Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel stf

Sekolah Tun Fatimah : 20190901 Back to school

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190901 Back to school. Jap ja kan cuti merdeka ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190316 Lawatan Hujung Minggu. Singgah jap jumpa iqa. Borak borak pasal pelajaran. Minggu depan dah nak cuti dah.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019 : Syafinaz session @ STF

Imej
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019 : Syafinaz session @ STF. Inaz dapat sesi kedua di STF hari ni. Sesi kedua bermula jam 11.30 pagi dan calon dikehendaki datang sekurang-kurangnya 45 minit lebih awal. So. Pagi ni terus gerak ke STF dengan Inaz. Daftar dan terus masuk dewan untuk kuarantin. Inaz berdua aje dengan Hana dari Nusa Perintis. Memang saja aku pilih STF sebab nak bagi rasa suasana ditempat yang dipilih tu sendiri. Pastu aku terus gerak ke pejabat untuk urusan kerja. Dah dekat nak selesai baru aku pergi semula. Inaz kata OK. Moga dipermudahkan untuknya. Ada rezeki, dapat la tambahan 5 tahun lagi berulang ke STF.

Sekolah Tun Fatimah : 20180706 PT3 Geografi Preparation

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180706 PT3 Geografi Preparation. Petang semalam lepak kat STF. Cuma tak macam biasa. Bawak laptop dan printer bersama. Duduk dengan team iqa untuk Geografi PT3 tu. Lama dari biasa. Dekat jam 6 jugak baru kami gerak. Pakat sibuk mencari eviden dan cetak semua yang berkaitan. Paginya dah keluar dengan cikgunya ke Larkin Sentral untuk kerja kajian lapangan. All the best pada semua.

A Night With The STARS 2018

Imej
A Night With The STARS 2018. Make your way to Istana Budaya this 27th April 2018 and live the moment together with Tun Fatimah Brass Band. This is a historical experience for us and we wish to share it with you. A Night With The Stars is a fundraising concert for the Tun Fatimah Brass Band (TFBB). It is done in collaboration with Orkestra Tradisional Malaysia. The Tun Fatimah Brass Band holds firm to its vision “TO BECOME THE BEST BRASS OR ORCHESTRA BAND IN MALAYSIA AS WELL AS INTERNATIONALLY” It has always been our dream to perform at the most prestigious performing arts venue in Malaysia, Istana Budaya along with legendary artists such as Amy Search , Jaclyn Victor, Fauziah Latiff, Dina Nadzir and Anding Indrawani. Location : Istana Budaya Kuala Lumpur Date : 27 APRIL 2018 Time : 8:30PM Price : RM58 / RM88 / RM118 / RM148 / RM178 / RM258 / RM358 / RM1000 Purchase, ticket(s) from: iLasso website @ https://www.ilassotickets.com iLasso ticketing outlets as below: Rock Corn

Sekolah Tun Fatimah 20161231 : Pendaftaran 2017

Imej
Sekolah Tun Fatimah 20161231 : Pendaftaran 2017. Tapi. Awal pagi lagi kami dah sampai ke STF. Surat dah tulis 8 pagi sampai 5 petang. So. Kita rebut yang first. Kekeke. Dah biasa kot. Sampai STF around 8.07 pagi. Slow ja aku naik dan pusing. Eh. Bonda pun ada depan pejabat warden. Konon nak singgah koperasi dulu. Tapi. Sebab masih tutup. So. Naik la ke Zeti. Nak daftar. Sekali. Pun takde orang lagi. Parent dah ramai. Takpe. Pusing sekali lagi. Turun ke asrama iqa. Ngantor beg beg dia yang selori tu dulu. Kita buat mana yang boleh dulu. Siap punggah segala kargo. Yok naik semula. Ehh.. Takde orang lagi. Park depan zeti. Lepak kat situ dengan beberapa orang parent. Memasing dah mula mengeluh. Jaga bertugas pun lalu. Alamak. Dia kata dia pun lum dapat info. Tapi dia gi cari katanya. Beberapa detik kemudian dia datang semula. Kat dewan cik. OK. TQVM. Menapak aje ler ke dewan. Sesambil tu apa lagi. Snap snap. Ekekeke. Sampai dewan. Masih tutup. Alamek. Gi dataran dulu. Ada kaunter. PIB

