Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PT3

Pemerkasaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Imej
Pemerkasaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di sekolah mulai tahun 2020 ke arah memperkukuh pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah menengah. Langkah ini merupakan antara usaha KPM mempertingkatkan profesion keguruan dan mengiktiraf kepakaran dan peranan guru dalam bidang pentaksiran. Maklumat lanjut, muat turun brosur menerusi pautan url berikut :  https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/Brochure_PT3-UPDATED-19March.pdf

Sekolah Tun Fatimah : 20181213 Pentaksiran Tingkatan 3 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181213 Pentaksiran Tingkatan 3 2018. Hari ni ambil cuti lagi. Khusus untuk hadir ke STF neman iqa amik keputusan PT3. Keluar awal. Singgah dulu ke Cafe Ali yang dulunya nama dia Kafe Hijo. Leh tahan roti tampal dia beb. Selesai baharu kami gerak ke STF. Sampai ngam-ngam jam 10 pagi. Masuk dewan untuk dengar taklimat dari Pengetua. Alhamdulillah. Calon PT3 2018 seramai 139 calon dengan 73 orang mendapat straight A. GPS 1.110. Tahniah pada kesemua murid batch Querencia. Anda telah buktikan anda boleh! Seterusnya murid kena bergerak ke kelas masing-masing untuk mengambil keputusan. Iqa datang dengan wajah gembira. 10A. Alhamdulillah. Tahniah Iqa. Straight A untuk PT3. Iqa dah buat yang terbaeekkk!!!! Terima kasih pada semua guru Sekolah Tun Fatimah atas bimbingan dan dorongan yang diberikan selama ini.

PT3 2018 : Day 3 Ujian Bertulis Iqa

Imej
PT3 2018 : Day 3 Ujian Bertulis Iqa. Hari ni dimulakan dengan kertas Kemahiran Hidup dan diikuti kertas Pendidikan Islam. Memang aku share gambo dari group STF aje le. Esok dah takde kertas dah. Harap Iqa dapat menjawab soalan-soalan ujian bertulis PT3 hari ini dengan baik.Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. All the best and be the best.

PT3 2018 : Day 2 Ujian Bertulis Iqa

Imej
PT3 2018 : Day 2 Ujian Bertulis Iqa. Hari ni dimulakan dengan kertas Bahasa Inggeris dan diikuti kertas Sains. Memang aku share gambo dari instagram STFJB aje le. Petangnya iqa call dengan nada ceria. OK lah tu kan. Harap Iqa dapat menjawab soalan-soalan ujian bertulis PT3 hari ini dengan baik.Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam pula ya. All the best and be the best. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PT3 2018 : Day 1 Ujian Bertulis Iqa

Imej
PT3 2018 : Day 1 Ujian Bertulis Iqa. Hari ni dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu dan diikuti kertas Matematik. Aku tak amik cuti untuk PT3. Ke sekolahnya pun tak walau boleh nampak dari opis aku je. Tujuan. Emosi. Tak berapa best sebab kebudaks asrama yang parentnya jauh kemungkinan besar tak datang. Malam Sabtu itu hari pun aku dapat nengok budak nangis sebab parent dia tak dapat hadir sama. Aktiviti sepanjang UPSR aku ulang dari pejabat. Sekali mama share. Ada mommy share katanya. Aiikk. Ada pulak parent dikenali. Hehehe. Takpelah. Rezeki masing-masing aku cakap kat iqa. Harap Iqa dapat menjawab soalan-soalan ujian bertulis PT3 hari ini dengan baik.Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung lagi dengan Bahasa Inggeris dan Sains pula ya. All the best and be the best.

Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018. Majlis ini telah diadakan pada semalam, 29 September 2018 hari Sabtu bermula jam 6.30 petang di Surau Fatimah Az-Zahra. Dalam jam 5.45 petang kami tiba di jalan berdepan sekolah. Dah jem beb. Memang sambutan menggalakkan daripada parents Form 3 dan Form 5 tahun ni. Sempat lepak jap depan surau borak-borak. Jumpa iqa jap sebelum majlis mula dan serah pada dia souvernir kata-kata peransang dari inaz. Majlis dimulakan dalam jam 6.30 petang dengan ucapan aluan dari YDP PIBG dan diteruskan dengan bacaan yasin. Selepas selesai solat Maghrib berjemaah kami diperdengarkan dengan tazkirah dari Ustaz Usamah Kamal Al-Hafiz. Solat Hajat dijalankan setelah selesainya solat Isya' berjemaah. Sebelum bersurai kami bergerak ke Dewan Melati untuk jamuan. Dapat la masa berborak lagi dengan anak dan parent lain yang hadir. Tahniah STF atas penganjuran majlis ini. Semoga Iqa dan rakan-rakannya dapat menjawab soalan-soalan PT3 ini d

Sekolah Tun Fatimah : 20180706 PT3 Geografi Preparation

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180706 PT3 Geografi Preparation. Petang semalam lepak kat STF. Cuma tak macam biasa. Bawak laptop dan printer bersama. Duduk dengan team iqa untuk Geografi PT3 tu. Lama dari biasa. Dekat jam 6 jugak baru kami gerak. Pakat sibuk mencari eviden dan cetak semua yang berkaitan. Paginya dah keluar dengan cikgunya ke Larkin Sentral untuk kerja kajian lapangan. All the best pada semua.

DOKUMEN PANDUAN PENTADBIRAN, JADUAL KERJA DAN JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

Imej
DOKUMEN PANDUAN PENTADBIRAN, JADUAL KERJA DAN JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) Sila muaturun dokumen mengikut pautan di bawah : PANDUAN PENTADBIRAN PELBAGAI INSTRUMEN PT3 PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN LISAN BERTUTUR PT3 PANDUAN PENTADBIRAN UJIAN LISAN MENDENGAR PT3 PERATURAN PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS PT3 PANDUAN PENJAMINAN KUALITI PT3 JADUAL KERJA PELBAGAI INSTRUMEN PT3 JADUAL KERJA UJIAN BERTULIS PT3 JADUAL KERJA UJIAN LISAN PT3 JADUAL WAKTU PT3 Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini

Imej
Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini hingga Khamis (16 Okt). Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi. "Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah. "Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menur

Peperiksaan PT3 ganti PMR bermula 1 Julai - Muhyiddin

Imej
Peperiksaan PT3 ganti PMR bermula 1 Julai - Muhyiddin. Sumber berita :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeperiksaanPT3gantiPMRbermula1Julai-Muhyiddin/Article/?mutakhir=1 KUALA LUMPUR: Bermula 1 Julai ini, semua pelajar Tingkatan Tiga akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan pertama kali dilaksana itu diadakan mengikut tarikh berasingan membabitkan ujian kajian khas, bertulis dan lisan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Karnival Amal Persatuan Penduduk Bukit Damansara di sini sebentar tadi. foto dikongsi dari  http://studentlifestyleonline.com/ Disini berita penuh dari bernama Pentaksiran Tingkatan Tiga Bermula 1 Julai Ini - Muhyiddin KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan