Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel minyak

Rutin Rabu

Imej
Rutin Rabu. Isi minyak la, apa lagi. Kekeke. Saja je sambil sambil jenjalan tengok suasana pengiraan undi. Tahun ni macam kurang meriah la kat Gelang Patah ni. Orang pun biasa biasa ja bersidai depan pusat penjumlahan. Singgah jap beli barang. Balik dan tukar the seken car. Sambung cuci mata gitu.

Harga minyak naik 5 sen bermula 1 Julai

Imej
Harga minyak naik 5 sen bermula 1 Julai. Harga minyak bagi semua jenis naik 5 sen pada Julai berbanding Jun, kenaikan pertama sejak April. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON95 dan RON97 kini masing-masing pada harga RM1.75 seliter dan RM2.10 seliter. Kenaikan sama juga terhadap diesel yang dijual pada harga RM1.60 seliter berbanding RM1.55 seliter, bulan lalu.

Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Januari 2015

Imej
Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun Mulai 1 Januari 2015 Kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Dis. Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Ahmad Maslan membayangkan perkara ini melalui twitternya dimana harga dijangka antara RM1.90 hingga RM1.95. Walaubagaimanapun pengumuman rasmi akan dibuat oleh KPDNKK.

Pengisian pertama kali minyak selepas penurunan subsidi

Imej
Pengisian pertama kali minyak selepas penurunan subsidi. First of all. Aku dah join team petronas semula. Hasil perbincangan sesama member. Hehehe. So. Masa mula dikurangkan aku kat Putrajaya. Naik kenderaan jabatan. So, tak la rasa bahang kehangatan tu. Hari ni baru aku isi semula setelah 523.6km ditempuhi. So. Lepas isi. Kena lah aku RM86.67 untuk minyak 37.68l. Hmmm... Macam ada pertambahan sikit untuk aku. Biasanya aku isi pun around RM80 - RM82. Nak kata OK pun tak. Nak kata tak OK pun tak. Nak tak nak kena isi jugak. Kita tengok lama mana bertahan ni.

Pit Stop #2 - Hentian Rehat Ladang Bikam

Imej
Tarikh : 7 September 2010 Masa : 11.00 pagi Tempat : Hentian Ladang Bikam Mood : Enjoy!!! Rasanya masih tak berani nak gamble lagi, minyak banyak lagi; tapi tak berani la pulak nak gamble sampai Tapah. Dan seperti biasa, keinginan adik inaz untuk ke bilik air menguatkan semangat untuk berenti kat sini. Hehehe.. Klik untuk cerita penuh Isi minyak dulu Lama aku tak isi shell nih Berenti jap kat sini Tandas semua nampak ok Jom kita serbu Oiitt.. Tak posa ka Adik kat kecik lagi Apasal aku amik gambo lori ni ntah Orang dah makin ramai Ziqri masih tido lam keter Amik la gambo sekeliling dulu Mana la kakak-kakak ziqri ni Dah sampai pun Sempat posing lagi tu Buatkan susu adik Posing lagi Dan lagi Iqa nak duduk depan ngan abah pulak Enjoice...Sharing is power!!!

Aku betul-betul tak paham

Imej
Tarikh : 28 Ogos 2010 Masa : 1 petang Tempat : Petronas Nusa Perintis Mood : Blank tahap dewa Kerajaan dah kata, stesen minyak tak dibenar jual minyak Ron95 pada orang luar. Seingat aku stesen minyak gelang patah ni memang takde minyak Ron97, pasal orang luar memang boleh beli sebanyak mana minyak asalkan ianya Ron97. Seingat aku jugak takde plet motor atau keter malaysia ngan nombor starting F. Jadi macamana brader nih boleh isi minyak Ron95 kat stesen minyak nih.. Adakah kerana dia bayar pakai Singaporean dollar?? Atau pasal kredit card dia lagi hebat dari kredit card malaysia.. Aku betul-betul tak paham.. Apa yang pasti, dia dah pakai stock minyak aku.. Enjoice...Sharing is power!!!