STF : Selesainya sesi persekolahan 2016

Imej
STF : Selesainya sesi persekolahan 2016. Seperti dijanjikan jam 3.45 tepat aku sampai ke STF. Si Iqa dah nunggu kat wakaf ngan member member dia. Terloncat loncat nampak aku dah sampai. Biasala. Perangi kebudaks tu masih menebal kan. Sampai. Tanya. Dah setel semua. Dah katanya. Tinggal nak amik barang bawak balik jer lagi. So. Terus gerak ke blok akademik dulu. Nak amik buku. Sekotak beso buku. Nak tau beso mana kotaknya. Kotak Koko Crunch 10 x 500g. Masak nak ngangkat. Sekali terpandang jap kedudukan markah kebudks form 1 ni. Snap jap. Iqa dapat nombor dua keseluruhan. Status. Satu form 1 gagal. Kekeke. Memula dulu risau jugak ngan status gagl ni. Lepas dah jumpa cikgu dia baru tau. Kalau Math atau Sains dapat B, automatik gagal. Pergghhh!!! Tapi takpe. Satu galakan membina untuk kebudaks ni. Balik. Lepas aje jumpa semua, terus dicapainya flag yang dia bawak balik bersama. Aiyooo... Terus training. Tapi memang nampak lebih yakin dan mantap. Nenek siap puji. Dah lama nenek tak tengo

Lawatan STF 20161014 : Superhero Band Nite attire hunting Part 1

Imej
Lawatan STF 20161014 : Superhero Band Nite attire hunting Part 1. Masak wehhh.. Nak cari baju superhero la pulak untuk Band Nite si Iqa. Melilau satu Angsana cari. Kekeke. First time masuk semula STF ngam ngam sebelum gate tutup. Hasil? Yillek. Esok sambung lagi. Huhuhu.

Lawatan STF 20161014 : Picking the girl

Imej
Lawatan STF 20161014 : Picking the girl. Setel kat hotel terus mula gerak pulang. Aku pilih jalan depan dataran bandaraya. Sampai kat gerbang mahkota hanphone bunyi. Iqa call. Katanya nak outing, basuh baju dan banyak lagi. Apa lagi. Teruskan perjalanan. Cilok kat depan Asrama Pusat. Terus nunggu dia kat depan pejabat warden. Kekeke. Aku lagi cepat. Rezeki Tuhan kata aku. Kalau tak tunggu petang lepas Jemaat la kan. Sesambil tu dia dok bercerita memacam dan terus aku bawak balik aje ler. Nanti cerita panjang apa yang dia nak. Ps : Lupa. Pasal punya la lama aku nunggu abis si mengkarung ngendap cengkerik aku usya. Dari dia ngendap sampai dia dapat tangkap dan makan tuh.

Lawatan STF 20160918 : Back to STF

Imej
Lawatan STF 20160918 : Back to STF. Hari ni tiba masa kembali semula ke STF. Hantar awal. Senang. Banyak masa dapat diluang untuk kembali ke sistem. Do your best Syafiqah!

Lawatan STF 20160826

Imej
Lawatan STF 20160826. Layankan algebra jap ngan iqa. Kekeke. Benda baru la kan bagi dia. Aku pun bukannya pandai sangat. Last ajo 2007 menengah rendah. Memang algebra la kan. Kekeke. Sesambil makan sesambil nengok masalah.

Outing Bermalam Julai 2016 STF : Air Alert

Imej
Outing Bermalam Julai 2016 STF : Air Alert. Kali ni memang adhoc. Jumaat pagi iqa call. Katanya. Yang dedekat boleh balik. Air dah takde. So. Terus Ngambik. Kali ni geng Band merangkap geng STREAM dia, Adibah; balik bersama. On the way back. Singgah jap cari bahan mentah untuk projek STREAM tu. Hari ni. Nak balik pun. Masih singgah cari belen barang mentah. Layan aje ler. Boleh pulak pakai sedondon. Baju kegemaran hijo aku tu. Kebetulan sama ngan baju outing STF. Ngan warna. Ngan lining hitam. Kekeke. Baju ni pun dah 7 tahun tau. Awak berdua lum sekolah pun lagi.

Outing Bermalam Julai 2016 STF : Back To STF

Imej
Outing Bermalam Julai 2016 STF : Back To STF. Hari ni dah si iqa kembali semula ke STF. Tu yang nyinggah ke Angsana tadi tu. Beli food katanya. Habih diborongnya maggi. Ish ish ish. Pasal barangnya banyak. Dah bertrip trip dia bawak barang naik ke dorm. So. Kesempatan kali ni kami abiskan untuk berwefie. Wakakaka. Dengan tema. Yok ngengade. Kui kui kui. Apa pun. TQVM pada MB yang memungkinkan cuti pada hari ni. Hehehehe. Dapat ler merasa jenjalan ahad. Dapat ler kebudaks extend satu hari lagi. Ye dok.

