatu pada bangunan ini

Imej
Tarikh : 24 November 2010 Masa : 1.00 petang Tempat : SMK Dato' Abdul Rahman Yassin Mood : Nostalgic Ada sesuatu dengan bangunan sekolah ni. Jangan terkejut la pulak dengan kenyataan aku kali ni. Bukannya ada jin, hantu atau setan. Cuma ada secalit kenangan bila aku tengok bangunan sekolah ni. Mula-mula, bila sampai ke sekolah ni; aku macam biasa ja. Tapi bila dah mula masuk ke bangunan utama.. huh!! Jalan sikit ikut koridor.. Alamak.. Sahih.. Bentuk dia sama cam sekolah aku dulu. SMK Tunku Putera, Baling Kedah. Dengan design tangga berkembar. Kelas aku dulu memang betul-betul mengadap ke tangga macam ni. Tapi kat sini dah jadi pejabat sekolah. Jalan-jalan sampai koridor. Nampak pulak tangga berpusing kat hujung. Memang saling tak tumpah betul. Rasanya sekolah ni mesti sezaman dengan sekolah lama aku tu. Pasal memang nampak sebijik. Bangunan sekolah ni, biasanya setiap batch atau kohort ni; selalunya lah.. menggunakan design yang sama. Cuma aku terkedu, pasal tak san