Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar

Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar

Imej
Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar. Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan demikian  pada 10.28 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam ditutup pada 10 pagi. "SPR telah menerima kertas pencalonan daripada tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional pada pukul 9.03 pagi, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 pagi daripada parti Amanah dan Dr Abdul Rani Othman daripada parti PAS pada 9.12 pagi. "Selepas menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai proses pencalonan, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya," katanya yang disambut sorakan pada penyokong calon yang hadir. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah