Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pets

Cikman dan Cikmin

Imej
Cikman dan Cikmin. Ni la anak si Phatah yang lahir masa aku kena gi Ipoh pepagi buta tu. Semua kaler oren, tak tau la sapa bapak dia ni. Tapi si Phatah ni bengong sikit. Asal boleh aje dia bawak anak dia. pastu suka suki pindah randah setiap jam. masa ni rasanya cikmin tu pun dah longlai dah. Si Cikman nyusul dua hari kendian. Cian deme. Mak dia ni nak kena ajo gi Tadika Kemas rasanya ni.

Leman Miko : 20191012 With the kucens

Imej
Leman Miko : 20191012 With the kucens. La ni memang dah pandai keluar. Nak main ngan hanty Phatah katanya, si Tamrin kaki gesel dan Tumirin yang selalu jadi mangsa dia. Masak.

Leman Miko : 20190919 Lepaks

Imej
Leman Miko : 20190919 Lepaks. Balik rumah sebelah petang. nengok aweks berderet luo pintu. Nak tunggu abam ensem gemuk keluo la tu. Hahaha. Dah. Gi main jejauh sana. Abam ensem gemuk nak lepak ngan Ici dulu. Ici memang sentiasa geram ngan si Leman ni. Boyot. Dihendapnya. Diseretnya ke sana ke sini. Layan aje si Leman tu.

Teteh's New Born Kitty : 20180330 Lepak Car Park

Imej
Teteh's New Born Kitty : 20180330 Lepak Car Park. Dah pasti. Sebelum gerak mesti semak dulu keliling. Tepok cam biasa lepek ntah ikut suka hati dia aje. Lepek celah celah almera ngan bezza. Haiiishhh. Kalau terpijak ni. Kaki dan tangan kiri dia cacat sejak lahir. So. Dia akan mengesot aje. Sian dia. Memang ni target utama aku untuk dibela lepas ni. Dia yang paling comel antara semua pun. Alih ketiga tiga ke bekas kat hujung sebelah depan sebelum gerak.

Gebooz Gedikz : 20180114 Pokcips Kembali

Imej
Gebooz Gedikz : 20180114 Pokcips Kembali. Lama juga dia tak minum air lam baldi rendam kaki ni. Ada la beberapa hari. Ada hari yang dia merayap keluar. Ada yang dia tertido udang rimo. Tetiba pagi ni dia datang. Terus lepak minum. Haiissshhh.

Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan Kuasa

Imej
Gebooz Gedikz : 20171229 Perebutan  Kuasa. Asalnya diaorang borak borak santai aje. Sekali Gebooz leh pulak tersebut Accounting depan Abah Cinet. Selaku Bendahari Kehormat Syarikat MLM Team Kucen Kayo yang kantoi Course 4 Accounting Analytic, Abah Cinet tetiba hangin sudah mari. Terus gomol gomol kat situ. Gebooz rileks je. apadehal kucen cekeding cenggini. Selamba badak je dia lempang lempang manja si Abah Cinet. Lagi la orang tu temper. Eh eh. Orang dah hangin ni ko leh wat lawak badut sarkas ko pulak ye. Siap kaki naik muka lak tu. Hahaha. Gebooz sambung lagi gomol gomol manja. Makin temper brader tu. Aku nengok dah lain macam hangin dia. Gebooz dok wat selamba badak dia lagi. Last last abah cinet pasrah. Terus dia mengaku kalah dan lari balik rumah. Boleh pulak si Gebooz kejo dia. Ko ni tak paham bahasa ke gemuk?

Back To Nature 2015 Throwback : The Kitten

Imej
Back To Nature 2015 Throwback : The Kitten. Basikal dah. Meronda dah. Sambil ronda ternampak anak kucing. Abih la diangkutnya balik. Petang tu dapat seekor. Pastu dicari lagi sampai cukup semua adik beradik kucing tu. Hehehe.