Isnin, 6 Jun 2016

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2016

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2016

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN TAHUN 2016. Peperiksaan bertulis SPM Ulangan 2016 akan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun 2016. Seramai 14,150 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini di 232 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 1,756 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. Tiga mata pelajaran yang ditawrkan dalam peperiksaan SPM Ulangan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Mathematics.

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung. Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat url http://www.lp.moe.gov.my. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: