Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dr Sahruddin Jamal

Dr Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17

Imej
Dr Sahruddin Jamal Menteri Besar Johor ke-17. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 di Istana Bukit Serene di sini, hari ini. Sebelum ini Dr Sahruddin adalah anggota EXCO kerajaan negeri yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri. Dilahirkan pada 26 Mei 1975, beliau yang berusia 43 tahun adalah doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia. Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh. Dr Sahruddin berkahwin dengan seorang doktor iaitu Dr Nila Armila Mukdan dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Dr Sahruddin juga dilihat memainkan peranan instrumental ketika Johor menghadapi bencana pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, selama dua minggu, bulan lalu. Ketika itu, beliau memainkan peranan penting secara “hands-on” da