mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Memaparkan catatan dengan label puasa penuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa penuh. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Ogos 2010

Mari berbuka puasa - edisi satu ramadhan

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Alhamdulillah.. dapat jugak iqa puasa satu hari penuh. Walau mulut asyik dok sebut lapo la, nak aiskrim la, nak susu la. Paksa jugak iqa sampai ke maghrib..

Gi pasar ramadhan tadi suruh jer dia pilih apa yang nak dia makan. Dia nak nasi ayam. Nasi ayam, nasi ayam la. Yang penting dia dapat jugak menyempurnakan ibadah puasa hari ni.

ps : sampai ke rumah pun mulut dok terkumat kamit lapo lagi.. sian.. tapi kena la cuba jugak kan..

Klik untuk cerita penuh



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Menunggu depan penuh sabar

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah azan dah pun.. dah boleh mula makan

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Ziqri terpaksa menanti mama dia makan kejap walau terkepit kat celah ketiak mama dia, tapi dia masih gembira

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Lauk iqa petang nih

Enjoice...Sharing is power!!!

Ahad, 30 Ogos 2009

Iqa's Second Day Puasa Penuh



Yayyy!! Berjaya gak Iqa puasa penuh lagi satu hari. Walaupun hari ni memang melepek habis Iqa. Sampai kul 6.45pm dah menangis lagi. Camner ni. Last-last bawak dia naik motor, ronda satu kampung. Sayang tu. Lagi beberapa minit jer kan.

Memula OK lagi. Pergi pasar Ramadhan, pergi kedai besi, pergi kedai buku. BTW aku dah tak gi pasar Ramadhan kat Nusa Perintis. Beli kat sebelah bus station jer. Sekali balik rumah terus melepek. Pegang jer biskut yang dibeli tadi.



Ajak dia kuar jap. Lepek jer kat pintu.



Bawak dia gi kat PC. Kengkonon nak ajak lawan CS ler. Melepek dia kat meja ABC Syafinaz.



Last-last bawak ronda-ronda kampung jer ler. Adik dia yang lebih-lebih. Nak aiskrim ler, nak jajan ler. Bagi warning makan lepas semua orang berbuka jer. Masa balik mama masih menjahit langsir.



Dah siap yang kaler ungu. Tengok ler. Cun tak?



Tapi masa amik gambo ni ada sesuatu yang tak best. Rupaya adik dah berjaya membuat projek baru kat dinding ni. Bila masa la dia conteng dinding ni. Hishhh..


Sabtu, 29 Ogos 2009

Iqa's First Day Puasa Penuh



Hari ni akhirnya Iqa dapat jugak berpuasa penuh. Tu pun macam-macam cerita gak la keluar. Rasa nak mati la, Iqa nak susu la. Last-last berjaya gak dihabiskan puasa dia tu. Alhamdulillah.

Paling best dialog dia masa tengahari tadi la.
Abah, Iqa kena makan jugak la; Iqa rasa macam nak mati ni.
Kalau Iqa boleh mati, rasanya abah pun dah lama mati masa kecik-kecik dulu.
Pastu terus dia diam.
Petang tu masa keluar macam-macam dia nak. Kuih tu, kuih ni. Belikan ajer tapi sebijik jer. Pasal dah tahu kan. Tu semua nafsu jer tu. Pastu masa balik nak mainan la pulak. Si adik pun tumpang sekaki. Apa yang di beli. Haaa.. tu yang kat tangan dia tu.



BTW, mama punya langsir pun dah siap batch 1. Sebenarnya ni baru siap dia punya depan. Yang belakang in the proses. Biasala langsir dua tingkat. Dan kaler ungu pun akan menyusul lepas ni.