Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nahas

Dua maut, seorang parah nahas di Terowong Menora

Imej
Dua maut, seorang parah nahas di Terowong Menora. Malang tidak berbau. Berhati-hati di jalan raya. KUALA KANGSAR: Dua maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 256 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara berdekatan Terowong Menora di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah treler itu dipercayai berpunca daripada treler berkenaan yang hilang kawalan sebelum merempuh empat kereta di hadapannya. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan dua mangsa maut di tempat kejadian manakala kesemua mangsa terbabit adalah seramai 15 orang.

Nahas Bas Di Genting Highlands

Imej
Nahas Bas Di Genting Highlands : 37 Maut Termasuk Pemandu Petang tadi kita dikejutkan dengan satu berita yang amat mendukacitakan. Sekali lagi, satu nahas ngeri telah mencalar sejarah Malaysia. Di jalan Genting Highland yang memang terkenal curam. Takziah pada keluarga mangsa nahas. Update terkini dari Bernama : 37 disahkan maut dalam nahas bas di Genting Highlands sehingga 9 malam, bas dinaiki 53 penumpang - Bomba Berikut merupakan update rasmi dari Bernama setakat jam 8.00 malam tadi KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 30 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands hari ini. Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara. Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18