Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tribute to me

Welcome to the new world

Imej
Semalam, aku dah mula menjalankan tugas secara rasmi di PPD Johor Bahru. Selesai sahaja urusan pertukaran iqa, setel down dia kat sekolah baru dia, serah tugas kat sekolah lama; langsung ke SMK Mohd Khalid. Terus kena handle masalah berkaitan NKRA. Wahhh.. Memang tak disangka akan terus memecut sebegini laju, bukan lagi gear4, bukan lagi gear 5; terus tekan nitro jer ni.. Apa pun yang diberi, aku kena laksanakan dengan sebaiknya. Kini aku bukan lagi handle masalah satu organisasi yang kecil, malahan aku kena handle satu daerah. Semoga Tuhan akan sentiasa membantu mempermudahkan setiap lorong yang akan aku pilih selepas ni. InsyaAllah. BTW.. Thanks a lot kepada guru-guru di SK Taman Tun Aminah 1 atas semua dan kerjasama yang telah kalian berikan sepanjang aku bertugas di sana. Kenangan bersama kalian memang sukar untuk dilupakan. Thanks Hazim untuk page tribute untuk aku tu. Tak pernah aku sangka akan kuar segala gambo-gambo aku tu. Hihihihi.. :: Klik untuk cerita penuh ::