Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel A day at work

A day at work

Imej
A day at work. Maka bermulalah perancangan minggu sibuk kitaorang. Dari pagi semak variabel. Bina fokus verifikasi Mei yang bakal bermula minggu depan. Pastu layan open source challenge jap. Mus bawak si Arif masuk. Siap suruh nyanyi tu. Retis rupanya. Glamour leh tahan jugak kat media sosial ya. Habih masa rehat setengah jam aku melayankan si mus dan arif ni hari ni. Wakakaka.

A day at work

Imej
A day at work. Hari ni. Hmmm. Banyak benda secara maya ja berlaku. Yang lain. Memang sakan berposing aje. Kebetulan ada lawatan muhibbah delegasi Bandung. Sesambil tu tu kumpul semula artwork. Tensen semalam lum hilang. Abis artwork aku ter'burn' gara-gara dah biasa dengan prosedur shift delete. Hari ni memang dok mulun create artwork semula. Lunch dengan abam korea. Boleh pulak tinggal cam kat meja. Ingatkan nak snap picas bangunan dan trace semula. Rosak tul program. Tensen punya pasal aku gi contiang doodle kat dinding.

A day at work

Imej
A day at work. Hari ni a bit exciting. Layan awal bab verifikasi MPS sebab bulan ogos ni banyak aktiviti dan juga cuti. So. Kena mula awal supaya akhir bulan target dapat dicapai dengan baik. Tengok juga beberapa pilihan supaya verifikasi silang dapat dilaksanakan bagi menghasilkan data yang lebih tepat. Paling menarik masa ustaz hanafi datang minta bantuan. Sampai 3 orang kot passing passing sebelum masalah dapat diselesaikan. Hehehe.