mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label marah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label marah. Papar semua catatan

Khamis, 25 Mac 2010

A stone that kill two birds

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarBodoh!!! Tu ler ayat aku pagi tadi lepas dengar rintihan bini aku kat telefon. Apakejadahnya sampai boleh jadi sampai lagu ni. Memang bodoh lagi bebal.. Kisahnya dua hari lepas aku gi hantar borang cuti bersalin bini aku ke sekolah dia. Ala.. yang aku mengamuk satu Puteri Specialist itu hari. Tak sangka borang yang sama akan membangkitkan amarah aku buat kedua kalinya. Kesnya.. borang tak lengkap. Apa yang tak lengkapnya. Bahagian tarikh cuti bersalin. Diulang.. bahagian tarikh cuti bersalin.

Sebab orang rumah aku dah cakap pukul 2 baru kerani tu ada, so aku lambat-lambatkan lah sikit pergi tu, siap isi minyak lagi. 2.30 aku sampai ke pejabat sekolah X. Masuk. Tanya kerani A.

Saya nak hantar borang ni. Kepada sapa ya saya nak berurusan.
Oooo.. Ni untuk kerani M (stands for mangkuk ayun), tapi dia tak masuk lagi. Takpe la.. Tinggal kat saya jer la. nanti saya bagi pada dia.
Tapi bahagian tarikh cuti bersalin lum isi.
Nanti dia buat la..

Aku pun mula la mengorak langkah untuk terus keluar. Banyak lagi aku nak setel. Ngan fiber optik kat sekolah aku pun problem lagi ni.. Sekali nak kuar ada minah ranggi la pulak masuk.. Serentak dengan tu, kerani A panggil aku..

Cik.. ni la kerani M.. Cik tunggu yer..
OK..

Masa ni dah kul 2.35 dah pun. Pastu dia pegang borang aku tu. Terus mula perbualan menempah maut dia..

Cik.. ni borang langsung tak lengkap ni.
Awal yerk kul 2 awak yer.. Yang mana tak lengkap?
Semua tak lengkap.
Kan tarikh jer tu yang belum..
Tu doktor tu kena isi..
Doktor bukan isi tarikh bersalin jer ker. Lagipun bukannya kita tak leh isi kan..
Tak leh ni cik.. Kena bagi doktor isi.. Isteri cik ni langsung tak prepare..
Prepare for what.. Kalau saya isi bulan 1 pun tarikh tu tetap kosong jugak kan.. Dah la isteri saya bersalin awal.. Kan ker kerja kerani ni nak kira dan isi tarikh naik balik.. Untuk semua anak saya, semua kerani yang isi, yang ni jer saya kena isi sendiri.
Mana ada kerja kerani isi borang..
Abis tu kerani kerja apa!!
Diammm..
Haa.. berapa hari saya nak kira ni..
60.. senyap
mula 14 la ni kan..
dia gi dok borak ngan kerani A.. ntah apa yang diborak aku pun tak tau..
Haa.. dah.. so isteri saya naik 13/5 la kan..
Ehh.. tak la cik.. dia mula dok kira
Yang awak dok kira buat apa.. kerani bukannya kerja kira tarikh kan..
Cik.. isteri cik 12/5 patut naik..
Apasal lak.. kan dia bersalin 13/3 lepas waktu pejabat..
Tak cik.. takde waktu waktu pejabat ni.. dia kena naik 12/5
12/5, 12/5 lah. Aku terus keluar.. Dah bosan nak cakap ngan kerani yang mangkuk cenggitu. dan penghujungnya.. hari ni pk bini aku telepon tanya apa yang berlaku pasal pengetua cakap kerani m tadi mengadupasal aku submit borang yang langsung tak lengkap.. Kejadahnyaaa!!! Hal remeh cenggini pun nak perbesar... langsung tak professional..

ps : Aku gi sekolah yang sama tadi tepat jam 1.50 untuk sesi pembetulan. Sib baik semua takde (???!!??) Kalau tak, bertambah meriah la amukan aku..








Enjoice...Sharing is power!!!

Rabu, 17 Mac 2010

Hari marah sedunia??

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarAdakah hari ni merupakan hari marah sedunia?? Dari pagi tadi kerja nak marah jer.. Takde benda lain selain marah jer kuar dari diri aku ni. Semua orang hampir kena marah @ bebel oleh aku. Start aku kuar rumah untuk ke Puteri sampai la aku balik semula ke rumah, takde sorang pun yang aku jumpa yang tak kena marah bebel dengan aku. Kecuali casher tesco ngan jusco la.

Pagi ni aku ke puteri, amik dokumen adik pasal nak daftar. Terus naik ke tingkat 5, bahagian pendaftaran. Sekali dokumen Ziqri hilang. Dah start la aku nyer bebel.. Sambung semalam bebel kat cytech la ni. Dokumen budak pun leh hilang ker. Mender beb. Tak kira la. Ko setelkan dokumen anak aku on the dot. Habis semua dokumen diaorang setelkan.. aku tinggal sain ngan isi nama ziqri jer.. dah chow.. sebelum kuar gi beli sandwich yang iqa suka. Lantak depan keter sebelum ke tesco.

Sampai tesco, misi utama aku beli breast pump. Tanya budak yang jaga situ. Boleh tak tahu.. Ko jaga rak ajer la.. dah start balik. Beli air solivite iqa jer. Pasni nak gi cytech lak. Sesampai jer terus kena bebel lagi. Cakap semalam jam 12pm. Ni aku bagi extra setengah jam lagi. Ko sakit ker, kejadah apa ka bukan masalah aku.. ntah camner ntah aku leh kesian lak.. aku kasi sampai jam 2 on the dot. Takde ko siap la.. Pasal aku rasa aku nak gi jusco jap untuk carik breast pump yang takde kat tesco tadi. Dan aku tak tau kenapa, Tuhan telah mengurangkan kemarahan aku di Jusco tu.. tapi tu citer lain.. Nanti aku tulis kenapa..

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lelepak depan jabatan rekod puteri..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ni ha jabatan rekod dia.. sebelah lif utama tingkat lima.. nombor bilik 39..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi makan sandwich depan puteri, atas tunggul kayu..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Sesi merajuk iqa pas kena marah dengan aku.. suka sangat duduk kerusi kaki dua.. jatuh sekali, sekali lagi aku tarik kerusi dia..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Makan lam tangisan.. sian iqa.. pas pujuk sesikit, dia ceria balik.. maybe cara aku memang kasar sangat

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Adik dok nengok jer kakak dia kena marah.. dengar cakap ok, tak dengar, mula la nak kena tu..



Enjoice...Sharing is power!!!