mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label Intisari khutbah Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Intisari khutbah Jumaat. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Januari 2017

Masjid Jamek Gelang Patah 20170113 : Intisari Khutbah Jumaat


Masjid Jamek Gelang Patah 20170113 : Intisari Khutbah Jumaat

Tarikh : 13 Januari 2017/14 Rabbiul Akhir 1438
Tajuk : Nikmat Syurga Atau Azab Neraka

  1. Bertaqwa kpd Allah - laksana segala perintahNya; tinggalkan segala laranganNya; semoga beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
  2. Seksaan api Neraka - berulang kali di nukilkan; payah utk diambil pengajaran; masih berpaling dari kehidupan akhirat kpd kehidupan dunia semata; lupa t/jwb sbg hamba Allah dan khalifah di bumi sementara ini.
  3. Buku Amal - dibahagikan kpd setiap manusia; catatan dibuka di hadapan pelaku masing2; para Malaikat dan para Nabi sbg saksi atas segala perbuatan; anggota tubuh badan akn berbicara; amal perbuatan akn ditimbang di Mizan Allah.
  4. Selesai pengadilan - orang soleh dipisahkan dgn orang yg derhaka; kaum mukminin menuju Syurga; orang kafir dan kaum munafiq diiring ke Neraka.
  5. Di pintu Syurga - orang mukmin disambut oleh para Malaikat; khabar gembira; kebahagiaan yg kekal abadi.
  6. Di pintu Neraka- orang kafir dan munafiq di sambut dgn caci maki serta kasar dan menakutkan; diancam dgn seksa pedih selama-lamanya spt firman Allah dlm Surah Al-Hadid ayat 13.
  7. Di dalam Syurga - taman yg indah terbentang luas; tempat istirehat yg luas; sungai-sungai dgn airnya yg sejuk; susu & madu serta minuman yg segar; apa jua yg diinginkan akan tersedia.
  8. Suasana dlm Syurga - pakaian dari sutera; suara-suara puji dan syukur kpd Allah; tidak berbicara perkara sia-sia; tiada hasad dengki atau irihati; para pelayan bidadari sediakan minuman yg lazat; segala kenikmatan yg  tidak boleh dibayangkan.
  9. Suasana dlm Neraka - utk yg tidak punya Nur Iman dlm hatinya; para penderhaka dikumpulkan; suara-suara yg menakutkan; ngeri dan menggerunkn jiwa; para Malaikat yg keras lagi kasar; ahli sbg kayu2 bakarnya.
  10. Penghuni Neraka - diberi minuman air yg sangat panas dan bau busuk; ketika diminum usus-usus menjadi terputus-putus dan hancur; makanannya dari pohon zaqum yg menyebabkn perut terbakar; setiap kali kulit hancur terbakar akn diganti dgn kulit baru; ditemani oleh syaitan jin dan para penghianat.
  11. Firman Allah melalui Surah Al-A'raf ayat 50 yg bermaksud : "..ahli neraka menyeru ahli syurga; limpahkanlah kpd kami sedikit dari air atau dari rezeki makanan yg telah dikurniakn Allah kpdmu. Maka ahli Syurga menjawab; sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir.."
  12. Sejauh mana persediaan kita - tentang mati, persoalan kubur, hari qiamat; hisab, titian syirat, syurga & neraka.
  13. Firman Allah dalam Surah Al-Asr ayat 1-3 yg bermaksud; "..demi masa, sesungguhnya manusia itu dlm kerugian kecuali orang-orang yg beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dgn kebenaran serta berpesan-pesan dgn kesabaran.."

Barakallahuli walakum...

Sabtu, 31 Disember 2016

Masjid Jamek Gelang Patah 20161230 : Intisari khutbah Jumaat


Masjid Jamek Gelang Patah 20161230 : Intisari khutbah Jumaat. Dah makin pesat membangun bangunan tambahan luar masjid. Intisari khutbah Jumaat 30 Disember 2016 : Azab Allah Subhanahu Wata'alaa
           
1) Azab Allah SWT- sangat dahsyat; tidak mampu dihadapi; balasan berpandu kpd amalan di dunia.

2) Firman Allah surah Al- zalzalah/6-8 bermaksud: "pada hari itu .........maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya dlm surat amalnya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya dlm surat amalnya".

3) Di hari akhirat- manusia dikumpul ikut tahap keimanan dn ketaatan kpd Allah; ada puak pihak kanan; puak pihak kiri; ada puak yg mendahului dlm mengerjakan kebaikan di dunia spt firman Allah surah Al-waqi'ah/7-11.

4) golongan kanan- terima buku catatan dgn tangan kanan; golongan beriman dan taat perintah Allah.

5) golongan kiri- terima buku catatan amal dgn tangan kiri; golongan ingkar perintah dn dosa2 dilakukan semasa di dunia

6) Azab Allah yg diperlihatkan di dunia- gempa bumi; taufan; puting beliung; banjir besar; kemarau panjang dll.

7) Dalam neraka- air tanah yg busuk; makanan dari buah zaqum dari pokok berduri; bila dimakan terasa panas spt bara api.

8) Firman Allah surah Al-waqi'ah/54-55 bermaksud: "selepas itu kamu akn minum pula dari air panas yg menggelegak iaitu kamu akn minum sebagaimana minuman unta yg berpenyakit dahaga dn tidak puas puas".

9) Firman Allah surah Al-haffah/30-32 bermaksud: "lalu perintahkan Malaikat penjaga neraka: tangkaplah orang yg berdosa itu serta belenggulah dia. Kemudian bakarlah dia dlm neraka jahanam.......".

10) Sabda Nabi SAW bermaksud: "sesungguhnya ada antara mereka dimakan oleh api hingga sampai ke buku lalinya.....sampai ke lututnya.....sampai ke pinggang.....sampai ke tulang dadanya" -HR: Imam muslim.

11) Firman Allah surah Al-maidah/98 bermaksud: "ketahuilah oleh kamu bahawasanya Allah amat berat azab siksanya kpd orang yg kufur dan derhaka dan bahawasanya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani bagi orng yg mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya".

Barakallahuliwalakum...