Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Yok Jenjalan : 20170629 Plaza Angsana, Johor Bahru

Imej
Yok Jenjalan : 20170629 Plaza Angsana, Johor Bahru. Semalam meronda kejap. Tak jauh mana pun. Sekadar ke Plaza Angsana mencari kasut full black untuk Iqa. Ingat. Full black. Dari Baling kami mencari. Habih satu Long Wan geledah. Tak cukup full, blacknya. Sampai Angsana. Cari makan dulu. Lunch belum lagi. Walau jam dah 3 petang. Iqa ngan Iqi nak donut. Singgah jap i donuts and coffee. Tapau la 6 pieces untuk deme. Kami. Langsung ke Medan Selera. Nak makan mee rebus haji wahid. Barisan leh tahan panjangnya. Mama beratur. Aku lepak kat meja. Sesambil layan kebudaks makan donuts. Setel mee. Aku gerak ke nasi ayam. Amik nasi ayam sambal. Selesai makan baru kami gerak ke kedai kasut. Satu satu kami masuk. Al Ikhsan. Ada yang bebetul full black. Harga? More than RM200. Takde saiz iqa. Jalan lagi. Satu satu kedai kasut kami masuk. Semua isu yang sama. Takde saiz. Sampai ke kedai BUM. Kasut full black. RM50 je. Dan iqa sangat sangat berkenan. Sayang. Saiz paling kecik dua mata lebih tinggi

Kajian Kes Geografi Tingkatan 2 : Sungai Melana

Imej
Kajian Kes Geografi Tingkatan 2 : Sungai Melana. 4 Jun lepas aku amik cuti jap. Bawak iqa n kengkawan dia merayap ke sungai. Ni projek kajian kes untuk geografinya. Kena site visit. Lepas tu buat survey. Pengalaman baharu untuk iqa. Dalam masa yang sama ready untuk kajian bagi PT3 tahun depannya. Selalu je lalu. Baru ni je sedar nama sungai ni sungai melana. Kekeke.

Jenjalan Cari Makan : Bazar Ramadan KIP Mart Tampoi

Imej
Jenjalan Cari Makan : Bazar Ramadan KIP Mart Tampoi. 3 Jun lepas. Sesambil gi window shopping raya, sesambil singgah bazar ramadan. Dia buat kat depan pintu masuk utama ke KIP Mart. Quite OK. Menu biasa seperti tahun sebelumnya. Yang lain sikit gerai pau. Dia buat pau berbentuk rasa intinya. Kalau ayam, bentuk ayamlah paunya. Hehehe.

Gebooz Gedikz : Lepak bongkak Jun

Imej
Gebooz Gedikz : Lepak bongkak Jun. Muka kengkadang gedikz, kenkadang kelako, kengkadang bongkak. Ni ler gebooz. Ngan ekor kontot dia. Gemuk tahap gaban. Suka tul tido terkangkang.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170602

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah : 20170602. Ada sesi penggambaran oleh RTM hari tu. Layan. Langkah promosi pembesaran makin dipertingkat.

All my golden memories - Jabra BT2045

Imej
All my golden memories - Jabra BT2045. Benda ni aku beli tahun 2006. Last year aku lepak kat Kuala Selangor. Masa tu team selangor paling glamer ngan penggunaan bluetooth ni. Semua telinga bertutup je cam orang tak cukup sifat. Hari tu mama kemas semua beg. At last. Jumpa balik semua beg yang aku dah gantung. Of coz la beg beg kamera aku kan. Semua harta-harta lama aku dijumpai semula. Masa jumpa balik benda ni first dalam kepala gamaknya masih boleh pakai ke. Sambung ke charger. On. Pair ke henpon. Perghhh... Terbaeekkk!!!! Layan. Sampai ke la aku dok pakai. Ketika drive. First bluetooth aku yang agak mahal. Tu pun sib baik tak beli yang siap built in leh jadi earphone tu. Ye lah. Yang ni pun aku dah kata mahal. Tapi. Aku rasa sangat berbaloi. Sambil aku dok nengok beg canon aku yang selalu aku dok sumbat D70s sama lens Tamron 17-50mm. Ngan henfon sony ericson K750. Perghhh.. Life nostalgia yang dah lama aku tinggalkan. Ni ler benda biasa aku bawa ke mana-mana satu ketika dulu. Sam

Spagetti for all

Imej
Spagetti for all. Ni cerita lama sebenarnya. Mama buat masa iqa balik cuti ituhari. Sukahatilah semua kebudaks. Ngan aku aku sekali turut serta. Layan.

