Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Baharu Ganti Ahmad Said

Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Baharu Ganti Ahmad Said

Imej
Ahmad Razif Dilantik MB Terengganu Baharu Ganti Ahmad Said. YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman telah dilahirkan di Kuala Terengganu pada 7 November 1965. Beliau sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir ini memegang Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia. Jika diberi pilihan antara percutian tanah tinggi dan di tepi laut, YB Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman memilih percutian di tepi laut kerana ia memberikan beliau ketenangan fikiran, di samping sepanjang kehidupan beliau yang biasanya tinggal berdekatan dengan laut. Jika ada kelapangan, beliau gemar membaca buku-buku agama demi mendalamkan lagi pengetahuan beliau dalam Islam. Destinasi pilihan percutian beliau juga adalah kota-kota suci Mekah dan Madinah sekiranya diberi peluang bercuti selama sebulan. Selain daripada membaca, beliau juga gemar meluangkan masa bersama sahabat baik beliau, Encik Shamsul Bahri Ismail, den