Hari Bertemu Pelanggan bil.2 dan Outing Bermalam Aidilfitri 2016 STF

Imej
Hari Bertemu Pelanggan bil.2 dan Outing Bermalam Aidilfitri 2016 STF. Petang ni gerak ke STF untuk hari bertemu pelanggan. Patutnya aku gi around 12 pm macam yang aku kata cuba buat. Tapi nak buat camne. Majlis kat opis pun tamat around 12.45 pm. Konon nak buat kad raya JPN. Pospon untuk iso pk20 dulu. Gedebak gedebuk. 1.30 pm jugak baru gerak. Sampai. Dah separuh cikgu dah takde. Ye lah. Program tamat jam 2 pm. Yang datang lambat sapa suruh. Terima kasih pada cikgu yang masih tunggu. Huhuhu. Cian cikgu. Dapat parent noti cam aku. So. Dapat la jumpa 4 cikgu iqa. Cikgu kelas merangkap cikgu BI. Cikgu BM. Cikgu Geografi dan yang paling aku nak jumpa Cikgu Sains. Tq cikgu. Tunggu sampai dapat jumpa. Sampai 3 lebih tu. Banyak info dapat. Apa pun selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Setel semua baru gerak. Sempat borak ngan pengawas bertugas. Sorang dari kelantan. Sorang dari ganu kite. Malam dan pagi esok geraknya.

Lawatan STF 20160625 : Go for KFC

Imej
Lawatan STF 20160625 : Go for KFC . Lepak jap sini. Tak banyak pulak kenderaan. Park depan pejabat warden. Sempat borak ngan en shuhaimi. Iqa sampai. Sorang pulak. Katanya dia first siap. Yang lain masih queue. Dah nak balik baru nampak kelibat wawa. Terus je datang ke kereta.

Lawatan STF 20160624 : Outing day

Imej
Lawatan STF 20160624 : Outing day. Selesai je kat uda terus gerak ke stf. Mama tak berapa nak setuju pasal iqa lum call. Sekali sampai, iqa masih training CG. Terpaksa la nunggu. Takpelah. Sejam nunggu sampai dia selesai. Sambil sambil tu. Mana tempat aku lepak semua kena snap. Hahaha. Tanya apa program hari ni. Asalnya katanya nak buat kerja. Tu yang bawak laptop. Sekali iqa mau outing daa... Terus gerak aje ler. Hmmm. Hari outing memang kenderaan tak banyak. Pasal pastinya semua nak keluar.

Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana

Imej
Yok Jalan : Bazar Ramadan Plaza Angsana. Dah alang alang singgah Angsana, terus tapau sekali ke bazarnya. Mulanya membeli barang keperluan Iqa di UO. Sambung pulak beli sedikit juadah tepi nak bukak kat asrama nanti. Masa ronda pun banyak bertembung dengan kebudaks STF yang turut sama membeli. Ye lah. Baru abis cuti. Semua nak check-in masuk semula asrama. Last dapat bersama keluarga beli makanan berbuka. Pasni makan makanan asrama aje lah ye. Setel kat sini baru gerak ke stf. Kenderaan. Packed. Tu lum cerita masa aku keluar. Lagi packed!

Tahniah Iqa

Imej
Tahniah Iqa. Sebenarnya dah tahu awal. Awal pagi sebelum ke mrsm muar lagi. Tapi pasal dah sampai dan nak bagi dia pengalaman interview mrsm. Tetap ke mrsm muar. Tahniah dan teruskan kecemerlangan.

Larian Perdana Mahkota 2011 : Dataran Bandaraya

Imej
Seluruh pelajar satu negeri Johor berlari serentak pagi ni Seawal 6.45 pagi, Dataran Bandaraya sudah dipenuhi dengan pelajar dari sekolah-sekolah yang terpilih. Pagi ni Larian Perdana Mahkota akan dijalankan. Bermula pukul 7 acara warming-up dah dijalankan. Seronok tengok trainer kat atas pentas tu. Memang yakin boleh betul. Terbaeekkk!!!!. 7.15 pagi semua mata dah terarah ke Pentas Di Raja. Mana taknya, dua buah kereta Chevrolet Camaro dah mula tiba. Wow.. TMJ dah tiba. Sejurus selepas tu Baginda Sultan Johor pun tiba ke pentas Di Raja. Setelah selesai pembacaan doa, sesi video conferencing dengan Dr. Mohd Puad Zarkashi di Batu Pahat bermula. Cuma ada masalah teknikal di sini. Terus cut dan semua bergerak ke tempat permulaan untuk memulakan Larian Perdana Mahkota. Memang best. Tengok TMJ berlari bersama komando-komandonya. Memang mantap. Pelajar pun rata-rata memang seronok dengan acara pagi ni. Memang terbaeekkk!!!!>>>> team ppd team ppd warmi