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) MELALUI E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) SECARA ONE-OFF BAGI WARGA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LANTIKAN TETAP TAHUN 2014 HINGGA 2016

Imej
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) MELALUI E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) SECARA ONE-OFF BAGI WARGA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LANTIKAN TETAP TAHUN 2014 HINGGA 2016. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. Untuk warga KPM lantikan tetap tahun 2014 hingga 2016 yang masih belum menghadiri PTM, program ini akan dilaksanakan menerusi EPSA mulai 15 hingga 30 Jun 2017. Rujuk pada ruangan PTM (e-Pembelajaran) yang dipaparkan menerusi url berikut : https://splkpm.moe.gov.my/mn_pekeliling_siaran/index

Jenjalan cari makan : Pizza Hut Taman Nusantara

Imej
Jenjalan cari makan : Pizza Hut Taman Nusantara. Petang 30 Mei tu ke Pizza Hut. Kebudaks nak berbuka pizza katanya petang ni. Yang kelakar soalan pertama cashier tu. Yang makan sini ke nak take away. Hehehe. Baru jam 5 petang tu. Kalau dalam 6 ke atas tu ok la jugak kan. Takpe. Sebab dah jadi kelaziman dia tanya soalan tu kan. Sementara nunggu. Ici lepak ngan aku kat meja kerusi tinggi. Sibuk nak ngalih dan manjat kerusi.

Mesyuarat Analisa EKMLTK 2017

Imej
Mesyuarat Analisa EKMLTK 2017. 30 Mei lepas selesai semua berkaitan EKMLTK yang kami usahakan sejak dari awal tahun. Alhamdulillah. Dua tahun lagi baru jumpa semula pasal ni. Dan aku ada bincang ngan bos pasal tu. Aku nak wat video dokumentasi pulak pas ni bagi menguatkan lagi evidens. Y paling suka sekali dalam meeting hari ni. Hehehe.

PROGRAM TADARUS AL-QURAN KAKITANGAN JPNJ RAMADAN 2017 : SPMICT Minggu 2

Imej
PROGRAM TADARUS AL-QURAN KAKITANGAN JPNJ RAMADAN 2017 : SPMICT Minggu 2. Alhamdulillah. Lokasi di Bilik Mesyuarat Selasih bersama Pejabat Pengarah dan Timbalan.

Pemantauan Pemantapan DTP Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017

Imej
Pemantauan Pemantapan DTP Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017. Bermula 5 sampai 8 Jun kami diaudit. Memang best. Bagi aku la. Ni la masanya nak tengok pelaksanaan kerja buat aku ni bagus ke idak, mana yang nak kena tambahbaik dan so on. Pagi 5 Jun tu lagi aku dah spoil. Pasal Khamis lepas aku hantar kereta servis, Ahad aku turun padang bantu iqa; pagi tu aku dah tinggal kasut aku. Dah dua kali aku tawaf jalan yang sama. Apa yang best? Aku dah sampai opis kot. Adesss. Takpe. Cabaran pertama tu. Jam 9 pagi masuk ke bilik mesyuarat untuk pembukaan. Kami kena audit pada 7 Jun jam 2 petang kalau ikut jadual. Turun. Godak emel jap. Sekali en Firdaus call. Boleh naik ke atas untuk audit? Boleh aje. Terus maklum pada semua untuk bawak naik semua yang berkaitan. Pagi ni kena audit PK15 dengan dr. Rahim. Memang terbaeekkk!!!! Alang-alang. Dr. Minta audit semua sekali boleh? Sekali dia setuju. So. Semua sekali yang berkaitan diaudit pagi tu. Sampai ke petang terlajaknya. Dah setel semua. Dr.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Alif

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Alif. Majlis dah dibuat sebelum puasa yang lepas. Hari ni kita talk talk dan serah sijil penghargaan buat Alif. Tahniah dan terima kasih sepanjang sesi di SPMICT. Sempat buat agihan potret YDPA lagi tu. Hehehe.

