Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cuti Kuarantin

Cuti Kuarantin

Imej
Cuti Kuarantin. Alamak. Tetiba dapat call dari mama pasal iqi. Ingatkan dia demam pasal terlalu takut. Pagi tadi check tengok kaki dan tangan dah mula naik ruam. Mama bawak ke klinik pagi ni. Lepas periksa, doktor terus keluar surat. Dah kena kuarantin. Apa dia cuti kuarantin ni? Cuti ni adalah diperuntukkan di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana berlaku wabak penyakit berjangkit atau pegawai dikurung di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan kerana wabak penyakit berjangkit. Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit. Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti ber