mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label danga bay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label danga bay. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Disember 2013

Danga bay revisit

Danga bay revisit. Lama tak lepak sini. Sementara nak nunggu keter savvy setel di inspect.

Isnin, 1 Jun 2009

Jom Heboh @ Danga Bay - A black Sunday

PhotobucketLepas habis je aturcara Karnival ICT kat SMK Tanjung Adang; langsung aku balik ke rumah. Sesampai jer kat rumah adik ngan Iqa memasing dah terlompat-lompat. Yei..yei.. abah dah balik. Pas ni boleh gi Danga Bay.
Siap nyanyi tu..
Jom jom jom.. jom heboh heboh
Memang tak leh nak nolak lagi..
Memula kasi abah tido jap dulu
Abah bangun kita jalan gi Danga Bay
Sebelum tu atuk sama nenek sama adik gi kenduri dulu.
Aku apa lagi. Layan tido dulu..

Lam kul 4 aku dah terbangun. Adik pun dah balik. Lepas siap-siap terus kitaorang jalan ke Danga Bay. Sampai kat Uda jer jalan dah mula jem. Humang aii.. Banyaknya kereta. Ni tanda-tanda awal boleh retreat balik ni. Tapi Tuhan memang mempermudahkan perjalanan. Aku dapat parking yang best depan Bayleaf.

Pas parking terus aku beli jer tiket keretapi. Senang sikit. Pasal aku pun bukan larat sangat nak jalan jejauh. Penat weh.. Dah la 4 hari dah tak cukup rehat. Sekali bayar RM20 untuk semua. Huh.. dah naik harga rupanya.. Dah lama la aku tak naik keretapi ni.

Photobucket Photobucket

So, syok gak la nengok sekeliling dari keretapi ni. Lepak jer nengok orang lelain menapak. Sampai jer kat Festive Mall terus menapak ke tapak Sure Heboh. Punya la ramai orang. Yang tak tahan tu, nengok ler pasu bunga yang dah bertukar jadik tong sampah ni. Sian tul.

Photobucket

Masuk jer lam tu, Iqa dah sibuk nak gi booth TV3 kids. Tapi bila suruh join game kat dalam tu, taknak pulak. Apa la. Lepas TV3 kids, nampak lak booth Ribena. Kat sinila kejadian yang paling tak disangka-sangka berlaku.

Photobucket Photobucket

Apa yang berlaku..
Rantai adik kena curi.

Modus operandi..
Gunting dalam kesesakan orang mengutip belon percuma.

Taktik..
PhotobucketAtuk dukung adik untuk mengambil belon percuma. Tetiba datang sorang lelaki. Atuk cakap rupa macam mamak sikit. Dia tarik-tarik belon dari tangan atuk. Pastu datang sorang pompuan dari belakang merapati abah. Tapi abah dah tak kisah pasal mamat kat depan ni masih dok tarik-tarik belon abah. Dia terus tarik sampai si minah kat belakang ni selesai potong rantai adik. Abah cakap dia pelik pasal mamat tu terus blah bila belon yang dia dok tarik tu pecah. Blah cam tu je. Rupanya dah settle dah kerja laknat makhluk celaka tu. Hampes tul. Haram le buat korang harta anak aku tu. Ntah berapa ramai orang yang kena camtu hari tu jer. Ko mampus nanti ko carik ler kitaorang kat padang masyar nanti. Takdenyer aku nak halalkan kerja haram korang ni.

Yang bestnyer sorang pun tak sedor, tak perasan apa-apa sampai la kitaorang makan kat Angsana. Masa tu semua dah fikir rantai adik tercicir sampaila aku bukak balik kamera check sesatu gambo. Dan dah pasti masa TV3 kids masih ada dan lepas booth ribena dah hilang. Dan barula kita teringat balik cerita atuk tadi.

Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket
Photobucket

Slideshow





Chiaoooo...
__________________________________________________________________________
Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com