Sesi Pembentangan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Shima

Imej
Sesi Pembentangan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Shima. Hari ni aku buat sesi pembentangan untuk Shima. Nak tengok camne progress dia sepanjang berada di SPMICT. Setakat ni first pelajar praktikal pengurusan data. Aku bagi data simple aje. Data pengurusan log di JPN. Dia buat analisa dan projection kaedah yang digunapakai dan beri cadangan penambahbaikan. Tahniah. Ada beberapa perkara yang aku minta diperhalusi. Minggu depan dah minggu last dia. Dan. Of coz. Minggu sibuk aku. Ehem. Bila masa minggu aku yang tak sibuk? Kekeke.

SPMICT : Sesi fotografi raya 2017

Imej
SPMICT : Sesi fotografi raya 2017. Pagi tadi sempat kami selesaikan sesi photoshoot sektor. Untuk raya gitu. Pening jugak nak cari lokasi. At last kami pilih Geleria. Shoot semua perempuan, lepas tu semua lelaki, semua staf dan akhir sekali dengan pelajar praktikal sekali. Minggu depan dua orang praktikal dah takde. Dah selesai dengan jayanya. Apapun. Dah selesai sesi photoshoot. Kurang sorang aje lagi ni. Masih tiada pengisian. Tahniah pada semua yang ceria-ceria selalu. Memang the bestlah. Terbaeekkk!!!!

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Ramadan - Mukjizat Dalam Almari

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Ramadan - Mukjizat Dalam Almari. Ceramah pagi ni disampaikan olehustaz Zaieme dari SPI. Best.

Pra Audit MS ISO SPMICT 2017

Imej
Pra Audit MS ISO SPMICT 2017. 30 Mei tibalah masanya untuk sesi pra audit SPMICT. Agak lewat sebab dah takde tarikh yang betul-betul free bagi kami. Auditor adalah cik Musleha dari SPA dan encik Faidsal dari SJQ. Terima kasih atas seliaan. Alhamdulillah.

PROGRAM TADARUS AL-QURAN KAKITANGAN JPNJ RAMADAN 2017 : Minggu 1

Imej
PROGRAM TADARUS AL-QURAN KAKITANGAN JPNJ RAMADAN 2017 : Minggu 1. Alhamdulillah. Selesai minggu 1. Program ni dijalankan setiap hari kecuali Khamis bermula 28 Mei bermula jam 7.45 hingga 8.15 pagi. SPMICT diletakkan satu kumpulan dengan pejabat pengarah dan timbalan. Jadi. Tempat yang paling sesuai of coz la Bilik Mesyuarat Selasih. Pembimbing kami ustaz Mohd Hanafi.

Yok Jenjalan : Southern Launderette

Imej
Yok Jenjalan : Southern Launderette. Bila masa pun terhad. Memang ni ler tempatnya untuk setelkan pakaian iqa, terutama bila cuaca tak menentu. Bila balik je terus setelkan kat mesin basuh. Sekali hujan la pulak. Terus datang sini pun untuk proses pengeringan. Setel. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Larkin Sentral

Imej
Yok Jenjalan : Larkin Sentral. 12 Mei hari tu gi amik iqa untuk majlis konvo dia. Punya lama nunggu sampai dah sampai Zohor. Singgah Larkin Sentral. Senang. Aku gi masjid. Mama and the kebudaks gi jenjalan cari barang. Selesai. Banyak pembaharuan dah dibuat kat sini. Sempat singgah Tapak Pameran kat Angsana. Ronda-ronda sekali lalu.

Yok Servis Kereta : TCEAS Skudai

Imej
Yok Servis Kereta : TCEAS Skudai. Bulan Mei ni bulan servis dedua kereta aku. Dedua buat kat sini. Hari cam biasa la. Khamis. Slot akhir. Senang. Balik kerja. Terus singgah dan lepak sini. Livina dapat buat sebelum puasa. Sempat la makan dan minum sambil nunggu kereta. Almera dalam bulan puasa. Dah masuk Jun gitu. Lepak layan henpon dan TV aje ler.

BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Imej
BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017. Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion. Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017. Kementerian Kewangan Putrajaya 2 Jun 2017 Alhamdulillah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beau

Jenjalan Cari Makan : Makanan Ala Thai Kak Wani, Kampung Pasir

Imej
Jenjalan Cari Makan : Makanan Ala Thai Kak Wani, Kampung Pasir. Masa lunch 9 Mei kami merayap ke Kampung Pasir lagi. Warung Kak Wani pulok. Make mihun gapo doh lupo. Meme kalu ikut mace noodle boat tu. Sedap weh. Aku siap mintak tambah telo. Wakakaka. Tak cukup pedas boleh tambah lagi 3 jenis cili kat situ. Terbaeekkk!!!! Layan weh.

Taklimat Pelaksanaan PBPPP SPMICT

Imej
Taklimat Pelaksanaan PBPPP SPMICT. Taklimat pada 9 Mei di Bilik Mesyuarat Gelenggang kat aras 3. Layan. Baguih dok ada. Lebih paham sebab audiennya kurang, 3 sektor aje tak silap aku. Tahniah pada unit penilaian kompetensi sebab buat inisiatif begini.

Ujian Mantoux untuk Tibi

Imej
Ujian Mantoux untuk Tibi. Ni lah 3 hari paling merisaukan. Sebab dah berada berhampiran dengan suspek maka kami pun pakat di amik ujian ni. Sampai ke Klinik Larkin pada 8 Mei. Siap telefon dulu. Sekali sampai. Pergghhh.. Dah macam kat JPN jugak. Tengok kiri kanan pun orang kita aje. Kekeke. Masuk. Cucuk masuk. Nurse kata lagi tiga hari datang untuk ukur semula. Ngeri beb. Balik rumah. Dok jejauh je dari yang lain. Taknak ada isu. Lam kepala Tuhan aje yang tau. Lam hati dok memberontak aje. Tensen beb. Kerja aku. Cam biasa. Satu dunia digoogle. Cari info pasal ujian ni. Hehehe. Tiap masa dok ngukur. Jangan la lebih, jangan la lebih. Esoknya jumpa hj yasman. Sekali tengok dia punya dah hilang. Pergghhh... Lagi la risau. Waduh... Tensen balik padahal semalam dah suka hati sikit dah. Sambung ngukur lagi setiap jam. Hahaha. Sampai harinya. Siap amik gambo makro lagi. Kalau ikut pembacaan aku ok. Gi klinik. Nurse terus suruh masuk aje. Dia ukur. Ehh.. Lebih ni. Bio betui. Habih segala fat

Wilayah Denggi : Fogging demi fogging

Imej
Wilayah Denggi : Fogging demi fogging. 7 Mei lepas. Kena sembur lagi. Dah naik bunting tanda kawasan dah kot. Hehehe. Layan aje le. Start sini. Bila ada pengumuman aje. Terus start enjin kereta. Lepak ja lam kereta sampai selesai. Senyum je abam fogging tu nengokkan. Dua tiga hari ni dah takde semburan kat kawasan aku walau pengumuman dibuat. Kelmarin kat wawasan 3 ke belakang. Semalam kat ibadat aje. Semoga dipermudah.

Jenjalan Cari Makan : Warung Man, Kampung Pasir

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Man, Kampung Pasir. 8 Mei lepas kami merayap ke sini untuk lunch. Ni kerja si mus. Satu kampung pasir dibawak kami jelajah. Warung Man ni jual kuih muih dan nasi bungkus; dari nasi lemak, nasi ambeng, nasi dagang; yang dah siap bungkus. Pendek kata. Semuanya tinggal nak ambik makan aje. Leh tahan kuih dia. Aku amik pisang goreng. Sekali nampak buah melaka sama dangai. Wow.

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Institusi Ramadan, bagaimana kita dididik?

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Institusi Ramadan, bagaimana kita dididik? Ni program semalam. Sedap dengar ceramah ustaz Hanafi pasal Ramadan ni. Layan.

Yok Jenjalan : Merayap Taman Nusantara

Imej
Yok Jenjalan : Merayap Taman Nusantara. Aku pun dah tak teringat bila kami meronda reramai ni. Yang pasti dalam bulan Mei jugak la. Cari kedai perabot kalau tak silap. At last singgah Greatzone aje. Hehehe.

Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2018

Imej
Permohonan NPQEL Ambilan Tahun 2018 boleh dilakukan melalui Sistem Dalam Talian NPQEL MPPS mulai 11 Julai hingga 11 Ogos 2017. Sila layari url berikut :  https://tls.moe.gov.my/login.php Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah Aspirasi Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi Pengetua / Guru Besar (PGB) mulai 2014. Melaksanakan pakej kerjaya PGB yang baharu secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid. Semua maklumbalas boleh dikemukakan kepada Penempatan Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. Tel: 03-88847963/7863/7816 Emel :  mppssupportgroup@moe.gov.my NPQEL Unit Penyelaras Program Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek 71760 N